Berdebar Tunggu Nak Bersalin Kenal Pasti Jenis Kontraksi Ni Baru Ibu Makin Bersedia


Dah sampai masa bersalin ke? Macam ni ke kontraksi nak bersalin? Pelbagai persoalan yang berlegar di fikiran bakal ibu yang baru pertama kali hamil dan bakal melalui detik melahirkan anak.
Menunggu hari demi hari namun tanda kontrasi masih belum dirasai. Bagi menjawab persoalan dan mengenal pasti detik kelahiran sebenar, panduan kontraksi ini bakal ibu perlu ketahui dan fahami. Barulah makin bersedia bila detiknya sudah tiba. Nak masuk ke bilik bersalin pun rasa lebih yakin.

Apa itu tanda kontraksi?
Kontraksi adalah bahagian normal kehamilan dan berlaku ketika otot rahim mengetat dan melentur, sama seperti proses meregangkan otot lain.
Pada akhirnya, pengecutan otot rahim inilah yang akan membantu anda dalam proses kelahiran bayi, mendorong si manja ke dalam saluran kelahiran dan keluar ke dunia. Pun begitu, bagi kebanyakan wanita hamil, tanda kontraksi atau aktiviti otot rahim ini boleh menjadi sesuatu yang merunsingkan.
6 tanda kontraksi perlu tahu
Umumnya, dikatakan terdapat 6 jenis kontraksi yang akan anda lalui sebelum, semasa dan selepas bersalin.

1. Braxton Hicks – Kontraksi setiap hari
Dinamakan sempena nama doktor, Braxton Hicks pada dasarnya dianggap sebagai kontraksi pemanasan (warm up). Ia adalah satu keadaan normal dan biasanya akan bermula pada trimester kedua. Selalunya anda akan rasa pengerasan atau pengetatan otot rahim yang cepat, terutamanya pada bahagian depan.
Mengalami dehidrasi atau pergerakan yang lebih banyak boleh menyebabkan tanda kontraksi ini terjadi. Bagi sesetengah keadaan ibu selepas bersalin Braxton Hicks lebih dirasai pada waktu malam, terutamanya selepas hari yang memenatkan. Jadi, jangan panik jika mengalami kontraksi ini. Ia bukanlah tanda proses kelahiran bayi sehingga memerlukan anda bergegas ke hospital. Bertenang!
2. Kontraksi fasa awal kelahiran – Masa untuk bersedia tetapi jangan pergi ke hospital lagi
Kontraksi ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa. Anda mungkin akan berasa seperti mengalami kekejangan haid tahap ringan sehingga sederhana.
Biasanya tempoh kontraksi itu berselang dan berubah-ubah. Antara 7 hingga 10 minit, bahkan mungkin berselang 20 minit atau lebih. Ketika kekejangan berlaku, anda mungkin boleh tidur atau melakukan sebarang aktiviti lain.
Untuk mengetahui sama ada apa yang anda alami itu kontraksi fasa awal kelahiran atau Braxton Hicks, anda perlu lihat atau kira masa pengecutan dan lihat coraknya. Jika berada dalam fasa awal proses kelahiran bayi, anda perlu mempunyai matlamat untuk kekal berada di rumah selama mungkin.

Minta bantuan pasangan untuk bantu anda tenangkan diri -mungkin menggunakan pencahayaan yang rendah dan suasana tenang.
Jika ia tidak membantu, mungkin anda boleh alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti lain seperti berjalan kaki, memasak atau menonton rancangan TV atau filem kegemaran.
3. Kontraksi fasa kelahiran aktif – Ya! Anda boleh mengajak pasangan ke hospital
Tanda kontraksi yang berlaku pada fasa kelahiran aktif ini bermaksud segala-galanya semakin meningkat, kekerapan kontraksi semakin dekat – antara jarak 4 hingga 5 minit dan berlaku sekitar 30 saat hingga 1 minit bagi setiap sesi kontraksi.
Inilah masa yang tepat untuk pergi ke hospital. Ini terutamanya apabila kontraksi semakin kuat, kerap dan dekat. Malah bahagian depan dan belakang rahim menjadi lebih sakit dan tegang. Anda mungkin memerlukan lebih sokongan emosi atau bantuan untuk menenangkan diri sepanjang tempoh ini.
4. Kontraksi peralihan – Menghampiri masa bersalin!
Fasa peralihan ini bermaksud anda akan bersalin tidak lama lagi. Ia adalah di mana bukaan serviks berubah daripada 8 kepada 10 cm.
Keadaan ini selalunya merupakan bahagian yang paling sukar untuk proses kelahiran bayi. Kontraksi yang berlaku pada fasa peralihan ini boleh berlanjutan sehingga 2 minit dan kuat dengan tempoh rehat pendek di antaranya. Biasanya, ia disertai dengan tekanan besar pada bahagian vagina dan rektum.
Dalam tempoh ini, anda mungkin akan mengalami rasa mengigil, muntah, rasa kesejukan dan keinginan untuk bersuara. Kata-kata semangat daripada pasangan pastinya memberikan perbezaan besar antara tekanan kuat pada punggung dan sokongan yang diperolehi.

5. Kontraksi meneran – Bayi bersedia untuk keluar!
Semasa fasa meneran ini, seringkali anda akan merasa seperti ingin untuk membuang air besar. Ketika ini, tanda kontraksi yang berlaku adalah lebih kuat dan tidak berkurangan. Untuk meneran biasanya memerlukan sokongan yang banyak. Pasangan anda boleh membantu memberikan kata semangat seperti “Anda hebat” atau “Anda boleh melakukannya”.
Suami juga mungkin boleh membantu mengelap peluh atau memegang tangan anda untuk memberikan lebih keselesaan.
6. Kontraksi selepas proses kelahiran bayi – Pengecutan otot rahim juga berlaku selepas bersalin
Tanda kontraksi tidak hanya diperlukan untuk mengeluarkan plasenta sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi proses pengucupan rahim – membolehkan rahim kembali ke ukuran asal sebelum kehamilan (involution) – juga boleh menyebabkan kontraksi.
Proses penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan berlakunya kontraksi selepas melahirkan anak. Dikenali sebagai sakit selepas bersalin, ia biasanya berada pada keadaan paling sakit antara 2 hingga 3 hari selepas kelahiran. Namun keadaan ini normal.
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Artikel berkaitan: Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: Hellodoktor.com
The post Berdebar Tunggu Nak Bersalin, Kenal Pasti Jenis Kontraksi Ni, Baru Ibu Makin Bersedia! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berdebar-tunggu-nak-bersalin-kenal-pasti-jenis-kontraksi-ni-baru-ibu-makin-bersedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Anak Satu Kalau Sembilan Pengsan Bukan Senang Nak Jadi Ibu Lufya Omar Kongsi Cerita Layan Anak Di Instagram

Baru Anak Satu Kalau Sembilan Pengsan Bukan Senang Nak Jadi Ibu Lufya Omar Kongsi Cerita Layan Anak Di Instagram

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 407 hits
Menjadi ibu bukanlah perkara yang senang tambah tambah jika anak pula seorang yang lasak dan aktif sentiasa tidak kira tempat dan masa Berkongsikan mengenai pengalaman menjadi ibu kepada seorang cahaya mata pelakon Lufya Omar menulis panjan...
Roger Je Nak Makan Apa Khairul Aming Sudi Masak Untuk Ibu Hamil Ini 3 Jenis Menu Dihantar

Roger Je Nak Makan Apa Khairul Aming Sudi Masak Untuk Ibu Hamil Ini 3 Jenis Menu Dihantar

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 437 hits
Bang Isteri saya yang pregnant teringin sangat masakan Khairul Aming Saya masak tiru resipi Khairul Aming pun dia kata tak sedap Bantuin Bang Kicapan yang di hantar oleh Ashrafhmas pada Khairul Aming namun tak disangka sangka Khairul Aming ...
Makin Adik Nak Keluar Makin Dia Manja Rafael Makin Manja Mawar Rashid Risau Ramai Ibu Kongsi Ada Pengalaman Sama

Makin Adik Nak Keluar Makin Dia Manja Rafael Makin Manja Mawar Rashid Risau Ramai Ibu Kongsi Ada Pengalaman Sama

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 449 hits
Anak anak yang masih kecil bila nak dapat adik baru memang perangai clingy lain macam Seperti yang dikongsikan pelakon dan usahawan Mawar Rashid tentang anak pertamanya Raden Muhammad Rafael di Instagram miliknya Mawar atau nama sebenar Wan...
Makin Lama Kahwin Sepatutnya Makin Sayang Baru Anak Tengok Pun Bahagia

Makin Lama Kahwin Sepatutnya Makin Sayang Baru Anak Tengok Pun Bahagia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 313 hits
Semakin hari semakin lanjut usia perkahwinan kita Takkan kita nak biarkan usia perkahwinan kita semakin berkubur dengan usia Semakin lama usia perkahwinan sepatutnya semakin banyak cerita dan pengalaman yang manis dibina bersama Saya pernah...
Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 428 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

Nak Elak Koyak Teruk Masa Bersalin Urutan Perineum Boleh Membantu Doktor Kongsi Cara Nak Buat

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 788 hits
Bagi ibu yang baru pertama kali nak bersalin pasti banyak perkara yang masih lagi samar terutamanya proses melahirkan anak Perasaan takut risau semuanya ada tapi percayalah itu juga turut dialami oleh ibu ibu lain yang sudah pernah beranak ...
Dah Lama Idam Nak Bela Oyen Ibu Menangis Dapat Hadiah Kucing Dari Anak2

Dah Lama Idam Nak Bela Oyen Ibu Menangis Dapat Hadiah Kucing Dari Anak2

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 317 hits
Membahagiakan orang tua sememangnya suatu impian buat anak anak Walaupun tidak mampu membalas segala jasa dan bakti mereka dalam membesarkan kita namun memberi mereka kegembiraan pastinya memadai untuk menyenangkan hati mereka Menerusi satu...
Asas Pelaburan Emas Untuk Yang Baru Nak Mula Melabur

Asas Pelaburan Emas Untuk Yang Baru Nak Mula Melabur

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 383 hits
Anda nak tahu asas pelaburan emas sebelum nak mula melabur emas Ya Sebelum anda nak ceburi bidang melabur emas ini di sini saya ingin kongsikan asas pelaburan emas agar anda faham Sepanjang sejarah emas selalu dilihat sebagai salah satu pel...
Saya Nak Dia Mati Perlahan Lahan Ibu Dera Suntik Cecair Peluntur Dalam Badan Bayinya Berusia 18 Bulan

Saya Nak Dia Mati Perlahan Lahan Ibu Dera Suntik Cecair Peluntur Dalam Badan Bayinya Berusia 18 Bulan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 281 hits
Seorang ibu mengaku mendera bayi perempuannya dengan menggunakan pisau cukur dan menyuntik cecair peluntur ke dalam badannya Ezgi Korucu didakwa mendera mangsa berusia 18 bulan di kediamannya di Daerah Avcilar utara barat Istanbul Turki Wan...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya