Bergaya Di Pagi Raya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel


Bergaya Di Pagi Raya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel | Assalamualaikum. Moga korang sihat menjalani ibadah puasa. Kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku turun padang memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya yang bertempat di Jakel Shah Alam Ahad lepas. Memang setiap tahun Jakel akan mempromosikan koleksi baju raya kepada pelanggan. Sewaktu kempen Jakel Barulah Raya, Duta Jakel akan turut sama mempromosi dan menjual koleksi baju mereka pada harga runtuh. Tahun ni, Jakel telah memperkenalkan Duta baru iaitu Abam Bocey dan masih kekalkan Duta yang lain seperti Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Dato Aaron Aziz, dan juga Upin Ipin. 
 Jakel Barulah Raya 1
Pilihan Baju Raya Hanya Di Jakel Barulah Raya
Majlis santai bersama Duta Jakel turut dimeriahkan dengan acara lelong oleh Duta Jakel. Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Dato Aaron Aziz, Abam Bocey memang sporting melayan peminat masing-masing. Memang berebut-rebut pelanggan mengambil peluang membeli baju pada harga yang murah. Masing-masing teruja dapat membeli dan selfie dengan artis kesayangan masing-masing. 
Jakel Shah Alam
Pada hari itu juga Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi lagi kempen jualan baju raya dengan memberikan baucar baju raya percuma kepada 100 pelanggan yang membeli Baju Melayu bernilai RM150. 



Bergaya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel
Apa yang bagusnya dekat Jakel ni, koleksi baju raya yang ada bercirikan kekeluargaan. Jadi tiada masalah nak sedondon di pagi raya sebab ada design dan warna yang sama. Setiap Duta juga ada peminat mereka yang tersendiri. Untuk yang dah berkeluarga boleh beli koleksi Schawalara dan Hanis Zalikha, yang masih bujang boleh beli baju kurung Ayda Jebat, dan Baju Melayu Nabil dan duta-duta lain. Mari aku kongsikan koleksi baju Raya yang ada di Jakel:
Baju Melayu Aaron Aziz
Untuk mereka yang pentingkan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan koleksi Baju Melayu Aaron Aziz adalah ia berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. Sesuai untuk semua. 
Baju Melayu Nabil Ahmad
Direvolusikan dengan perincian zip di sisi dan pergelangan tangan dan lelaki yang suka potongan slim-fit. Berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada poket dan leher pada harga mampu milik. Kalau nak feeling muda dan ceria kena pakai koleksi Nabil Ahmad. 
Baju Melayu Awal Ashaari 
Koleksi baju Awal fokus kepada potongan, warna, dan kualiti fabrik untuk bantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari. 
Baju Melayu Abam Bocey
Khas untuk mereka yang inginkan Baju Melayu plus size. Tersedia sehingga saiz 7 XL. Siap samping dan butang Baju Melayu. 


Baju Melayu Hairul Azreen
Sebelum ni ada Hairul Azreen, tahun ni Jakel buat kelainan keluarkan Baju Melayu Hairul Azreen yang diperkemaskan lagi dengan jahitan tangan di bahagian kolar dan tersedia Baju Melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat. 
* Setiap pembelian Baju Melayu akan diberikan percuma kain samping dan butang Baju Melayu. 
Koleksi Baju Kurung 
Koleksi Baju kurung berkonsepkan moden untuk koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan juga Hanis Zalikha. Sesuai dengan citarasa terkini untuk wanita yang nak nampak ceria, moden, dan mesra Instagram. Sesuai untuk semua golongan wanita dari remaja sehingga dewasa. 



Koleksi Kurta
Koleksi kurta yang berkualiti dan mementingkan keselesaan bila dipakai dan menggunakan fabrik cotton bercorak di samping mempunyai kekemasan di potongan leher dan belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Koleksi kurta juga mesra wuduk dan boleh dilipat serta di butangkan pada bahagian sisi lengan. Tersedia lebh dari puluhan warna. Ada Koleksi Kurta Awal Ashaari, Hairul Azreen, Aaron Azin dan Nabil Ahmad. 
Koleksi Kanak-Kanak
Semestinya tarikan utama untuk koleksi kanak-kanak ialah Upin Ipin yang turut diberi samping dan butang Baju Melayu. Tarikan lain yang menjadi kesukaan adalah Koleksi Lara Alana dan juga Yusof Iskandar. 

Lelong Besar Besaran Sehingga Malam Raya 
Pengarah Urussan Jakel Shah Alam, Tuan Haji Izani b. Mohamed mengumumkan bahawa Jakel memberikan tawaran HARGA RUNTUH dengan potongan sehingga 85% untuk koleksi baju raya pada kali ini bermula pada bulan Ramadan sehingga malam raya demi menghargai pelanggan setia Jakel. Ini lah masanya untuk korang dapatkan baju raya pada harga murah dan berkualiti. 

Selain daripada baju raya, Jakel Shah Alam juga mengadakan jualan hebat di Khemah Besar Aidilfitri yang dipasang bersebelahan Petronas Seksyen 7 yang menjual pelbagai jenis karpet raya. Karpet pelbagai design berkualiti tinggi ditawarkan pada harga istimewa. Terbeliak mata aku bila tahu harga karpet dijual serendah RM4.80 sekeping. Ada juga yang buy one free one weh! Ini tak tipu tau ni betul ni. Jom jerit ramai-ramai, saya nak karpet murah. Hahahaha 

Kenapa Jakel Jadi Pilihan Destinasi Shopping Raya

1. Harga Baju Melayu bermula serendah RM 99 dan PERCUMA kain samping dan butang Baju Melayu. 
2. Baju kurung pula dijual dengan harga bermula RM 100 sepasang manakala baju raya kanak-kanak berjenama Lara Alana dan Yusof Iskandar bermula serendah RM 39 sahaja. 
3. Koleksi baju raya untuk lelaki dan perempuan yang mesra wuduk. 
4. Koleksi baju readymade direka khas oleh pereka-pereka dalaman Jakel sendiri jadi tak boleh di beli di tempat lain. 

5. Saiz Baju Melayu tersedia sehingga saiz 7XL. 
6. Karpet raya murah Rm4.80, lepas tu diskaun gila-gila sehingga 85%, buy one plus one, jadi siapa yang tak nak kan? 
7. Malas nak keluar rumah shopping online jelah di www.jakelstore.my
Lebih Mudah Beli Belah Di Jakelstore.my
Selalu kita bayangkan bila time ada sale akan berasak-asak dan tak semua orang boleh tahan dengan situasi yang merimaskan tu. Tapi sekarang korang patut senyum lebar sebab Jakel telah memperkenal platform terbaru mereka untuk pelanggan membeli belah secara dalam talian. Tak perlu risau masalah parking dan jem korang boleh shopping di hujung jari sahaja. Satu Malaysia boleh dapatkan baju Raya dari Jakel. Bermula 10 Mei 2019, kesemua produk Jakel kini korang boleh beli menerusi laman jualan online di www.jakelstore.my Dah tak perlu risau 
Jakelstore.myKoleksi Baju Raya Jakel Pada Pandangan Aku
Bagi aku koleksi baju raya Jakel ni design dia semua nampak moden dan simple je tapi cantik. Memang tak dinafikan Jakel dah jadi trend setter setiap kali Hari Raya. Aku sendiri ternanti-nanti sale dari Jakel. Koleksi baju raya dia ada aura yang buatkan kita nampak muda dan kemas. Baju Melayu Nabil aku paling suka dari segi design dan juga pilihan warna. Jadi untuk korang yang teringin nak pakai baju artis pakai dan nak rasa glamour memang Jakel la pilihan yang tepat. 

#JakelBarulahRaya
#JakelShahAlam
#Jakel

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/05/bergaya-di-pagi-raya-dengan-koleksi-Jakel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1509 hits
Setiap tahun Jakel Mall memang sangat terkenal dengan fesyen baju raya terkini up to date dan menarik untuk kita membeli baju raya di sini Bukan baju raya sahaja malah segala kain pasang sampin kain untuk langsir carpet pun turut jual di Ja...
Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran Jakelstore My

Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran Jakelstore My

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 935 hits
Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran jakelstore my Assalamualaikum Sabtu baru baru ni Amni pergi ke majlis pelancaran koleksi baju raya yang cantik dari Jakel bersama dengan duta duta Jakel tahun ni Majlis ni berlangsung ...
Beli Baju Raya Di Jakel Melalui Online

Beli Baju Raya Di Jakel Melalui Online

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1326 hits
Eyza ni dari dulu lagi akan beli kain untuk buat baju kurung ke kebaya ke dekat Jakel Textile Dari Jakel di Bangunan lama sampai la Jakel dah pindah ke JAKEL MALL Eyza sukakan fabrik corak dan warna yang ada kat Jakel ni Harga pun sangat la...
Jakel Ceriakan Golongan Oku Dan Asnaf Buka Jualan Baju Raya Secara Atas Talian

Jakel Ceriakan Golongan Oku Dan Asnaf Buka Jualan Baju Raya Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama...
Pembukaan Butik 5 Waktu Di Seri Bangi Seksyen 8 Dapatkan Koleksi Baju Dan Jubah 5 Waktu Untuk Raya Ni

Pembukaan Butik 5 Waktu Di Seri Bangi Seksyen 8 Dapatkan Koleksi Baju Dan Jubah 5 Waktu Untuk Raya Ni

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1377 hits
hai assalammualaikumBaju Kurta 5 Waktu Pilihan Baju Raya Tahun Ni Untuk Suami Dah lama nad berkenan dengan Baju 5 waktu ni lagi lagi baju kurta dia nak bagi suami pakai Suka tengok rekaan dan cutting baju tu yang sesuai dengan lelaki Bila t...
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 897 hits
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore my Assalammualaikum semua Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang tersedia di hujung jari Jakel Textile juga tidak ketinggalan melancarkan laman sesawang
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Dan Jakelstore My

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Dan Jakelstore My

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 493 hits
KOLEKSI JAKEL BARULAH RAYA 2019 DAN JAKELSTORE MY Assalamualaikum semua Ni nak tanya korang dah buat persiapan untuk raya ke Kalau dah baguih la senang kalau buat persiapan awal ni Nanti takdak la kalut kan Lagipun bila dah masuk bulan puas...
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Berbagai Pilihan Ada Untuk Semua

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Berbagai Pilihan Ada Untuk Semua

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1534 hits
Hello pembaca kesayangan Baru baru ini Misz ella telah menghadiri Majlis Pelancaran Koleksi Baju raya Jakel 2019 bersama Duta Jakel dan pelancaran jakelstore my di Jakel Mall Kuala Lumpur Majlis pelancaran yang diadakan secara santai ini te...
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 457 hits
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian l Assalamualaikum Siapa tak kenal Jakel kan Destinasi wajib untuk shopping kelengkapan raya kot tu Macam Ana sendiri wajib setiap tahun ke Jakel Sebab apa Sebab senang tau korang semua under ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024