Bersatu Terima Padah Tolak Peruntukan Akta Anti Lompat Parti Kata Kj


freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad 10 Nov 2023, 8:00pm

Khairy Jamaluddin berkata Bersatu sebelum ini menolak satu peruntukan yang mengarahkan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi jika menyokong kerajaan.
Khairy Jamaluddin berkata satu peruntukan dalam draf RUU anti-lompat parti yang ditolak Bersatu menyebabkan akta itu mempunyai kelompongan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Tindakan beberapa pemimpin Bersatu yang menolak satu peruntukan dalam draf akta anti-lompat parti sebelum ia dikuatkuasakan sebelum ini ternyata memberi padah kepada parti itu apabila beberapa Ahli Parlimen mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan, kata Khairy Jamaluddin.

Mendedahkan perkara itu Khairy berkata, menteri dan wakil rakyat Bersatu menolak cadangan asal yang dibawa Menteri Undang-Undang ketika itu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung klausa “wakil rakyat perlu mengosongkan kerusinya jika melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di parlimen”.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata, pemimpin Bersatu bertegas menentang klausa tersebut apabila ia pertama kali dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hingga ia dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.

Bersatu sebelum ini adalah sebahagian kerajaan gabungan yang menyokong pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

“Ironinya, bila dibawa ke Jemaah Menteri, untuk dibincang draft ini, antara paling lantang menentang adalah Ahli Parlimen Bersatu, menteri-menteri Bersatu, iaitu mereka dari PN sekarang.

“Mungkin sebab mereka juga ada pengalaman melompat (parti). Ironinya menteri-menteri yang bantah draft asal, kini jadi mangsa terhadap draf yang telah dipinda dan diluluskan,” katanya pada Podcast Keluar Sekejap bersama bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Pada Rabu lalu, Suhaili memaklumkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya selepas menyatakan sokongan kepada pentadbiran Anwar.

Khairy berkata Wan Junaidi dapat mengesan kelompongan dalam Akta Anti-Lompat Parti, bagaimanapun, katanya, “lubangnya terlalu besar”, sambil menambah Bersatu ketika ini juga tidak dapat berbuat apa-apa.

“Sekarang ini, Ahli Parlimen ini akan jadi ahli Parlimen zombie. Maknanya Bersatu tak boleh pecat, mereka tak boleh sertai BN-PH atau PN, dia hidup macam Zombie dan akan dapat peruntukan,” katanya.

Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa undang-undang lompat parti sebagai cacat dan perlu dikaji semula. Katanya, terdapat kelemahan yang boleh dieksploitasi parti politik.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris ketika dihubungi memberitahu tiada arahan rasmi kepada semua Ahli Parlimen parti itu supaya tidak menyokong kerajaan.

“Tak payah ingatkan, bila pembangkang tentang kerajaan, Ahli Parlimen dia kena tentang kerajaanlah, tidak menyokong kerajaan. Tak akan nak bagi ingatan sorang-sorang Ahli Parlimen (pembangkang), jangan sokong kerajaan, itu bukan politik,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/11/bersatu-terima-padah-tolak-peruntukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Akta Lompat Parti Ke Atas 4 Mp Bersatu

Kesan Akta Lompat Parti Ke Atas 4 Mp Bersatu

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 283 hits
HarapanDaily comDR ZULQARNAIN LUKMANSemalam Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa semasa beliau dalam Jawatankuasa Penggubalan Akta bersama Gobind Deo dan Hanipa Maidin mewakili PH PH berpandangan bahawa MP yang b...
Jangan Tuding Jari Bukan Anda Tak Tahu Lompong Akta Lompat Parti Kata Wan Junaidi

Jangan Tuding Jari Bukan Anda Tak Tahu Lompong Akta Lompat Parti Kata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 199 hits
Wan Junaidi Tuanku Jaafar peruntukan wakil rakyat gugur automatik sebagai Ahli Parlimen jika langgar prinsip parti memang dicadangkan dalam jawatankuasa pemilihan PETALING JAYA Wan Junaidi Tuanku Jaafar menasihatkan semua pihak tidak menudi...
Sudah Dirancang Kelompongan Akta Anti Lompat Parti

Sudah Dirancang Kelompongan Akta Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 290 hits
Benarkah kelompongan anti lompat parti tidak disedari atau ia sengaja dibuat untuk situasi begini Mungkinkh mereka merasakan dengan kelompongan ini mereka dapat menukar kerajaan menjatuhkan kerajaan Mungkin Tetapi sebaliknya berlaku dan mer...
Ph Harus Perkemaskan Akta Lompat Parti

Ph Harus Perkemaskan Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 319 hits
Sebagaimana dilaporkan media sebelum ini akta lompat parti yang lebih ketat tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada PN ketika proses penggubalannya Selepas Khairy Jamaluddin mendedahkan perkara itu ia kemudian disahkan o...
Pn Disahkan Tolak Draf Undang2 Anti Lompat Yang Lebih Ketat

Pn Disahkan Tolak Draf Undang2 Anti Lompat Yang Lebih Ketat

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 151 hits
PN sendiri menentang cadangan PH untuk memperkenalkan undang undang antilompat parti yang lebih ketat bagi membolehkan ahli parlimen mengosongkan kerusi sekiranya pendirian mereka bertentangan dengan whip parti masing masing Perkara itu did...
Bersatu Defections Prove Anti Hopping Law Is A Joke

Bersatu Defections Prove Anti Hopping Law Is A Joke

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 183 hits
There are no two ways about it Bersatu MPs declaring support for Prime Minister Anwar Ibrahim ostensibly to secure constituency funds is an act of defection even if those lawmakers say they remain loyal to Bersatu Not just that these are de...
Mmmmm Parti Ajaran Sesat Muhyiddin Sekuru Walaun Kata

Mmmmm Parti Ajaran Sesat Muhyiddin Sekuru Walaun Kata

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 123 hits
Kalau tak fitnah PAS dah lama jadi bangkai Parti ke ai ni betul betul bernafas atas fitnah je Baca tweet Pemuda PAS Malaysia ni Pertama dia tuduh Nik Elin cabar undang undang syariah Kedua dia tuduh telah berjaya di Selangor Aku nak tahu ju...
Sekarang Sokong Mp Lain Tidak Dikira Lompat Parti Kerajaan Boleh Bertukar Lagilah

Sekarang Sokong Mp Lain Tidak Dikira Lompat Parti Kerajaan Boleh Bertukar Lagilah

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 309 hits
Maknanya Kerajaan boleh berubah sekali lagi pada bila bila masa sekiranya ahli dewan rakyat tidak lagi menyokong perdana menteri dan memilih ahli dewan rakyat lain untuk menjadi perdana menteri Parti yang diwakili kekal Begitu kot
Bersatu Defections Party Rejected Clause In Anti Hopping Draft Bill Says Kj

Bersatu Defections Party Rejected Clause In Anti Hopping Draft Bill Says Kj

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 140 hits
Bersatu allegedly rejected a clause in the original draft of the anti hopping bill which has led the party to its predicament today reveals former health minister Khairy Jamaluddin Khairy said Bersatu was adamant in rejecting a clause that ...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur