Bersatu Dakwa Sudah Kumpul Bukti Akan Lapor Polis


hmetro.com.my
Latifah Arifin
[email protected]
MUHYIDDIN bersama kepemimpinan Bersatu selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi, malam tadi. FOTO Aizuddin Saad.
Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa sudah mengumpul semua bukti berhubung tawaran diberi kepada Ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan akan dibuat dan ia akan dikemuka kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mendapati ada Ahli Parlimen mereka 'disogok' dengan tawaran faedah tertentu seperti dalam bentuk kewangan atau peruntukan.

"Ini adalah satu perkara yang melanggar peruntukan seperti Akta SPRM, iaitu sama ada dia menerima atau memberi. Kita akan buat laporan, satu kepada pihak polis dalam tempoh sehari dua.

"Semua maklumat telah dikumpulkan, contohnya dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang, atau Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang, dia beritahu ketika Mesyuarat Bersatu Kelantan, (dia) dapat tawaran (tertentu) tetapi menolak kesemuanya.

"Namun tiga hari selepas itu, dia umumkan keputusan sokong sana (kerajaan). Justeru, kita suspek ada perkara yang sedang berlaku, yang telah langgar peruntukan undang-undang," katanya yang menegaskan terdapat elemen sengaja menakut-nakutkan atau pendakwaan bagi mendapatkan sokongan dengan tawaran bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Ibu Pejabat Perikatan Nasional di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; dua Naib Presiden, Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ronald Kiandee; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Muhyiddin turut berkata, Bersatu akan mengemukakan laporan berhubung perkara sama terhadap SPRM yang dakwanya mungkin terbabit.

"Kita buat laporan kepada SPRM dan terhadap SPRM. Mungkin SPRM juga terbabit, mungkin ada (antara kes ini) babitkan pegawai tinggi SPRM," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menggesa Akta Lompat Parti yang diwartakan pada 6 September lalu dikaji semula, susulan didakwa terdapat kelompongan yang jelas.

"Sebagai contoh dalam kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah terhadap empat Ahli Parlimen Bersatu yang bertindak menyokong Kerajaan Perpaduan.

"Kes itu masih berjalan dan masih menunggu keputusan mahkamah ialah kerana di peringkat Speaker (Dewan Rakyat) memutuskan bahawa mereka tidak melanggar (peraturan parti)," katanya.

Muhyiddin merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau) yang bertindak bertukar parti pada Januari lalu.

Bersatu turut menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terkhilaf dalam memutuskan tiada kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli parti itu, atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muhyiddin menegaskan Johari jelas membuat tafsiran khilaf berhubung Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin berkata, segala keputusan yang dibuat Johari boleh dipersoalkan kerana beliau adalah orang parti yang memerintah kerajaan.

"Kalau kita katakan mereka sudah langgar Perlembagaan, melewati batas, tapi itu pandangan kita, mungkin tak sama dengan pandangan Speaker Dewan Rakyat, sedangkan dalam Perlembagaan parti Bersatu, tafsiran tentang suatu tindakan itu bersandarkan kepada MPT Bersatu," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/11/bersatu-dakwa-sudah-kumpul-bukti-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Mp Sokong Anwar Bersatu Akan Lapor Sprm Polis

4 Mp Sokong Anwar Bersatu Akan Lapor Sprm Polis

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 296 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Bersatu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis selepas empat Ahli Parlimennya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan peruntukan Sambil mendakwa wujud unsur ug...
Sprm Lapor Polis Dakwaan Melulu Pemimpin Bersatu

Sprm Lapor Polis Dakwaan Melulu Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 258 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu yang didakwa dikeluarkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata la...
Sprm Buat Laporan Polis Terhadap Fitnah Ketua Penerangan Bersatu

Sprm Buat Laporan Polis Terhadap Fitnah Ketua Penerangan Bersatu

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 175 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini membuat laporan polis ke atas salah seorang pemimpin kanan Bersatu yang membuat dakwaan fitnah ke atas agensi berkenaan Menurut SPRM mereka merujuk kepada satu hantaran dalam TikTok yang memap...
4 Mp Bersatu Sokong Pmx Mahiaddin Dakwa Ada Gerakan Terancang Lemahkan Pn

4 Mp Bersatu Sokong Pmx Mahiaddin Dakwa Ada Gerakan Terancang Lemahkan Pn

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 321 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mendakwa wujud gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan partinya dan Perikatan Nasional Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau menerima maklumat baha...
Video Sidang Mkmk Putuskan 6 Hakim Mk Langgar Etik Terkuak Bukti Bukti

Video Sidang Mkmk Putuskan 6 Hakim Mk Langgar Etik Terkuak Bukti Bukti

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 162 hits
Dalam pemeriksaan Ketua MKMK Jimly Asshiddiqie menegaskan bukti bukti dari media juga menjadi pertimbangan dari MKMK
Praperadilan Syahrul Yasin Limpo Kpk Beberkan 164 Dokumen Dan Bukti Elektronik

Praperadilan Syahrul Yasin Limpo Kpk Beberkan 164 Dokumen Dan Bukti Elektronik

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 147 hits
Syahrul Yasin Limpo mengajukan gugatan praperadilan ke Pengadilan Negeri Jakarta Selatan
Ratusan Barang Bukti Dikumpulkan Polisi Kasus Pembunuhan Ibu Anak Subang Segera Diseret Ke Meja Hijau

Ratusan Barang Bukti Dikumpulkan Polisi Kasus Pembunuhan Ibu Anak Subang Segera Diseret Ke Meja Hijau

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 185 hits
Meski jumlahnya sudah ratusan penyidik masih mencari barang bukti lain terutama golok yang diduga digunakan para tersangka menghabisi korban
Tunjuk Bukti

Tunjuk Bukti

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 161 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Saya hairan dengan tindak tanduk Datuk Seri Anwar sejak akhir akhir ini 2 Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini Kalau sudah ada dedahlah dan cajlah d...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh