Wow Hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi
Wow, hebat Shah Alam. Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi! Sebut saja Sogo Department Store, mesti terbayang orang ramai melepak di depan tangganya sambil mendengar nyanyian lagu-lagu dari pemuzik jalanan. Dari atas sampai bawah, anak tangganya sentiasa penuh pada hujung minggu.
Zaman dak-dak 90-an dulu, kalau ditanya tempat mana nak tunggu untuk dating, kalau tak sebut Central Market mesti sebut Sogo! Hahaha. Sogo juga sangat terkenal sinonim dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sentiasa sesak dengan kehadiran orang ramai membeli belah di kawasan sekitarnya.
Suasana hujung minggu di depan Sogo Jalan TAR
Setiap kali sales, Sogo pasti penuh terutama menjelang raya. Sambil tu, nak bagi tahu, Sogo juga sentiasa dekat di hati mak-mak yang mencari pakaian untuk anak-anak di bawah usia 12 tahun. Ini kerana ada banyak pakaian berjenama dikumpulkan dalam satu tingkat iaitu tingkat 5 bagi memenuhi keperluan ketika hari raya. Korang yang suka belikan baju untuk anak buah pun akan pergi ke Sogo kan sebab bila time sales, murah sangat-sangat!
Jadi kalau sebelum ini kita membayangkan Sogo ada di Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja, ada berita baik untuk warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya kerana Sogo bakal dibuka pada 27 Mac ini secara rasminya di pusat membeli belah terbaru iaitu di Central i-City tujuh hari lagi.
Berkeluasan 200,000 kaki persegi, korang boleh pusing-pusing cari baju sampai kaki naik lenguh, hikz!
Dan lebih menambah good news tak perlulah bersesak-sesak di Jalan Tuanku Abdul Rahman lagi ya, kalau semata-mata nak ke Sogo Department Store. Cetral i-City bakal dibuka 27 Mac ini di Seksyen 7 Shah Alam. Soft openingnya 23 Mac ini
Sogo, TGV Cinemas dan Vilalge Grocer antara tiga penyewa utama di pusat beli belah terbaru di Seksyen 7 Shah Alam ini
Central i-City ini merupakan pusat beli belah terbaru dibuka dibuka oleh Central Pattana Public Company Ltd (CPN), pemaju peruncit terbesar Thailand dengan kerjasama dari i-City Properties Sdn Bhd (ICP).
Bukan saja Sogo, ada berita lebih baik untuk warga Shah Alam yang selama ini susah ada pawagam sendiri kecuali di Space U 8 Bukit Jelutong, TGV Cinemas juga menjadi penyewa terbesar di pusat membeli belah terbaru ini selain Village Grocer.
TGV Cinemas dengan 8 pawagam IMAX bakal menampung 1800 orang pengunjung satu-satu masa
Ia merupakan pawagam IMAX pertama di sini dengan lapan pawagam digital untuk memenuhi kapasiti penonton seramai 1800 pengunjung. Selain itu, banyak lagi penyewa-penyewa dari pelbagai jenama terkenala seperti ACE Hardware, Brands Outlet, Food Empire (Foodcourt), Grand Palace Chinese Restaurant, Padini Concept Store, Popular Bookstore, Samsung Experience Store, SportsDirect.Com, TBM Electrical Store dan UNIQLO ada di pusat beli belah ini.
Tak terkecuali, A-Look Eyewear, Bath & Body Works, Bonia, Caring Pharmacy, Celmonze The Signature, Common Sense, Dockers, Etude House, Extreme, F.timber, Fitness Concept, Focus Point, Giordano, GNC Live Well,Guardian , Himalaya, HLA, HLA Jeans, Innisfree, Kickers, Kiehl’s, LANEIGE, Levi’s, MJ Jewellery, Navy Navy, next Kids, O.W.L, OGAWA, OSIM, Pierre Cardin Paris, Polaris, PONEY dan banyak lagi termasuk 4 Fingers Crispy Chicken, Boot Noodle dan puluhan makanan pilihan rakyat Malaysia.
Wow, hebat Shah Alam.
So korang, soft opening pusat beli-belah dengan keluasan 940,000 kaki persegi yang menempatkan 350 kedai dengan tiga tingkat tempat letak kenderaan dan enam tingkat ruang runcit ini akan bermula 23 hb Mac sebelum perasmian secara rasmi pada 27 Mac ini.
Jom jalan-jalan cuci mata bagi yang belum gaji time tu!
The post Wow, hebat Shah Alam. Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/wow-hebat-shah-alam-sogo-dibuka-di-shah-alam-tak-lama-lagi/