Kenali Simptom Influenza Dan Cara Mencegahnya



Sumber gambar dari google
Apakah simptom-simptom influenza?Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam, sakit kepala, batuk tidak berkahak, berhingus atau hidung tersumbat, cirit-birit/muntah-muntah, dan sakit-sakit otot. Batuk boleh berlarutan sehingga dua minggu atau lebih.Apakah perbezaan di antara influenza & selsema biasa?Selsema biasa lazimnya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang lazimnya tidak berbahaya dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.Influenza juga mempunyai simptom yang sama dan menjejaskan saluran pernafasan atas, tetapi ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk. Virus yang menyebabkan influenza adalah berbeza daripada virus yang menyebabkan selsema, influenza juga berlaku mengikut musim.Bagaimanakah ia merebak?Kanak-kanak yang dijangkiti boleh memindahkan virus influenza apabila batuk atau bersin, dan melalui hidung berhingus yang mengandungi titisan virus influenza. Orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menghidu titisan tersebut atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka tersentuh permukaan yang tercemar.Sekiranya anak anda menghidapi influenza, sampai bilakah beliau berpotensi menjangkiti orang lain?Selepas 24 jam dijangkiti virus influenza dan lima hari selepas bermulanya simptom. Kanak-kanak yang lemah sistem imun boleh menjangkiti orang lain selama hampir dua minggu. Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menyebar penyakit sebelum mereka sendiri berasa sebarang simptom.Bagaimana anda boleh melindungi & mencegah anak anda daripada influenza?Cara terbaik untuk melindungi anak anda terhadap influenza adalah dengan memberi mereka vaksinasi apabila mencapai umur yang sepatutnya (≥6 bulan). Kanak-kanak 6 bulan-3 tahun memerlukan 2 dos dalam tahun pertama mereka diberi vaksinasi. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.Adakah vaksin tersebut juga melindungi anak anda daripada selsema biasa?Tidak, vaksin-vaksin hanya melindungi anak anda terhadap virus atau penyakit yang spesifik. Virus yang menyebabkan influenza dan selsema adalah berlainan jenis.Apakah pilihan perubatan lain yang terdapat selain daripada vaksinasi?Ubat antiviral boleh merawat influenza dalam kalangan kanak-kanak terutama mereka yang sakit teruk atau masuk hospital. Ia boleh memberi mereka kelegaan, mempercepatkan proses sembuh dan mencegah komplikasi influenza yang serius. Namun begitu, ubat antiviral memerlukan preskripsi doktor.Jangan sekali-kali memberi aspirin atau ubat yang mengandungi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang menghidapi influenza. Antibiotik juga tidak membantu kerana ia hanya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria.Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak anda sakit?Kebanyakan kanak-kanak yang meghidapi influenza akan sakit selama sekitar satu minggu, sejurus itu mereka akan sembuh. Walaupun begitu, dapatkan juga nasihat doktor dan pastikan anak anda berehat secukupnya dan banyak minum air kosong. Ubat antiviral perlu diberi pada awal jangkitan.Adakah terdapat cara lain untuk mencegah influenza?Cara terbaik untuk anak anda ialah vaksinasi. Walau bagaimanapun, beberapa tabiat dan amalan kebersihan juga boleh membantu:Jauhkan anak anda dari kanak-kanak atau orang lain yang sakitCuci tangan menggunakan sabun dengan kerapJauhkan tangan dari mukaTutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin untuk melindungi orang lainMakan secara sihat & galakkan anak anda untuk lebih aktif secara fizikal.Bilakah patut anda bimbang?Hubungi doktor dengan segera sekiranya anak anda:demam panas yang berlarutansukar bernafas atau nafas pendekkulit bertukar menjadi birusukar minum airkelihatan keliru atau mengalami sawanmengalami simptom yang berulangmempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid, dll)Bolehkah anak anda pergi ke sekolah?Tidak, elak daripada menyebarkan virus, lebih baik mereka duduk di rumah dan berehat. Biarkan anak anda duduk di rumah sehingga suhu badannya normal melebihi 24 jam. Suhu badan sihat bagi kanak-kanak ialah 37 – 37.2°C. Demam ditakrifkan sebagai suhu badan 37.8 °C atau lebih.
Korang juga boleh baca  Apa Itu Hepatitis B?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2020/01/kenali-simptom-influenza-dan-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Influenza Berleluasa Kenali Simptom Simptomnya

Musim Influenza Berleluasa Kenali Simptom Simptomnya

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1169 hits
Musim influenza berleluasa Kenali simptom simptomnya Macam macam kisah kita dengar pasal kes influenza ni kan Risau jugaklah sebab anak cikla dalam lingkungan umur 4 hingga 10 tahun Memang mudah berjangkit lagi lagi yang kecik tu Cikla send...
Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza

Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1698 hits
Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza Assalamu alaikum Ummi nak kongsikan sedikit info mengenai seranganan virus influenza yang sedang hangat diperkatakan Info ni untuk rujukan Ummi juga Semoga anak anak kita
Perihal Darah Tinggi Simptom Komplikasi Dan 5 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Perihal Darah Tinggi Simptom Komplikasi Dan 5 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 268 hits
Perihal Darah Tinggi Simptom Komplikasi Dan 5 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Sekarang ni penyakit darah tinggi tidak mengira mangsa Bukan saja orang tua malahan orang muda pun dah ramai yang menghidap darah tinggi atau hipertensi Jom ...
Influenza A Vs B Ketahui Jenis Perbezaan Simptom Rawatan Dan Pencegahan

Influenza A Vs B Ketahui Jenis Perbezaan Simptom Rawatan Dan Pencegahan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 942 hits
Influenza A vs B Ketahui Jenis Perbezaan Simptom Rawatan Dan Pencegahan Ramai yang beranggapan influenza dan selsema biasa itu adalah sama Sedangkan ia adalah 2 penyakit yang berbeza Walaupun simptom kedua dua penyakit ini adalah sama tetap...
Cara Mencegah Jangkitan Dan Tips Tidak Dijangkiti Virus Influenza

Cara Mencegah Jangkitan Dan Tips Tidak Dijangkiti Virus Influenza

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 611 hits
Cara Mencegah Jangkitan dan Tips Tidak Dijangkiti Virus InfluenzaCara Mencegah Jangkitan dan Tips Tidak Dijangkiti Virus Influenza Ibu bapa makin risau mengenai kesihatan anak anak semenjak penularan wabak Influenza di tahun 2020 kini Setia...
Cara Terbaik Cegah Influenza

Cara Terbaik Cegah Influenza

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 520 hits
Aku kongsikan info yang aku peroleh daripada pihak Kementerian Kesihatan
Cara Mengatasi Influenza

Cara Mengatasi Influenza

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 500 hits
Penyakit influenza sedang berleluasa sekarang Ramai yang risau dijangkiti terutama yang ada anak anak kecil Apa yang kita boleh lakukan sebagai pencegahan Langkah pencegahan yang utama ialah dengan pengambilan vaksin di klinik dan hospital ...
Cara Influenza Berjangkit Dan Cara Merawat Jangkitan Influenza

Cara Influenza Berjangkit Dan Cara Merawat Jangkitan Influenza

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1022 hits
Cara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan InfluenzaCara Influenza Berjangkit dan Cara Merawat Jangkitan Influenza Di Malaysia jangkitan influenza dilaporkan berlaku sepanjang tahun namun dalam julat yang kecil Negara negara yang ...
Cara Menghindari Influenza 2020 Ketika Bersukan

Cara Menghindari Influenza 2020 Ketika Bersukan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 561 hits
Hari ini hari ke 13 dalam tahun 2020 merupakan hari ke 10 wabak influenza A meletus di dalam negara Wabak yang mungkin anda fikir ringan ini sebenarnya boleh membawa maut kalau tidak ditangani dengan baik dan efisyen Jadi hari ini eloklah s...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement