Berhenti Dulu Berpolitik Tabur Fitnah Mari Bersama Tangani Covid 19 Abas
Azlina Rosdy
KUALA LUMPUR – “Musuh kita sekarang adalah COVID-19, jadi berhentilah berpolitik. Cukup-cukuplah buat fitnah. Sekarang bukan masa untuk berpolitik. Selepas wabak pandemik ini dapat kita atasi, baru kita sambung semula berpolitik,” ujar Ketua UMNO bahagian Batu Datuk Yahaya @ Abas Mat Ghani.
Beliau melahirkan rasa kekesalan apabila ada pihak yang masih cuba menabur fitnah sehinggakan sanggup menganjurkan pertandingan video pendek bagi menunjukkan kerajaan gagal dalam menangani virus COVID-19.
“Sebagaimana yang diketahui dan yang dilaporkan oleh media, banyak negara luar ingin belajar bagiamana kita menangani pandemik COVID-19. Negara kita tidak seperti negara lain contohnya Amerika dan Itali, graf negara kita dalam isu COVID-19 ini baik dan kita boleh kawal wabak penyebarannya.
“Di kala negara luar memuji dan ingin melajar bagaimana kita kawal wabak ini, ada pula pihak yang cuba menabur fitnah kononnya kerajaan gagal. Mereka yang mengecam dan mengatakan kita gagal menangani pandemik ini dengan baik sebenarnya hanya memainkan satu politik murahan.
“Mereka bercakap ikut perasaan, semata-mata mahu fitnah. Hakikatnya kita tidak gagal menguruskan COVID-19, sebab itu negara luar memuji Malaysia,” tegas beliau.
Justeru, Abas berharap, pihak yang cuba melaga-lagakan dan memfitnah apa yang kerajaan lakukan ini supaya berhenti melakukan perkara tidak berfaedah itu dan menumpukan kepada menghentikan rantaian wabak COVID-19 ini.
Beliau juga berharap agar rakyat terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kejayaan negara dalam menhentikan penularan wabak ini bergantung kepada Kerjasama semua pihak.
“Raya sudah tidak lama… kalau kita degil tidak ikut arahan sudah pasti raya kali ini tidak ada makna.
Kita tidak boleh tarawih dan sembahyang raya. Jadi, eloklah kita ikut arahan kerajaan,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/berhenti-dulu-berpolitik-tabur-fitnah.html