Bersatu Tak Bersatu


 

Semasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau ringkasnya Bersatu diasaskan pada 2016 dan didaftar secara rasmi tahun berikutnya, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin bersatu untuk menumpaskan Umno-BN pimpinan Najib Razak. Bersama PKR, DAP, dan Amanah dalam Pakatan Harapan mereka berjaya pada PRU14 2018.
Langkah Sheraton dirancang dua tahun kemudian. Bersatu tidak bersatu (boleh juga dibaca Mahathir dengan Muhyiddin tidak bersatu). Jayanya Langkah Sheraton menumbangkan kerajaan PH, Muhyiddin selaku watak utama dalam political coup d’etat itu menjadi perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional.
Apabila beliau terpaksa lepaskan jawatan PM pada 2021 dan digantikan oleh orang Umno, Ismail Sabri Yaakob, Bersatu dilihat masih bersatu kerana ramai pemimpinnya dikekalkan dalam Kabinet ‘baharu yang tidak berapa baharu’.
Selepas PRU15 tahun lalu, PH terajui kerajaan perpaduan yang dianggotai juga Umno-BN bersama blok Borneo. Bersatu (dengan PAS) menjadi pembangkang sehingga dewasa ini. Sekarang kita disajikan dengan langkah beberapa Ahli Parlimennya menyata sokongan kepada Anwar Ibrahim dan pentadbirannya tetapi kekal dalam Bersatu. Strategi bijak pada hemat saya kerana mereka tidak melanggar Akta Lompat Parti. Setakat ini empat orang. Presiden Umno Zahid Hamidi jangka ada lagi yang akan menyusuli.
Bukanlah memeranjatkan malah dijangka pucuk pimpinan Bersatu marah dan berang lantas mengambil tindakan disiplin terhadap empat YB Bersatu. Ertinya Bersatu sekali lagi tidak bersatu.
Muhyiddin selaku presiden mahu Akta Lompat Parti dikaji semula “kerana wujud kelemahan”. Kita faham apa ‘kelemahan’ yang beliau maksudkan namun menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, wakil PN (baca: terutama Bersatu meskipun ada PAS dalam PN) telah (tidak lama dahulu) menghalang percubaan PH untuk memperkenalkan undang-undang ketat yang akan memaksa Ahli Parlimen mengosongkan kerusi sekiranya melanggar keputusan ketua whip parti.
Berkata pula bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa Bersatu paling lantang menolak klausa pada draf asal rang undang-undang anti lompat menyebabkan Bersatu kini berdepan kesukaran. Bekas menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang bertanggungjawab bagi RUU itu dilapor berkata rang undang-undang asal pada 2021 menangani kelemahan yang digunakan empat Ahli Parlimen Bersatu untuk menyokong Anwar.
Wan Junaidi mendedahkan empat menteri Bersatu dalam pentadbiran Ismail Sabri membantah klausa yang menyatakan sekiranya seseorang Ahli Parlimen menukar sokongan di Dewan Rakyat kepada blok lawan maka ia tertakluk kepada undang-undang anti-lompat.
Oleh itu adalah betul empat Ahli Parlimen Bersatu yang isytihar sokong Anwar tanpa keluar parti tidak layan cabaran Bersatu supaya kosongkan kerusi dan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil “bagi menguji sokongan rakyat”. Ini kerana mereka seperti disebut tadi tidak menyalahi undang-undang lompat parti. Lagi pun Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri yang secara sengaja mengosongkan kerusi akan hilang layak bertanding semula untuk tempoh lima tahun.
Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mengakui wakil Bersatu ‘memandang ringan’ undang-undang anti-lompat parti. Beliau dipetik Malaysiakini berkata mereka tidak sangka akan ada ‘jalan keluar’ apabila menolak klausa yang menuntut Ahli Parlimen mengosongkan kerusi jika menentang prinsip dan ketua whip parti.
Realitinya strategi makan diri. Bersatu sudah tersalah langkah tetapi salah langkah Bersatu berhubung undang-undang anti-lompat is apparently not the only big mistake. Menurut Francis Paul Siah, editor veteran Sarawak, kesilapan besar Bersatu (khususnya Muhyiddin ) ialah dengan “angkuh” menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong mengenai penubuhan kerajaan perpaduan berikutan kebuntuan politik selepas PRU15. Bersatu diundang tetapi enggan terima undangan. Menerusi rencananya dalam Malaysiakini, Siah berkata sekarang iaitu satu tahun kemudian “kita tahu ramai dalam Bersatu yang tidak bersetuju dengan keputusan presiden mereka. Itulah sebabnya kita saksikan ‘defection’ yang berlaku sekarang.”
Ertinya Bersatu tak bersatu.
Satu lagi contoh Bersatu tidak bersatu ialah dakwaan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin tidak sebulu dengan Muhyiddin dan mahu mencabar jawatan presiden. Kedua-dua menafikan dakwaan itu. Pun begitu persoalan penting ialah ke mana arah Bersatu sekarang, terutamanya Muhyiddin? Wartawan berpengalaman Leslie Lopez menulis untuk CNA Singapura menyifatkan apa yang berlaku dalam Bersatu ialah satu pemberontakan politik atau “political mutiny” yang terus merebak. Ini kata beliau memberi isyarat “serious troubles ahead” buat Muhyiddin.
Menurut Siah pula apa yang dialami Bersatu ialah ‘karma’ kerana parti itu terutama Muhyiddin terlalu asyik membuat perancangan menumbang kerajaan tetapi bukan melalui peti undi. Kata beliau “kita mesti dengan lantang dan senada memberitahu ‘It’s over Muhyiddin’.”
Berbalik kepada penulisan Lopez yang disebut tadi. Wartawan itu turut memetik Ketua Pegawai Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, berkata “Bersatu sememangnya berpaut kepada PAS. Sekarang krisis (yang sedang dialami) menunjukkan ia (Bersatu) sebuah bahtera politik yang kosong.” A hollow political vessel.
Kata orang bersatu teguh bercerai roboh. Ada juga yang nakal berkata bersatu teguh bercerai kahwin lagi. Mungkin berseloroh tetapi mungkin juga ada mesej yang tersurat dan tersirat, terutama dalam konteks Bersatu tidak bersatu dan mungkin juga dalam konteks hubungan Bersatu-PAS. Jika mengambil kira apa yang dikatakan ketua pegawai eksekutif tadi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/bersatu-tak-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelora Dalam Bersatu Apa Haluan Pas

Gelora Dalam Bersatu Apa Haluan Pas

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 229 hits
KHUTBAHTINDAKAN empat orang ahli Parlimen Bersatu yang mengisytihar menyata menyokong kerajaan Perpaduan dan perdana menteri Anwar Ibrahim sama ada bermoral atau tidak ia telah jadi satu masalah kepada parti itu khasnya dan PN amnya Tindaka...
Bersatu Defections Prove Anti Hopping Law Is A Joke

Bersatu Defections Prove Anti Hopping Law Is A Joke

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 265 hits
There are no two ways about it Bersatu MPs declaring support for Prime Minister Anwar Ibrahim ostensibly to secure constituency funds is an act of defection even if those lawmakers say they remain loyal to Bersatu Not just that these are de...
Bersatu Dakwa Sudah Kumpul Bukti Akan Lapor Polis

Bersatu Dakwa Sudah Kumpul Bukti Akan Lapor Polis

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 173 hits
hmetro com myMUHYIDDIN bersama kepemimpinan Bersatu selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi malam tadi FOTO Aizuddin Saad Kuala Lumpur Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendakwa sudah mengumpul semua bukti berhubung tawaran diberi kep...
Mp Bersatu Sokong Anwar Ibrahim Kerana Kegagalan Mahiaddin

Mp Bersatu Sokong Anwar Ibrahim Kerana Kegagalan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 216 hits
Shazlee Nordin1 Tiada broker yang membeli MP Bersatu PMX sudah pun cukup majoriti 148 Bukan sahaja cukup majoriti mudah tetapi melebihi dua pertiga sokongan Dewan Rakyat 2 Sudah 4 MP PPBM dari Perak Labuan dan Kelantan kini sudah membuat ke...
Adun Bersatu Perbaharui Ikrar Baiah Depan Muhyiddin

Adun Bersatu Perbaharui Ikrar Baiah Depan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 261 hits
MalaysakiniBersatu hari ini mengakui langkah mereka mengambil alih kerajaan pusat terganggu ekoran langkah empat ahli parlimen mereka memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata per...
Allocation Not A Bribe Says Bersatu Mp Supporting Anwar

Allocation Not A Bribe Says Bersatu Mp Supporting Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 157 hits
Suhaili Abdul Rahman said his choice was either to be an effective elected representative or one in name only PETALING JAYA Labuan s Bersatu MP Suhaili Abdul Rahman who recently declared support for the government has dismissed claims the d...
4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

4 Ahli Parlimen Bersatu Mahu Tukar Tempat Duduk Di Dewan Rakyat Kata Speaker

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 318 hits
Johari Abdul berkata undang undang antilompat tidak terpakai kerana mereka hanya isytihar sokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon menukar tempat duduk mereka di D...
4 Mp Sokong Anwar Bersatu Akan Lapor Sprm Polis

4 Mp Sokong Anwar Bersatu Akan Lapor Sprm Polis

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 276 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Bersatu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis selepas empat Ahli Parlimennya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan peruntukan Sambil mendakwa wujud unsur ug...
Bersatu Terima Padah Tolak Peruntukan Akta Anti Lompat Parti Kata Kj

Bersatu Terima Padah Tolak Peruntukan Akta Anti Lompat Parti Kata Kj

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 171 hits
freemalaysiatoday com 10 Nov 2023 8 00pmKhairy Jamaluddin berkata Bersatu sebelum ini menolak satu peruntukan yang mengarahkan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi jika menyokong kerajaan Khairy Jamaluddin berkata satu peruntukan dalam draf RU...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga