Berubah Kepada Politik Matang Jujur Tengku Hassanal Ingatkan Wakil Rakyat


BERNAMA Tengku Hassanal menitahkan semua 42 ADUN Pahang supaya sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah menasihatkan wakil rakyat negeri ini agar mengamalkan politik lebih matang, jujur dan ikhlas untuk membantu rakyat serta memajukan negara.
Baginda bertitah rakyat dan negara tidak wajar dibebani dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai rakyat yang terkesan menaruh harapan tinggi kepada wakil rakyat.
“Suka saya ingatkan kepada semua, ini bukan masanya untuk kita bersengketa dan bukan masanya untuk kita banyak bicara tanpa berbuat apa-apa. Sebaliknya ini masanya untuk kita semua bersama demi negara, negeri dan rakyat jelata.
“Saya menyeru agar semua Yang Berhormat untuk berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan rakyat serta kemakmuran negeri,” titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.
Tengku Hassanal juga menitahkan semua 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang supaya sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Dalam titah itu, Tengku Hassanal turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai perdana menteri kesembilan dan menasihatkan beliau supaya menjalankan amanah tersebut sebaik-baiknya.
Selain itu, Tengku Hassanal juga menzahirkan hasrat supaya kerajaan Pahang menjadi contoh dalam amalan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), dengan berharap prinsip tersebut dijadikan panduan dalam setiap perkara agar tidak bersifat retorik semata-mata.
Kerajaan Pahang yang diterajui Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail juga dititahkan supaya menambah keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang kini yang berjumlah 1.59 juta hektar supaya negeri ini kekal signifikan sebagai “green lung” atau kawasan hijau Semenanjung Malaysia.
Titah baginda, Pahang dengan keluasan hampir 3.6 juta hektar mempunyai peratusan kawasan hutan yang masih tinggi, iaitu 57% daripada keluasan negeri yang dilihat menjadi penyumbang oksigen utama selain habitat bagi hidupan liar, flora dan fauna di Semenanjung Malaysia.
“Saya menyokong usaha kerajaan saya bertindak tegas dalam aktiviti penguatkuasaan seperti operasi membanteras penerokaan tanah secara haram dan berharap ia diteruskan tanpa gentar atau pilih kasih demi memastikan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan dan alam sekitar berkekalan,” titah baginda.
Menyentuh mengenai situasi ekonomi Pahang, Tengku Hassanal bertitah, berlaku penyusutan akibat impak Covid-19 dengan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM54.9 bilion pada 2020 berbanding RM58.4 bilion pada tahun sebelumnya.
Sektor pertanian, titah Tengku Hassanal masih mengekalkan sumbangan besar kepada pembangunan negeri seperti contoh 624,000 tan produk makanan pelbagai jenis termasuk buah, sayur dan tanaman kontan bernilai RM2.9 bilion dikeluarkan pada tahun lepas.
“Saya berharap kerajaan saya akan terus memberikan lebih penekanan kepada sektor pertanian di samping sektor lain dengan konsep pertanian konvensional perlu diubah kepada pertanian moden dan berteknologi tinggi yang tidak memerlukan tanah yang luas untuk menggandakan hasil dan keuntungan.
“Kerajaan perlu menarik lebih ramai usahawan tani terutamanya golongan muda yang perlu membuang jauh pemikiran skeptikal bidang pertanian tidak menjamin masa depan atau berpendapatan rendah manakala kerajaan perlu menyediakan pelbagai bentuk kemudahan termasuk geran, dana pinjaman dan khidmat nasihat untuk mereka,” titah baginda.
Tengku Hassanal mengalu-alukan pelabur luar dan tempatan melabur di Pahang yang telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM6.8 bilion pada tahun lepas.
Dalam menarik usaha lebih ramai pelabur, Tengku Hassanal mengingatkan kerajaan negeri agar melihat potensi pelaburan yang bersesuaian dengan keutamaan diberikan kepada pelaburan yang selari dengan konsep alam sekitar dan dilaksanakan dengan berintegriti.
Tengku Hassanal juga menzahirkan rasa puas hati dengan kutipan hasil pada tahun lepas yang berjumlah RM850 juta berbanding sasaran asal RM744 juta, iaitu pencapaian sebanyak 115% dan berhasrat melihat prestasi tahun ini lebih baik dan digunakan untuk melaksanakan projek yang bermatlamatkan kesejahteraan rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/berubah-kepada-politik-matang-jujur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Jemaah Menteri Baharu Tak Banyak Berubah Wakil Rakyat Henti Ugutan

Annuar Musa Jemaah Menteri Baharu Tak Banyak Berubah Wakil Rakyat Henti Ugutan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 289 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Semua pihak digesa berhenti daripada terus membuat ugutan kepada kerajaan selepas pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu kerana ia boleh menganggu perjalanan perancangan dalam usaha mendepan...
Muhyiddin Gentleman Utamakan Rakyat Ketika Kemelut Politik Memuncak

Muhyiddin Gentleman Utamakan Rakyat Ketika Kemelut Politik Memuncak

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 237 hits
Seorang penganalisis berkata ia menjawab tuduhan pemimpin Bersatu itu gila kuasa Seorang wanita menyaksikan perutusan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berucap semalam Gambar Bernama Tindakan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mele...
Mereka Yang Sibuk Pasal Politik Anwar Terus Bercakap Soal Rakyat

Mereka Yang Sibuk Pasal Politik Anwar Terus Bercakap Soal Rakyat

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 184 hits
Tahukah anda berapa banyak persinggahan kumpulan puak2 yang mahu mengekalkan kuasa itu setakat ini Setakat yang saya ingat mereka pernah berkumpul samada siang atau malam di beberapa tempat hanya untuk berbincang bagaimana untuk terus kekal...
Politik Malaysia Satu Putaran Ganas Yang Sukar Difahami Rakyat Biasa

Politik Malaysia Satu Putaran Ganas Yang Sukar Difahami Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 199 hits
Muhyiddin Yassin adalah seorang cancer survivor yang mempunyai perspektif yang sangat berbeza dengan ahli politik lain Beliau memimpin Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan ketika Dr Mahathir sendir...
5872 Ppim Mahu Pm Baharu Bawa Kestabilan Politik Demi Rakyat Nadzim Malaysia Gazette 20 08 2021

5872 Ppim Mahu Pm Baharu Bawa Kestabilan Politik Demi Rakyat Nadzim Malaysia Gazette 20 08 2021

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pemimpin yang dilantik menerajui negara membawa agenda menyatupadukan Melayu bumiputera serta memperkasakan umat Islam dalam segenap segi Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata siap...
5871 Kestabilan Politik Negara Demi Kelangsungan Rakyat Ppim Samudera My 20 08 2021

5871 Kestabilan Politik Negara Demi Kelangsungan Rakyat Ppim Samudera My 20 08 2021

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR 20 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pemimpin yang dilantik menerajui negara membawa agenda menyatu padukan Melayu dan Bumiputera serta memperkasakan umat Islam dalam segenap segi Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan...
Jangan Salahkan Rakyat Jika Imej Ahli Politik Buruk Di Mata Mereka Zambry

Jangan Salahkan Rakyat Jika Imej Ahli Politik Buruk Di Mata Mereka Zambry

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 208 hits
Jangan salahkan rakyat jika imej ahli politik buruk di mata mereka Zambry Masyarakat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ahli politik Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Seri Zambry Abd Kad...
Untuk Tangani Covid Ekonomi Rakyat Perdamaian Politik Boleh Dilakukan

Untuk Tangani Covid Ekonomi Rakyat Perdamaian Politik Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 268 hits
Pertemuan bersejarah di Pejabat Perdana Menteri di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan petang ini membuahkan hasil yang memberangsangkan Menurut Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pertemuan selama lebih sej...
Guling Kerajaan Pn Perlihatkan Tindakan Tidak Matang Diktator Politik

Guling Kerajaan Pn Perlihatkan Tindakan Tidak Matang Diktator Politik

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 180 hits
Isu yang sangat menarik dalam situasi politik sekarang adalah apakah UMNO akan mampu menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional setelah ia mengambil keputusan drastik untuk mengarahkan Ahli Ahli Parlimennya keluar daripada kerajaan PN dan men...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin