Muhyiddin Gentleman Utamakan Rakyat Ketika Kemelut Politik Memuncak


Ahmad Mustakim Zulkifli dan Aliff Fikri 
Seorang penganalisis berkata ia menjawab tuduhan pemimpin Bersatu itu gila kuasa.

Seorang wanita menyaksikan perutusan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berucap semalam. Gambar: Bernama Tindakan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan ketika kemelut politik negara mencapai puncaknya disifatkan penganalisis politik sebagai satu tindakan yang “gentleman” kerana beliau tidak berpaut kepada kuasa selepas hilang sokongan majoriti di Parlimen.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Ahmad Marthada Mohamed berkata, ia menampakkan keikhlasan Muhyiddin untuk tidak lagi berpegang kepada kuasa selepas kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.
“Justeru, masyarakat perlu berterima kasih dan menghargai tindakan meletakkan jawatan oleh Muhyiddin kerana beliau meletakkan kepentingan rakyat melangkaui kepentingan diri,” katanya kepada MalaysiaNow.
Semalam, ahli Parlimen Pagoh itu mempersembahkan warkah peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.
Tindakan itu dilakukan selepas 15 ahli Parlimen Umno yang diketuai presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak menarik sokongan mereka kepada Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), selepas beliau enggan berkompromi terhadap kes-kes rasuah dan salahguna kuasa mereka.
Dengan penarikan sokongan itu, Muhyiddin mempunyai sokongan 100 ahli Parlimen, berbanding 120 yang menentangnya.
Dua kerusi Parlimen (Gerik dan Batu Sapi) kosong selepas penyandang meninggal dunia.
Bagaimanapun, sehingga saat ini, masih belum ada kepastian tentang ahli Parlimen manakah yang mempunyai sokongan yang lebih besar daripada blok Muhyiddin untuk membentuk kerajaan baru.
Menurut Marthada, ucapan beliau semalam boleh disifatkan sebagai persediaan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Saya rasa solusi terbaik ialah mengadakan PRU bagi mengelakkan ketidakstabilan dalam kerajaan selepas ini, namun keadaan pandemik tidak memungkinkan PRU untuk masa ini,” katanya.
Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir ucapan Muhyiddin yang dibuat dengan nada sayu itu sebagai isyarat memohon rakyat mengerti cabaran dan kesukaran sepanajng mentadbir negara ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.
“Pada saya kerajaan Muhyiddin bukanlah yang terburuk dan bukan juga yang terbaik.
“Beliau berdepan dengan bermacam ujian antaranya virus Covid-19, kerenah beberapa menteri yang tidak berfungsi dan sebagainya.
“Namun satu perkara positif adalah dunia telah mengakui bahawa Malaysia bawah kepimpinan Muhyiddin adalah antara negara terpantas memberikan vaksin kepada rakyat,” katanya kepada MalaysiaNow.
Antara intipati ucapan Muhyiddin semalam ialah beliau menegaskan tidak akan berkompromi dengan kumpulan kleptokrat Umno, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan.
Selain itu, beliau berharap agar imunisasi kelompok dapat dicapai dalam tempoh dua bulan bagi memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan.
Muhyiddin terdahulu berkata keabsahan beliau akan ditentukan menerusi satu undi percaya yang dijadualkan berlangsung pada September ini di Dewan Rakyat.
Usaha untuk mengadakan kerjasama rentas parti juga gagal apabila Umno dan Pakatan Harapan (PH) sebulat suara menolak tujuh tawaran yang dikemukakan Muhyiddin pada 13 Ogos lepas.
Peletakan jawatan itu disambut baik oleh pemimpin-pemimpin PH yang memuji tindakan itu sebagai berlandaskan Perlembagaan.
Bagi Pengarah Bower Group Asia Adib Zalkapli, peletakan jawatan itu menyelamatkan legasi politik beliau.
“Dia mengingatkan masyarakat awam mengenai situasinya ketika dipecat pada 2015, dan ia merupakan titik perubahan yang besar bukan sahaja untuk kerjaya politiknya namun landskap politik Malaysia juga,” katanya kepada MalaysiaNow.
Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020 dan membentuk kerajaan PN selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad.
Selepas peletakan jawatan semalam, Muhyiddin kini memegang amanah sebagai perdana menteri “caretaker” yang dilantik Agong, sementara menunggu perdana menteri baru dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-gentleman-utamakan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Muhyiddin Akhirnya Mengaku Kemelut Politik Selesai Jika Dia Letak Jawatan

Terkini Muhyiddin Akhirnya Mengaku Kemelut Politik Selesai Jika Dia Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 357 hits
August 14 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan paling mudah untuk beliau menyelesaikan kemelut politik ketika ini Selepas itu katanya terserah kepada Yang di Pertuan Agong untuk ...
Muhyiddin Terus Giat Berpolitik Ketika Pandemik Berkumpul Mencatur Politik Hingga Tengah Malam

Muhyiddin Terus Giat Berpolitik Ketika Pandemik Berkumpul Mencatur Politik Hingga Tengah Malam

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 217 hits
August 12 2021 Perjumpaan beberapa menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara di sini berlangsung lebih dua jam malam ini Beberapa kenderaan termasuk yang dipercayai membawa Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Ser...
5871 Kestabilan Politik Negara Demi Kelangsungan Rakyat Ppim Samudera My 20 08 2021

5871 Kestabilan Politik Negara Demi Kelangsungan Rakyat Ppim Samudera My 20 08 2021

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR 20 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pemimpin yang dilantik menerajui negara membawa agenda menyatu padukan Melayu dan Bumiputera serta memperkasakan umat Islam dalam segenap segi Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan...
5872 Ppim Mahu Pm Baharu Bawa Kestabilan Politik Demi Rakyat Nadzim Malaysia Gazette 20 08 2021

5872 Ppim Mahu Pm Baharu Bawa Kestabilan Politik Demi Rakyat Nadzim Malaysia Gazette 20 08 2021

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pemimpin yang dilantik menerajui negara membawa agenda menyatupadukan Melayu bumiputera serta memperkasakan umat Islam dalam segenap segi Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata siap...
Politiking Dan Katak Politik Di Mana Nilai Rakyat Sebenarnya

Politiking Dan Katak Politik Di Mana Nilai Rakyat Sebenarnya

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 258 hits
Mark my words Selagi akta anti lompat parti tidak wujud dan tiada usaha serius untuk diluluskan di dalam parlimen politik negara akan berterusan kacau bilau dan menganggu gugat rakyat Rakyat mahu mana mana kerusi ahli parlimen yang menang a...
Negeri Pertama Adakan Sidang Dun Esok Johor Jadi Tumpuan Susulan Kemelut Politik Umno Pn

Negeri Pertama Adakan Sidang Dun Esok Johor Jadi Tumpuan Susulan Kemelut Politik Umno Pn

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 183 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sidang Dewan Undangan Negeri Johor akan membuka tirainya esok dan menjadi tumpuan apabila menjadi negeri pertama mengadakan persidangan selepas Parlimen mula bersidang akhir bulan lalu Tumpuan itu susulan kemelut ...
Kuasa Oh Kuasa Kemelut Politik Tanahair

Kuasa Oh Kuasa Kemelut Politik Tanahair

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 269 hits
Kuasa Oh Kuasa Kemelut Politik Tanahair Ustaz Badli Shah Alauddin Like Follow Follow Subscribe
Ph Tolak 7 Tawaran Muhyiddin Yakin Boleh Beri Lebih Baik Kepada Rakyat

Ph Tolak 7 Tawaran Muhyiddin Yakin Boleh Beri Lebih Baik Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 181 hits
Astro AwaniKUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Haraoan yakin mereka mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik untuk menangani pandemik COVID 19 menghidupkan semula ekonomi dan menyelamatkan rakyat Justeru Majlis Presiden PH meno...
Politik Saya Tidak Pernah Ambil Cuti Muhyiddin Usahawira

Politik Saya Tidak Pernah Ambil Cuti Muhyiddin Usahawira

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 234 hits
Perdana Menteri Caretaker Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau dan jemaah kabinetnya tidak pernah mengambil cuti meskipun boleh berbuat demikian Tegasnya semua fokus diberikan berkenaan pengurusan pandemik COVID 19 demi rakyat...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing

Cina Pun Main Sihir David Teo Hampir Mat Disantau Keluarga Terdekat Jumpa Ustaz Untuk Berubat