D Warees Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Di Batu 3 Shah Alam


Kari Kepala Ikan, menu kegemaran rakyat Malaysia tidak kira berbilang bangsa dan agama. Tambah pula menu kari ikan ini sangat sinonim dengan orang utara. Tapi sekarang semua negeri dah sukakan kari kepala ikan. Of coz la kalau dengar harga juadah kari kepala ikan boleh cecah ratusan ringgit. Dah namanya sedap apalah sangat kan dengan harga tu, mesti orang tetap akan makan sampai menjilat jari. Hahh lagi satu kalau dah makan kari lepas tu tak lalok + mengantuk tak sah yer!! Itu terbukti kari kepala ikan tu sedap yakmat sampai teringat-ingat!!


Pada Sabtu lepas, mama berpeluang merasai sendiri kelazatan kari kepala ikan di D'Warees Resepi yang terletak di Batu 3 Shah Alam. Jauh benar mama pergi ke sana tapi orang kata sedap lagilah tak kesah jauh mana ceruk pun mama sanggup datang tau. Gigih tak dari Beranang ke Shah Alam semata-mata kari kepala ikan ni. Sebenarnya mudah jer jumpa kedai ni betul-betul tepi jalan berdekatan dengan Kilang Gula CSR dan sebelahnya pula adalah stesyen minyak Petron. Tak jumpa juga korang tanya orang confirm tau sebab kedai ni famous ok!



Kalau tanya orang sekitar Shah Alam, kedai makan D'Warees Resepi ini sangat menjadi pilihan setiap hari ketika waktu makan tengahari. Memang full house la siap ada yang sanggup tunggu meja semata-mata nak makan dekat sini. Bagi yang nak bungkus nasi dengan kari kepala ikan pun ramai jugak. Untuk pengetahuan semua kari kepala ikan dijual setiap hari dan pengusaha D'Warees Resepi sendiri pergi ke pasar borong untuk dapatkan bekalan ikan segar. 
Antara ikan yang menjadi pilihan ramai adalah Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri dan Ikan Mayong. Harga setiap hidangan Kari Kepala Ikan ini bermula dari RM25 - RM100 mengikut jeni dan size ikan. Bayangkan harga ikan pernah mencecah sehingga RM200 mengikut size permintaan daripada pelanggan. Rekod kepala ikan terbesar di D'Warees Resepi sediakan adalah bersize 7KG

Menu paling istimewa dan laku keras di sini. 
Selain Kari Kepala Ikan, menu lain yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Ayam Goreng Berempah, Kari Kambing, Kurma Daging, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Pajeri Nenas dan ulam-ulaman serta sambal belacan. Bagi mama kalau ada kari kepala ikan dan ulam-ulaman serta sambal belacan dah cukup terangkat untuk menjamu selera! Tobat tak tengok kiri kanan dah aihhh

Ayam Goreng Berempah
Kari Kambing
Kurma Daging
Ulam-ulaman dan sambal belacan
Dah nama Kari Kepala Ikan so inilah menu utama yang menjadi kegemaran ramai sehinggakan ada yang sanggup datang dari Utara dan Selatan tanahair semata-mata mahu merasai keenakan Kari Kepala Ikan dari D'Warees Resepi. Jangan tak tahu D'Warees mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan sehari dan satu lagi keunikan di gerai ini apabila pelanggan saling berlawan untuk dapatkan kepala ikan yang terbesar. Dah jom kita tengok gambar Kari Kepala Ikan yang sempat mama makan hari tu. Fuhh sambil taip ni pun rasa telan air liur. hahaha teringat beb!

Kari Kepala Ikan Merah
Kari Kepala Ikan Jenahak
Pemilik kedai D'Warees Resepi iaitu Encik Ahmad Tarmizi dan juga isterinya Puan Akmalzulaila telah memulakan perniagaan ini pada pertengahan tahun 2017 dengan hanya menjual ikan bakar, ABC, cendol dan kuih-kuih melayu. Kemudian rezeki jatuh ke riba dan mereka tidak melepaskan peluang dan membuka kedai D'Warees Resepi pada April 2018. Dengan azam dan kesabaran, D'Warees Resepi telah menjadi kegilaan ramai dengan Kari Kepala Ikan yang berkualiti dan rasa yang sangat sedap. Patut la kawan mama kata kedai ni sangat tip top sebab kari kepala ikan dia memang mabeles

Pemilik D'Warees Resepi, Encik Ahmad Tarmizi & isterinya Puan Akmalzulaila 
Bagi yang ingin mencuba Kari Kepala Ikan yang sedap boleh lah datang ke D'Warees Resepi yang dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu. Manakala kedai tutup pada hari Ahad yer. Walau kedai ni baru sahaja dibuka tapi kedai ni telah mendapat perhatian ramai hanya dari mulut ke mulut sahaja. Bayangkan selebriti tempatan pun datang makan ke sini untuk merasai kesedapan Kari Kepala Ikan. 
Jangan tak tahu mama sendiri makan siap pakej meratah isi ikan yang sangat manis dan sedap. Tambahan kuah kari yang lain dari yang lain dengan pekat tapi sedap! Confirm lepas korang makan mesti rasa mengantuk lalok jer. Heheheh kiranya kari ikan dia perghhh sedap!!! Sebelum terlupa kalau korang nak dapat kepala ikan sedap pastikan korang datang awal tau. Kalau lambat alamatnya dapat kuah jer lah. Heheheh

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :-
D'WAREES RESEPIBatu 3, Shah Alam40000 Shah AlamSelangor
- Waze & Google Maps : D'Warees Resepi -
Telefon : 017-324 2140 | 017-366 3987
Facebook : www.facebook.com/dwareeshomepage
Waktu perniagaan : Isnin hingga Sabtu [6.30 pagi hingga 4.30 petang]Tutup setiap Ahad
Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mamajue.com/2019/03/dwarees-resepi-kari-kepala-ikan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekod Kari Kepala Ikan Seberat 7kg Di Gerai Tepi Jalan D Warees Resepi

Rekod Kari Kepala Ikan Seberat 7kg Di Gerai Tepi Jalan D Warees Resepi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1426 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kalau korang mampu tak nak habiskan satu set Kari Kepala Ikan seberat 7kg Kalau Maha mungkin boleh makan untuk 2 kali hidang makan tengah hari dan ...
Cara Masak Kari Ikan Sardin Paling Mudah Sedap Tak Muak

Cara Masak Kari Ikan Sardin Paling Mudah Sedap Tak Muak

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 847 hits
Terasa nak makan kari ikan tapi tercari cari resipi yang paling mudah Ha Ini dia resipi yang anda perlukan Sangat simple dan tak renyah Malah bahan bahan yang digunakan pun senang nak sediakan Nampak sedap Jom cuba resipi perkongsian saudar...
Resepi Sup Ikan Siakap Ala Thai Selain Rasanya Yang Memang Sedap Khasiatnya Memang Terbaik Utk Pulihkan Kesihatan

Resepi Sup Ikan Siakap Ala Thai Selain Rasanya Yang Memang Sedap Khasiatnya Memang Terbaik Utk Pulihkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 580 hits
Kejadian hari Sabtu El dah lama nak cuba resepi dari Rancangan Selera oleh Nabila nih tapi bahan bahan tak beli kan so tak dapat la nak masak kebetulan Sabtu tu pergi Puchong Utama nak bayar maintenance kat area rumah lama el ni dekat je de...
Wow Hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi

Wow Hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 487 hits
Wow hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi Sebut saja Sogo Department Store mesti terbayang orang ramai melepak di depan tangganya sambil mendengar nyanyian lagu lagu dari pemuzik jalanan Dari atas sampai bawah anak tanggany...
Shah Alam Catat Bacaan Ipu 107 Pada Skala Tidak Sihat

Shah Alam Catat Bacaan Ipu 107 Pada Skala Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 260 hits
Gambar sekadar hiasanJerebu yang dilihat berlaku di Shah Alam telah mencatatkan rekod bacaan IPU ada 107 iaitu udara tidak sihat yang diukur pada 12 tengah hari tadi Data IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar telah memuat naik data...
4848 Lawatan Kerja Ke Kilang Bidara Foods Industri Shah Alam 20 3 19

4848 Lawatan Kerja Ke Kilang Bidara Foods Industri Shah Alam 20 3 19

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1129 hits
KoPPIM telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang Bidara Foods Industries bertempat di Shah Alam Selain tepung Kilang Bidara juga mengeluarkan minyak donut dan karipap
Resepi Pumpkin Cake Tak Pernah Tak Sedap

Resepi Pumpkin Cake Tak Pernah Tak Sedap

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 412 hits
RESEPI PUMPKIN CAKE TAK PERNAH TAK SEDAP 150 gram labu kuning kukus
Berbuka Puasa Di Temani Sang Aladdin Dan Lampu Berkelipan Di Best Western I City Shah Alam

Berbuka Puasa Di Temani Sang Aladdin Dan Lampu Berkelipan Di Best Western I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 516 hits
Geng2 kaki makan ehhhh mulut yang makan laFuhhh kejap je masa berlalukan dah nak bertemu Ramadhan kembali Maka meriahlah dengan buffet buffet Ramadhan di segala hotel dan restoran atau tempat tempat makan Maka banyaklah kambing kambing yang...
Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dimakan Bersama Nasi Himpit

Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dimakan Bersama Nasi Himpit

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 979 hits
RESEPI AYAM MASAK SERAI SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI HIMPIT 1 ekor ayam potong kecik
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan