Kembali Bekerja Dari Rumah Dalam Fasa Pkpb


 As Salam,
Ketika penat dan kelelahan di sekolah kerana hambatan tugas hakiki sebagai guru, disamping mengawasi dan memastikan anak-anak murid disekolah agar sentiasa menjaga jarak, menjaga kebersihan dan patuhi SOP, saya memang ada hasrat dan berharap, agar dapat "cuti kembali" seperti fasa PKP dahulu.haha.Tapi masa tu, cakap kat Encik Suami, nak cuti tapi taknak virus Covid-19 ni.
Selang sehari pelaksanaan PKPB di Mukim Jimah Port Dickson, Menteri Keselamatan Dalam Negeri umumkan pula pelaksaanaan PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan


Tapi itulah. Manalah kita tahu, Allah kabulkan juga hasrat ini sekali bukan kita atau lokasi dan sekolah kita sahaja kena tutup, hampir satu Malaysia pula kena jalani semula fasa PKPB ini.Allah sebaik-baik pengatur.Semoga kebaikan juga yang tersedia buat kita semua dengan kembali penguatkuasaan PKPB ni.


Syukur saya dan Encik Suami sempat pulang ke kampung menziarah orang tua di kampung kami di Kota Tinggi dan Muar, Johor.Sebelum itu, ada juga saya merungut-rungut dekat mak mertua yang "anak bujangnya" asyik balik Muo sahaja.kiki.Padahal saya maklum, mak saya bukan selalu ada di kampung kami di Kota Tinggi.Tapi tulah.saja nak cari pasal.(jangan ikut peel buruk saya ni ).
Seronok sangat mak budak sorang ni dapat balik kampung dia.hihi.Tq Encik Suamiku yang baik hati.(puji ada makna..)
Mak dengan anak menantu:) Time ni mak tengah tunggu azan maghrib nak buka puasa, kita pulak yang beriya belikan juadah berbuka.Macam kita pulak yang puasa.Nampak nau pelahapnya.kann


Rupanya Encik Suami dah ambil cuti awal sempena Keputeraan Baginda Rasulullah SAW tempohari.Tujuannya nak penuhi permintaan saya balik kampung di Kota Tinggi.Saya pula yang terpaksa mohon CRK daripada Guru Besar kerana sekolah saya tidak mengambil cuti peristiwa sehari selepas cuti am Maulidur Rasul.


Bila GB bertanya tujuan saya mohon CRK, saya tanpa selindung berterus terang yang saya nak ziarah orang tua di kampung ( dengan sedikit alasan takut selepas ini jika diumum PKP, saya tak sempat ziarah orang tua ).Kemain lagi kan saya.Tapi saya tetap minta GB berikan pertimbangan.Alhamdulillah.Semuanya dipermudahkan.


Kembali Bekerja Dari Rumah Dalam Fasa PKPB ( November Hingga Disember )


Sebelum pengumuman PKPB, kami di Mukim Jimah, Negeri Sembilan baru sahaja diisytihar sabagai kawasan yang tertakluk kepada PKPB selepas Seremban menjadi daerah dengan Zon Merah.Dalam pada itu, saya dan Encik Suami ada juga merasakan kemungkinan daerah kami juga bakal diumumkan PKPB kerana kes yang semakin hari semakin meningkat.
Budak Bulus sekor ni mengekor je ke mana saya pergi kat sekolah.Dia tak cam saya yang "beso gedabak" melainkan dia dengar suara saya, baru dia dtg dekat.Terima kasih Ihsan jadi "saka" cikgu kat sekolah.Depa panggil ni kucing cikgu:)
Ni pula best friend kat umah kalau saya stay up buat kerja-kerja sekolah.hihi.Masa ni lah depa dok buat tunggang langgang kat umah.Habis bantal sofa semua tergolek.Buat kerja malam-malam buta depa ni

Meeting dan meeting.Tiap kali habis meeting, tambah lagi list keje kena buat.Bertabahlah


Di sekolah pula, menghampiri hujung tahun persekolahan, banyak pula tugasan-tugasan yang perlu guru selesaikan.Bukan sahaja menyediakan soalan peperiksaan, tugasan lain sebagai Ketua Panitia dan Penyelaras SPBT menuntut pegorbanan masa yang bukan sedikit.


Bukanlah merungut kerana kerja yang banyak.Macam tak bersyukur ada pekerjaan pula kan.Tapi alhamdulillah, style kerja saya pula, jika banyak mana pun tugasan yang perlu dihantar, saya tetap akan memilih manakah tugasan yang perlu kepada kesegeraan.Siapkan secara berperingkat.Saya ukur kemampuan saya sebagai ibu dan isteri yang bekerja.


Pada usia mak-mak ini, saya tidak mahu korbankan fikiran dan otak saya untuk terlalu stress dengan pekerjaan dan hal-hal dunia yang memang tak akan habis!Biarlah kalau orang lain nak jadi orang pertama atau orang yang kerjanya selalu updated-saya relax-relax sudah.Saya dah lalui zaman bekerja dengan sungguh-sungguh non stop 7 days a week-


Kini adalah fasa usia dimana saya kena selalu bertenang dan terima seadanya.Elakkan marah-marah, buruk sangka atau pentingkan diri sendiri.Kematangan menjadikan kita faham, semua orang tidak berfikir dan bertindak seperti kita.Masing-masing ada cara berfikir dan bertindak sendiri.Hormati dan terimalah apa adanya.
Bekalan buku teks bagi kegunaan 2021 yang sudah sampai ke sekolah.Tak tahu bila pula dapat proses buku ini.Sekolah dah tutup.Tengah pikir idea yang terbaik untuk setelkan bab buku ni.Ya Allah, tunjukilah padaku jalan yang mudah menyelesaikan pekerjaanku ini.aamin

Kalau depa suka alhamdulillah.Kalau depa tak suka, nak buat macam mana.Kita bukan boleh paksa orang suka kita.Kita pun ada kesukaan atau kebencian kita sendiri kan.Saya akur kalau dahulu saya selalu nak "perfect" dalam apa yang saya usahakan.Allah pun dah kabulkan banyak doa-doa saya.Apa lagi yang tak cukup dalam hidup saya ni.Saya selalu rasa bersalah kalau nak minta sesuatu, padahal Allah dah bagi banyak sangat kat saya.Allahuakbar.Syukur banyak-banyaklah.
Marilah kita berharap dan berdoa semoga situasi pandemik yang sedang kita lalui segera berlalu.Usahlah kita berfikir bila pelaksanaan PKPB ini banyak benda kita tak boleh buat.Jika kita orang yang positif dan yakin dengan aturan Allah, penuhilah waktu PKPB ini dengan hal-hal yang memberi nilai kepada kehidupan kita didunia mahupun diakhirat nanti.


Saya juga mahu fasa PKPB kali ini dapat saya luangkan dengan lebih bermanfaat dan lebih baik daripada fasa PKP dan PKPB yang dilalui sebelum ini.Semoga Allah mudahkan semuanya untuk kita.aamin.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/11/kembali-bekerja-dari-rumah-dalam-fasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Keyboard Baru Bekerja Dari Rumah Kan

Beli Keyboard Baru Bekerja Dari Rumah Kan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 477 hits
Assalamualaikum PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT telah diumumkan semalam mulai esok selama empat minggu tetapi PKPBKPKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kecuali Pahang Kelantan Perlis Motif tiga negeri ini tidak perlu PKPB S...
Pkpb Rumah Ibadat Bukan Islam Di Perak Dibenar Operasi 7 Pagi 10 Malam

Pkpb Rumah Ibadat Bukan Islam Di Perak Dibenar Operasi 7 Pagi 10 Malam

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 458 hits
Seorang Sami buddha Phramaha Amnoi sedang melakukan upacara keagamaan sempena Hari Wesak dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika tinjauan di Rumah Ibadat Buddha Thai Chetawan di Jalan Gasing hari ini IPOH Rumah ibadat bukan Islam...
Maruku Sedap Buat Kudapan Duduk Rumah Masa Pkpb

Maruku Sedap Buat Kudapan Duduk Rumah Masa Pkpb

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 444 hits
Hai pembaca kesayangan Sedang work from home kah itu Walau dimana pun pembaca pembaca kesayangan Misz ella berada semoga semua berada di dalam keadaan yang baik baik sahaja Jangan lupa jaga diri incase if you all perlu keluar rumah ye Buat ...
Kembali Bekerja Lepas Pantang Anim Ezati Nak Balik Cepat Rindu Nak Tengok Muka Anak Mak Mak Memang Macam Tu Eh

Kembali Bekerja Lepas Pantang Anim Ezati Nak Balik Cepat Rindu Nak Tengok Muka Anak Mak Mak Memang Macam Tu Eh

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 408 hits
Kembali bekerja setelah dua bulan bercuti untuk berpantang adalah perkara biasa untuk ibu yang baru melahirkan Tapi apa yang pasti perasaan rindukan si kecil yang ditinggalkan di rumah atau di nurseri dan juga pengasuh itu perasaan luar bia...
Kakitangan Awam Industri Semua Negeri Boleh Bekerja Dari Rumah

Kakitangan Awam Industri Semua Negeri Boleh Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 323 hits
SHAH ALAM 10 NOV Kerajaan membenarkan kakitangan awam dan sektor industri semua negeri bekerja dari rumah susulan penutupan sekolah hingga hujung tahun ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi sektor awam ia tertakluk s...
Bekerja Dari Rumah Sila Kemas Pejabat Dan Bawa Pulang Dokumen Kerja Yang Penting

Bekerja Dari Rumah Sila Kemas Pejabat Dan Bawa Pulang Dokumen Kerja Yang Penting

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 352 hits
assalamualaikum salam sejahtera saya di ofis hari ni giliran saya bekerja di pejabat dah ada list dah nak settle kan kerja dgn segera dan sempurna nak kemas kemas bilik next saya bakal bekerja in shaa Allah Selasa depan pertama sekali saya ...
Berpusu Pusu Pulang Ke Rumah Sebelum Pkpb

Berpusu Pusu Pulang Ke Rumah Sebelum Pkpb

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 278 hits
Keadaan trafik yang masih dipenuhi kenderaan walaupun PKPB telah dikuatkuasan lewat malam tadi BAYAN LEPAS Keadaan trafik di beberapa laluan menuju ke kawasan Mukim 12 Daerah Barat Daya sesak walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat t...
6 Tahun Menikah Rumah Tangga Tantri Kotak Dan Arda Naff Sempat Terancam Gara Gara Celana Dalam

6 Tahun Menikah Rumah Tangga Tantri Kotak Dan Arda Naff Sempat Terancam Gara Gara Celana Dalam

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 293 hits
Siapa yang suka baca cerita cerita kocak pasangan ini Kayaknya jadi salah satu kunci kenapa pernikahan mereka selalu langgeng hingga kini
Azmin Dan Hamzah Dipersalahkan Dalam Pertemuan Beremosi Di Rumah Muhyiddin

Azmin Dan Hamzah Dipersalahkan Dalam Pertemuan Beremosi Di Rumah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 290 hits
Puad gesa PM berundur dakwa Azmin Hamzah dipersalahkanAnggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangannya un...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi