Beli Baju Raya Di Jakel Melalui Online



Eyza ni dari dulu lagi akan beli kain untuk buat baju kurung ke, kebaya ke dekat Jakel Textile. Dari Jakel di Bangunan lama sampai la Jakel dah pindah ke JAKEL MALL. 
Eyza sukakan fabrik, corak dan warna yang ada kat Jakel ni. Harga pun sangat la mampu milik dengan poket Eyza ni. Sape kata semua kain dekat Jakel tu mahal? Selalu je Jakel buat 'HAPPY HOUR'. Kalau xde Happy Hour pun, ada je yg semeter RM 10 ringgit macam tu. 

Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketika musim perayaan. Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting

Melihatkan keadaan ekonomi yang kurang rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif

Sedar mengenai hal ini, pusat gedung tekstil tanah air Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. 
Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan rasai sense of belonging ketika berbelanja bersama Jakel

Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini “up-to-date”. 
Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua. Bagi mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel, pastinya ia dapat menimbulkan aura keanggunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka

JAKEL BARULAH RAYA
Jakel menganjurkan kempen raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur


Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar

Majlis lebih bertambah erti apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Ini adalah satu platform untuk pihak Jakel mendekati golongan berkemampuan disamping meraikan mereka


Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel membantu mereka yang memerlukan. 

Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan. 

Selain mendekati golongan OKU dan asnaf, majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. 
JAKELSTORE.MY
Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaian Jakel dihujung jari

Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikan mereka sukar untuk berkunjung ke Jakel secara fizikalnya. Oleh itu Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my

KOLEKSI BAJU MELAYU


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. 

Husband Eyza memang tiap-tiap tahun akan beli Baju Melayu Aaron Aziz sebab potongan dia cantik dan selesa. Harga pun sangat berpatutan. Kalau nak beli kain dan nak tempah rasanya dekat RM 200 kut. Ni dah la murah, dapat pulak percuma butang baju melayu dan sampin. Mana nak dapat dekat tempat lain. Tahun ni pun dia awal-awal lagi dah beli koleksi Aaron ni. Tak sabar dia nak try. Cuma kaler dirahsiakan. Tak surprise plak nnt. Hihihi



Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket



Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari. 

Menjadi kelainan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat


Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa

Untuk Tahun ini, Duta untuk Baju Melayu "Plus Size" adalah Abam Bocey. Lepas ni, abg2 yang sebelum ni kata tak ada saiz besar, dah boleh la ke Jakel je sebab InsyaAllah ada saiz abg2 semua

KOLEKSI KURTA
Raya pada tahun ini juga, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualitie kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket


Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. 
BAJU KURUNG 

Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, moden dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. 


Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan. Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. 


Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya

KOLEKSI KANAK-KANAK
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibawah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan masa kini. 

Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu

Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. 
Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah Label Lara Alaana dan Yusuf Iskandar

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh ikuti info terkini Jakel, di media sosial instagram Jakel di  jakeltextile dan juga Facebook GedungTekstilJakel 

Para pelangan juga boleh memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya ini di media sosial dengan hashtag #jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel #seronoknyarayajakel


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.eyzamiel.com/2019/05/beli-baju-raya-di-jakel-melalui-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1510 hits
Setiap tahun Jakel Mall memang sangat terkenal dengan fesyen baju raya terkini up to date dan menarik untuk kita membeli baju raya di sini Bukan baju raya sahaja malah segala kain pasang sampin kain untuk langsir carpet pun turut jual di Ja...
Jakel Ceriakan Golongan Oku Dan Asnaf Buka Jualan Baju Raya Secara Atas Talian

Jakel Ceriakan Golongan Oku Dan Asnaf Buka Jualan Baju Raya Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama...
Beli Baju Kurung Moden Cantik Dan Selesa Dari Butik Nursafia Secara Online

Beli Baju Kurung Moden Cantik Dan Selesa Dari Butik Nursafia Secara Online

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 782 hits
Beli Baju Kurung Moden Dari Butik Nursafia Secara Online Bajunya amat selesa Cantik pulak design dan coraknya Memang kurung moden yang simple tetapi amat selesa Walau diperbuat dari kain Lycra tetapi kainnya tak melekap di badan dan tak jar...
Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1406 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua moga puasa tahun ni lebih bermakna Walaupun masih terlalu awal kita di bulan penuh Al ...
Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran Jakelstore My

Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran Jakelstore My

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 937 hits
Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran jakelstore my Assalamualaikum Sabtu baru baru ni Amni pergi ke majlis pelancaran koleksi baju raya yang cantik dari Jakel bersama dengan duta duta Jakel tahun ni Majlis ni berlangsung ...
Bergaya Di Pagi Raya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel

Bergaya Di Pagi Raya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 1419 hits
Bergaya Di Pagi Raya Dengan Koleksi Baju Raya Jakel Assalamualaikum Moga korang sihat menjalani ibadah puasa Kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku turun padang memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya yang bertempat di Jakel Shah Alam Ahad ...
All My Baju Kurung Cotton From Mydin Beli Rm50 Je Eina Azman

All My Baju Kurung Cotton From Mydin Beli Rm50 Je Eina Azman

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 529 hits
Kecantikan wajahnya sentiasa mencuri tumpuan peminat peminatnya Bukan itu sahaja pelakon yang seringkali menambat hati netizen dengan tagline it s done ketika menunjukkan pelbagai menu masakan itu juga mencuri tumpuan para peminat terhadap ...
Bila Suami Belikan Baju Raya Anak

Bila Suami Belikan Baju Raya Anak

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 472 hits
Baju ni tak fotogenik agaknya dalam pic suami kirim masa proses pembelian memang keadaannya kurang menyerlah Mungkin faktor pencahayaan Hingga Qistina cuba menolak untuk dibelikan Ain pula sebagaimana lazimnya tak berapa cerewet soal baju s...
Beli Online Lebih Murah Susu Untuk Izzat Darling

Beli Online Lebih Murah Susu Untuk Izzat Darling

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 491 hits
assalamualaikum pagi jumaat nan indah sejuk Bkt Katil hujan lebat dari kul 8 pagi tadi lebih kurang mencuba sedaya upaya utk update blog dgn kerap setelah berminggu tak aktif blog ni terasa rugi bila byk kisah yg takde terasa rugi bila tak ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias