Gelora Dalam Bersatu Apa Haluan Pas



KHUTBAH
TINDAKAN empat orang ahli Parlimen Bersatu yang mengisytihar menyata menyokong kerajaan
Perpaduan dan perdana menteri Anwar Ibrahim, sama ada bermoral atau tidak, ia telah jadi satu masalah kepada parti itu khasnya dan PN amnya. Tindakan itu menyebabkan PN kini di tempuh badai dan bahan gelora. Dalam kata lain, ada keretakan yang serius dalam PN. Jika ibarat kepada sebuah kapal PN kini teroleng-oleng hilang haluan. Perikatan Nasional retak?
Malam tadi Bersatu terpaksa membuat mesyuarat tergempar membincang kejadian berkenaan. Antara diputuskan malam tadi parti itu bercadang untuk membawa kejadian itu kepada SPRM dan polis serta menuntut kepastian apakah tindakan mereka itu melanggar akta anti lompat parti atau tidak
Dalam kenyataan awal presiden Bersatu, Mahiaddin Yassin beliau cuba memberi gambaran keadaan empat ahli parlimen Bersatu itu diselamatkan oleh Speaker yang tidak ada wibawa atau berpandangan berat sebelah. 
Rasanya tidak perlu beliau mengait dan menjadikan Speaker sebagai kambing hitam bagi mengharamkan tindakan wakil itu kerana akta anti lompat adalah undang-undang diluluskan parlimen dan mahkamah sahaja boleh mementukannya. Kuasa mahkamah mengatasi kuasa Speaker. Mana mungkin Speaker interfere dalam hal ini

Apa pun yang boleh ditafsirkan dengan kejadian itu, bahawa PN kini dilanda krisis keyakinan anggota mereka (MP) sendiri kepada kepimpinan koalisi berkenaan. Empat wakilnya itu bakal menjadi pandemik membahayakan yang boleh merebak. 
Memaling sokongan.
Dengan menjadikan alasan tindakan mereka itu demi rakyat dan untuk mendapat peruntukan untuk kawasan parlimen masing-masing, empat ahli parlimen Bersatu itu memalingkan sokongan dari PN kepada pembangkang. Bahawa sudah timbul keraguan dalam kalangan wakil rakyat mereka sehingga ada yang mengubah sikap. Itu hakikatnya.
Mereka ialah ahli parlimen Kuala Kangsar (Iskandar Dzulkairnain Abdul Khalid), Labuan (Suhaili Abdul Rahman), Gua Musang (Mohamad Azizi Abu Naim) dan Jeli (Zahari Awang Kecik). Walaupun mereka masing-masing menyatakan kesetiaan kepada parti, tetapi hakikatnya mereka tidak lagi bersama Bersatu. Sekaligus tindakan mereka itu mengurangkan jumlah pembangkang dari 74 kerusi kepada 70, dan menambah kepada kerajaan dari 147 menjadi 151. 
Pihak Bersatu cuba menjustifikasi peralihan sokongan empat MP itu sebagai satu pencabulan kuasa dan ada manipulasi politik. Kononnya mereka berempat itu telah dipengaruhi dan ditawar dengan kebendaan. Tuduhan itu sangat dangkal, sengaja mahu merendahkan moral keempat wakil rakyat itu sahaja. 
Lantas Bersatu bercadang untuk mengemukakan masalah itu kepada SPRM dan pihak polis. Bahkan diugut sama mereka juga akan melaporkan SPRM kepada SPRM kerana mengsyaki ada kakitangan SPRM berselingkuh. Sebenarnya cadangan itu tidak lebih daripada untuk dikatakan bahawa Bersatu tidak berdiam diri dengan kemelut itu, sedangkan tindakan itu tidak akan memberi apa-apa dampak.
Walaupun kedudukan mereka dalam parti masih samar, namun tindakan bakal dikena oleh parti dengan mengambil tindaklan disiplin, dan sudah ada yang sudah digantung menunjukkan keempat orang ahli parlimen itu sudah mengucap selamat tinggal kepada Bersatu. Bersatu tidak dapat berbuat apa-apa pun kerana akta anti lompat parti tidak berlaku kepada mereka. Sementara langkah Bersatu hendak melaporkan kepada SPRM dan polis ia tidak lebih usaha menjustifikasikan kejadian itu sahaja, untuk menunjukkan yang mereka tidak berdiam diri. 

Yang jelas perilaku tindakan mereka itu memberi beberapa implikasi kepada Bersatu dan PN. Tindakan itu benar-benar memukul Bersatu dan PN. Bagi Bersatu tindakan mereka itu menggambarkan mereka hilang kepercayaan dan keupayaan presiden mereka Mahiaddin Yassin yang sebelum ini beriya-iya mengatakan mereka akan kembali berkuasa dan menjatuhkan kerajaan Perpaduan.
Apabila setelah lebih sembilan bulan kerajaan Perpaduan tidak berjaya digugat dan Mahiaddin masih belum dipanggil ke Istana untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri seperti dicanang-canangkan wajar kalau ada orang mulai meragui keupayaannya itu. Dan bagi empat wakil itu jalan terbaik dengan meninggalkan parti.  Tiada ada guna menunggu sesuatu yang tidak hadir. Tepatlah kalau mereka bertindak demikian kerana bagi mereka lebih obses tentang nasib dan kepentingan rakyat ketimbang diri sendiri. 
Rakyat tidak hanya cukup dijamu dengan janji dan dihiasi dengan lauk pauk retorik dan mimpi-mimpi molok untuk jadi kerajaan. Rakyat tidak boleh menangguhkan agar keperluan mereka dipenuhi. Masa berlalu dari minggu ke minggu bulan ke bulan, sedangkan perut dan tuntutan hidup diperlukan. Jeritan kehausan pembangunan rakyat di bawah sana kian lantang dan terdesak. Justeru mereka penaka wakil rakyat harus memikir dan menindakkan sesuatu. Tindakan menyokong kerajaan itu adalah tepat.
Apa yang berlaku itu adalah elok kalau Mahiaddin juga bermuhasabah merenung ke dalam diri apakah dia masih layak dan berkemampuan untuk terus memimpin parti? Tiada guna jadi presiden kalau kita sudah hilang kepercayaan dan keyakinan. Walaupun tindakan empat orang itu tidak ramai, tetapi ia memberi kesan bahawa Bersatu dan PN sedang mengalami keretakan serius. Mahiaddin perlu melakukan sesuatu yang lebih praktikal.
Sebaik-baik sikap diambil Mahiaddin ialah berdamai dengan kerajaan. Serah diri dengan melakukan ceasefire. Jika beliau melakukan itu beliau akan dihormati dan disokong rakyat. Perdamaian itu boleh dilakukan dalam apa sahaja bentuk setidak-tidaknya untuk menimbus kemaluan yang sudah melata di muka kini. Sebaik-baiknya mengadakan MoU dengan kerajaan Perpaduan meniru seperti mana dilakukan PH semasa menjadi pembangkang dahulu menanda tangani MoU dengan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Ismail Sabri Yaacob. 
Mahiaddin dan Bersatu serta PN berhentilah bermimpi untuk mengambil alih kerajaan. Ketahui dan insaflah hari sudah siang. Ia akan menjadi sulit bukan sahaja kerana ahli parlimen mereka telah hilang kepercayaan dan keraguan, namun ia akan terus terhalang apabila dengan keyakinan rakyat sendiri hari ini kepada kerajaan Perpaduan, Malaysia Madani kian diterima.  
Kesan kepada Pas.
Langkah empat ahli parlimen itu turut memberi kesan sama kepada Pas. Tentu ia juga mengejutkan Pas yang selama ini dberikan janji kosong oleh Bersatu untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral sekali lagi. Bagaimana Pas melihat tindakan berkenaan? Apakah mereka tidak bimbang dan ragu atau pun masih berkeyakinan PN akan berjaya menggugat kerajaan Perpaduan. 
Sebagai sebuah parti politik yang mempunyai iltizam untuk menguasai kerajaan, Pas tidak boleh meriba tangan melihat kejadian itu tanpa mencari formula atau mengagaskan sesuatu politik baru. Pas perlu berfikir ke hadapan dengan lebih jauh serta memikirkan beberapa kemungkinan akan berlaku. Misalnya Pas perlu meletakkan pertanyaan dalam minda mereka, apakah tidak mustahil Bersatu akan berkolaborasi dengan kerajaan, mengambil sikap berbaik dengan musuh selepas gagal menewaskannya.  
Pas kena fikir perkara ini. Sebelum Pas dimainkan, Pas harus membuat persiapan diri. Pas harus kebal dengan kemungkinan-kemungkinan politik. Dalam politik tidak ada kesetiaan, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunai tetapi untuk dimungkiri. Ingat. 
Dalam hal ini Pas juga secara senyap atau terbuka harus menyemak kembali wibawa Mahiaddin sebagai pengerusi PN. Mesti ada sesuatu yang kurang atau tidak disenangi dan ketidak-mampuannnya apabila ditungging punggung oleh ahli sendiri walaupun tanpa penyertaan mereka.
Politik umpama sebuah kenderaan awam yang dinaiki pelbagai penumpang. Ia akan bergerak mengikut masa dan jadualnya. Mana-mana penumpang yang terlambat atau bermasalah ia akan ditinggalkan. Nah begitu juga dengan Bersatu ia adalah penumpang kepada kenderaan awam yang akan memikirkan dirinya daripada penumpang yang lain. Bersatu tidak sanggup ketinggalan sama dengan penumpang lain (Pas). Sebagai penumpang Pas harus berfikiran positif.  
Justeru Pas perlu menilai kembali keberadaannya dalam PN. Renung dan kaji apakah untung dan ruginya. Apakah kelabaan kalau ia meninggalkan Bersatu dan menyokong kerajaan. Fikir dan selidik apakah kerugian kalau terus bersama Bersatu dan kekal menentang kerajaan?
Ukuran atau perkara yang perlu dijadikan ukuran dan perioriti kepada Pas ialah nasib rakyat, terutamanya dalam kawasan negeri dikuasai mereka. Mungkin rakyat di kawasan dimana negeri dikuasai Pas, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak akan menghadapi kesulitan seperti rakyat di kawasan di luar negeri-negeri itu. Sekiranya dengan terus menentang kerajaan dan kekal berkolabrasi dengan Bersatu merugikan Pas, Pas harus melakukan sesuatu yang munasabah dan drastik.
Pas tidak akan rugi apa-apa kalau ia membuat penilaian semula dengan Bersatu. Bahkan tindakan itu dikira berpandangan jauh. Itulah political will namanya. Pas kena yakin kepada keupayaan parti berkenaan yang punyai potensi. Pas kena sedar selama ini yang menghidup atau mengelombangkan sokongan rakyat kepada PN ialah Pas bukannya Bersatu. Bersatu hanya menumpang "tui" Pas semata-mata. Menjadi unta atau keldai itu baik, tetapi ia tidak begitu membahagiakan kalau selama-lama dijadikan haiwan tunggangan kerana ia terbatas jua dengan usia dan keadaan.
Atas realiti itu dan potensi yang ada Pas mampu bergerak sendiri menjadi parti alternatif kepada mana-mana parti memerintah Keadilan atau Umno. Pas tidak perlu bergantung kepada mana-mana parti. Apakah Pas sedar nilai dan kekuatan yang satu ini ada kepadanya? Pas kadang-kadang tidak sedar potensi diri dan kekuatan yang ada kepadanya, kerana ia dinaungi oleh individu yang oportunis menguasai parti berkenaan. 
Kesimpulan perkembangan yang "lembam" dalam Bersatu sekarang ini Pas perlu sedari dan peka. Pas jangan sekali lagi terlepas akibat kurang cekap membaca kompas dan iklim politik. Tokoh-tokoh muda/pelapis dalam parti agama itu seperti Ahmad Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohd Noor, Dr Zuhdi Marzuki, Afnan Taib  dan lain-lain perlu bangkit dan berani menyatakan "tesis" politik masing-masing. Mereka tidak perlu terus menjadi pandir kepada ludah-ludah presiden semata-mata. [wm.kl.11:07 am 10/11/2023]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/11/gelora-dalam-bersatu-apa-haluan-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Experienced Enough To Stand Firm Mp Says After Move By Bersatu Reps

Pas Experienced Enough To Stand Firm Mp Says After Move By Bersatu Reps

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 154 hits
Pendang MP Awang Hashim says the predominant role of PAS has been that of the opposition PETALING JAYA An MP from PAS today voiced confidence that elected representatives from his party would not be swayed to support the current government ...
Calon Bersatu Guna Lambang Pas Bakal Diwajibkan Bai Ah

Calon Bersatu Guna Lambang Pas Bakal Diwajibkan Bai Ah

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 113 hits
Mursyidul am PAS mahu calon pilihan raya daripada Bersatu membuat perakuan sumpah setia atau bai ah jika bertanding atas lambang bulan pada masa depan Hashim Jasin membuat cadangan itu selepas dua Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas ...
Sikap Pas Punca Mp Bersatu Beralih Sokongan

Sikap Pas Punca Mp Bersatu Beralih Sokongan

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 173 hits
HarapanDaily coDESA HMPas dalam dilema Semua yang dibuat serba tidak kena Dek kerana keputusan Perikatan Nasional yang dimonopoli Pas memutuskan tidak ada lagi rundingan pasal peruntukan menyebabkan beberapa MP dari Bersatu tiba tiba u turn...
Pas Mps Are Resolute Tuan Ibrahim Says Amid Defections In Bersatu

Pas Mps Are Resolute Tuan Ibrahim Says Amid Defections In Bersatu

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 113 hits
PAS MPs will remain loyal to the party and its leadership despite recent defections in its ally party Bersatu said its deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim when met at the Parliament today expressed confidence that parliament...
Gempak Retak Menunggu Belah Pas Bergolak Dan Bersatu Tidak Senang Hati

Gempak Retak Menunggu Belah Pas Bergolak Dan Bersatu Tidak Senang Hati

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 145 hits
Semalam FMT memetik Abu Bakar sebagai berkata antara isu yang melatari konflik dalaman PAS Perlis terkait dengan kefahaman agama selain susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri PAS Perlis dilaporkan sedang bergolak dan ia didedahkan ol...
Perlis Bersatu Chief Wants Intervention To Quell State Pas Tensions

Perlis Bersatu Chief Wants Intervention To Quell State Pas Tensions

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 184 hits
Perlis Bersatu chairperson Abu Bakar Hamzah has insisted that the state PAS chapter should not hide the problems and divisions within the party at this time Speaking to Utusan Malaysia Abu Bakar who is also state Perikatan Nasional deputy c...
Puad Zarkashi Pas Ugut Bersatu Jangan Lagak Abang Besar

Puad Zarkashi Pas Ugut Bersatu Jangan Lagak Abang Besar

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 168 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mendakwa bayangan PAS kembali menjadi kerajaan mungkin disuarakan untuk mengugut Bersatu supaya jangan berlagak abang besar dalam Perikatan Nasional Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkas...
Harga Sawit Terkini Semakan Harga Semasa

Sg Bakap Sanusi Pkr S Akmal Laud Mature Politics In Football Friendly

Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat

Tetap Bertegas Pertahan Kuota Bumiputera Pm

Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

Pernah Dengar Keluhan Hutang

Selangkah Wallet Semakan Bayaran Ewallet Bingkas Selangor

Puad Beritahu Pas Lebih Baik Bantu Bersatu Yang Dah Nyawa Nyawa Ikan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga


Happy Birthday Ke 6 Huwainaa Khayra Kali Nie Tema Frozen

Ihya Ulumuddin Retelling 4

Nasi Ayam Sambal Hijau

Guardianship And Family Law How Vasiliou Law Supports Clients

Tukang Cuci Jumpa Wang Rm254 000 Di Lapangan Terbang

Politik Islam Tidak Wujud