Berbuka Puasa Di Temani Sang Aladdin Dan Lampu Berkelipan Di Best Western I City Shah Alam



Geng2 kaki makan ehhhh mulut yang makan la
Fuhhh kejap je masa berlalukan,dah nak bertemu Ramadhan kembali.Maka meriahlah dengan buffet-buffet Ramadhan di segala hotel dan restoran atau tempat-tempat makan.Maka banyaklah kambing-kambing yang di golekkan di serata ceruk hahahhaah dah jadi sinonimkan sekarang buffet Ramadhan dengan kambing golek,kayooo tokey kambing ngeeee..

Merepek je la Cik Sue ni,ha meh sini nak bagitau korang satu tempat nak berbuka puasa dengan kawan-kawan ,keluarga,geng-geng study,geng-geng opis atau skandal korang ehhhhh...opsssss.Suasana berbuka dengan pelbagai juadah tradisi serta ruangan terbuka yang mana korang boleh feeling-feeling makan di bawah cahaya rembulan di langit dan cahaya neon yang cantik di paras bumi gituuuu.Best Western I-City membawa konsep Aladdin and The Malaysian Treasures untuk Ramadhan Buffet tahun ni

Ruang Makan Selesa dan Open View.Terletak di aras 5 bangunan hotel ni,korang di sediakan ruang makan tertutup dan terbuka,di mana kawasan terbukanya umpama taman dan boleh menikmati pemandangan indah waktu malam sambil menjamu selera.Ruangan di bahagian dalam kafe juga selesa untuk seisi keluarga.

ruangan yang selesa dan lapang


Susunan meja dan kerusi sangat memudahkan pergerakan dan selesa untuk bergerak,maklumlah nanti mesti ada yang datang bawa keluarga dan anak-anak kan.Cuma kena kawal jangan berlari-lari je,eh boleh nak lari-lari suruh je anak-anak main kat luar bahagian yang terbuka tu,memang sesuai,sebab ada rumput,ha main la golek-golek situ.Humaira dah 2 kali termasuk ni CikSue bawa datang sini,memang dia suka giler ruangan terbuka ni,tambah-tambah ada geng siap berlari-lari

haaaaa rumput karpet,sila la golek wahai anak-anak

cantik kan pemandangan malam di sini
Cik Sue juga suka kemudahan kat sini,surau dan tandas semua kat aras kafe tempat berbuka ni juga,keluar ke  kawasan terbuka tu sebelah kiri terus je,dekat dan selesa.Tak payah nak turun ataunaik ke aras lain nak cari surau tandas bagai,memang menudahkan,maklumlah bila dah makan bersembang ralit sangat kang jenuh nak berkejar cari surau

Oh ya parking pula,memang mudah,masuk je besment hotel memang di sediakan untuk pengunjung hotel ini,boleh juga parking sekeliling bangunan kawasan i-city ni tapi jauh la sikit jalannya

suka humaira Alladdin ni nak bergambar ,dia panggil sendiri tau hehhee

Tahun ini Best Western membawakan konsep Aladdin dalam suasana Malaysia,kata ketua chefnya ala-ala Aladdin zaman P.Ramlee gitu,zaman-zaan marjina la tu heheheh,dan menu pun tradisional Malaysia serta gabungan makanan antarabangsa lain juga.Nanti boleh la bergambar ngan Aladdin yang berlegar-legar ni,di lobi hotel pulak ada replika rumah melayu lengkap dengan pelita buluh dan lemang untuk menaikkan mood raya korang,haaa boleh la selfie-selfie atau gambar berkumpulan
Lebih 160 Menu Lazat dan Memikat Selera.Himpunan lebih 160 menu yang lazat menanti korang yang nak berbuka kat sini ye,Cik Sue yang cuba dulu ni pun mabuk nak pilih,macam-macam ada ha.sebut je nak makan apa.Insya Allah ada.
Menu berasaskan sup seperti Sup Kambing Berempah Mamak,Seafood Tomyam,Sup Loba Putih Udang Kering,Crabmeat and Corn Soup,Sup Mushroom,Lotus Roots and Herb,Soto Madura dan banyak lagilah.

ulam dan salad
dressing salad dan sambal

rendang dan kerabu
sambal
pilihan buah-buahan
8 pilihan kurma
keropok-feveret humaira
Hidangan lauk utama pula seperti Kari Kepala Ikan,Daging Masak Hitam,Mutton Varuval,Ayam Masak Berempah,Udang Sambal Tumis Petai,Baked Honey Pumpkin,Lamb Shoulder with Mint Creamy Sauce,Teriyaki Honey Beef,Irish Lamb Stew,Bamboo Clam with Chili,Steamed Fish Teochew Style dan banyak lagilah yang akan menggoda selera korang,kalau Cik Sue berbuka memang tak ambil nasi,ratah lauk je,kang ambil nasi memang kenyangla tak makan dah yang lain,rugi wooooo..

dari kiri atas -masak lemak cili api daging salai,masalodeh,labu masak lemak,sotong goreng rempah
atas dari kiri-potato grill,mongolian lamb,rendang minang kering,ikan steamed
ketam masak lemak dengan nenas
Dan semestinya nak berbuka puasa Cik Sue nak juga pemanis mulut terutama kuih-kuih melayu.Jangan risau kat sini memang ada seleksi pilihan pencuci mulut yang sedap-sedap dari tradisional sampai ke barat.Pilihan Cik Sue puding roti kuah kastardnya,sedappppp sebab kurang manis,ngam-ngam je manisnya.Ada puding-puding dan pastri juga dan coklat fountain,agak menggoda yang manis-manis ni tapi makan kena beringat ye jangan over.


pelbagai kuih-muih



Di ruangan luar pula ada stesen atau kiosk makanan yang korang boleh pilih,lebih kurang macam gerai la,antaranya Pasta station,Rojak,Abc,Otak-otak,Yong Tau Fu,Murtabak,Char Kuey Teow,Kebab dan macam -macam lagi.Bahagian bakar-bakar pula ada kambing golek,ayam ,daging panggang dan seafood bbq.Untuk anak-anak pula ada 2 tong aiskrim yang boleh di nikmati,memang suka la anak-anak kan.











Selain itu yang menjadi tarikan mesti la kiosk segar dari ladang ni,ni kat bahagian ruangan terbuka tu ye,korang boleh nikmati buah-buahan yang di hidangkan terutamanya raja buah la durian,yang ni kena makan kat luar je,jangan bawa masuk dalam,salah di sisi polisi hotel hahahahha,bau oiiiii hehehhee,ha makan la puas-puas ye kat luar tu




Dari rasa tekak Cik Sue ni antara menu yang CikSue dah rasa dan pilih,nak cadangkan korang cuba Mongolian Lamb dia,pastu korang pi amik roti kebab kat ruangan luar tu atau roti perancis yang wat cicah mushroom soup tu wat cicah ngan Mongolian Lamb tersebut,walawehhhhhh marveles wei,memang sedappppp.Satay pun boleh tahan kuah kacangnya sedap dan satay lembut.
Tempahan Awal Lebih MurahHaaaa dah plan ke tu nak berbuka dengan kawan-kawan dan family nanti,ok CikSue sarankan korang tempah awal-awal sebab boleh dapat harga murah dan kalau dengan pembelian 9 orang dapat sorang percuma,korang tontong la 10 orang tu,jimat bukan.

Harga :
Dewasa RM119 nett
Kanak-kanak/warga emas RM69 nett

Pembelian awal dari 13 March hingga 30 April 2019 dapat harga RM99 dewasa.

Sila lah buat tempahan segera ye.





Untuk tempahan boleh hubungi 03-55219000 atau [email protected] untuk groups booking atau [email protected] untuk tempahan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.com/2019/03/berbuka-puasa-di-Best-Western-I-City-Shah-Alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aladdin And The Malaysian Treasures Ramadan Buffet Best Western I City Shah Alam

Aladdin And The Malaysian Treasures Ramadan Buffet Best Western I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 500 hits
Assalamualaikum Aladdin and The Malaysian Treasures Ramadan Buffet di The View Cafe Level 5 Best Western i City Shah Alam merupakan salah satu tempat yang korang kunjungi jika ingin berbuka puasa bersama keluarga dan juga kawan kawan Terdap...
Buffet Ramadhan 2019 Di Best Western I City Shah Alam Aladdin And The Malaysian Treasures

Buffet Ramadhan 2019 Di Best Western I City Shah Alam Aladdin And The Malaysian Treasures

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 509 hits
Assalamualaikum Hye korang dah survey buffet ramadhan untuk tahun 2019 Opss walaupun terasa masih lagi awal tapi sebenarnya waktu sekarang terasa sangat pantas berlalu tinggal lagi sebulan lebih untuk kita menyambut bulan Ramadhan di sampin...
5 Sebab Kenapa Buka Puasa Bufet Ramadan Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Best

5 Sebab Kenapa Buka Puasa Bufet Ramadan Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Best

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 687 hits
5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST Lebih kurang sebulan lebih lagi kita nak bertemu dengan bulan Ramadan Bulan Ramadan ini biasanya terkenal dengan bulan makan makan terutama sekali program buka p...
4848 Lawatan Kerja Ke Kilang Bidara Foods Industri Shah Alam 20 3 19

4848 Lawatan Kerja Ke Kilang Bidara Foods Industri Shah Alam 20 3 19

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1128 hits
KoPPIM telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang Bidara Foods Industries bertempat di Shah Alam Selain tepung Kilang Bidara juga mengeluarkan minyak donut dan karipap
Vaksin Pneumococcal Murah Di Kota Kemuning Shah Alam

Vaksin Pneumococcal Murah Di Kota Kemuning Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 755 hits
Vaksin Pneumococcal ni penting tau Beza bila dah ambil dengan tidak Ainul nak share di entry ni Vaksin Pneumococcal Murah di Kota Kemuning Shah Alam Murah la bagi Ainul Kalau ada tempat lain yang lagi murah boleh la kongsi dimana ye Nak dij...
D Warees Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Di Batu 3 Shah Alam

D Warees Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Di Batu 3 Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 1341 hits
Kari Kepala Ikan menu kegemaran rakyat Malaysia tidak kira berbilang bangsa dan agama Tambah pula menu kari ikan ini sangat sinonim dengan orang utara Tapi sekarang semua negeri dah sukakan kari kepala ikan Of coz la kalau dengar harga juad...
Lightning Strike In Shah Alam Kills One Injures Four Others

Lightning Strike In Shah Alam Kills One Injures Four Others

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 305 hits
PETALING JAYA A group of people playing football were struck by lightning in Shah Alam on Sunday causing one death and injuring four others The incident occurred at Jalan Setia Murni U13 51 Setia Alam Shah Alam Sunday evening The deceased a...
Wow Hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi

Wow Hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 487 hits
Wow hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi Sebut saja Sogo Department Store mesti terbayang orang ramai melepak di depan tangganya sambil mendengar nyanyian lagu lagu dari pemuzik jalanan Dari atas sampai bawah anak tanggany...
Pakej Bersalin Di Shah Alam Hospital Umra Nampak Menarik Je Ni

Pakej Bersalin Di Shah Alam Hospital Umra Nampak Menarik Je Ni

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 655 hits
Salam dears Saat melahirkan adalah salah satu detik paling indah dan juga detik paling mendebarkan bagi seorang ibu Teruja tapi pada masa yang sama risau dengan seribu satu kemungkinan Tu belum tambah dengan debar memikirkan pasal layanan l...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids