Pakej Bersalin Di Shah Alam Hospital Umra Nampak Menarik Je Ni
Salam dears… Saat melahirkan adalah salah satu detik paling indah…dan juga detik paling mendebarkan bagi seorang ibu. Teruja, tapi pada masa yang sama risau dengan seribu satu kemungkinan. Tu belum tambah dengan ‘debar’ memikirkan pasal layanan lepas bersalin dan bil bil hospital juga.
Bukan kecil punya hal tu kan? Sebab tu lah sebaiknya, bab nak bersalin kat hospital mana, pakej bersalin macam mana, elok difikirkan dari awal. Bukan dah dekat masa nak ‘meletup’ baru kelam kabut nak cari kan?
Melahirkan si kembar adalah salah satu kenangan terindah bagi Mama
Macam Mana Nak Pilih Pakej Bersalin Yang Sesuai?
Hmm macam mana nak buat keputusan nak bersalin kat hospital mana? Pakej bersalin apa yang terbaik? Well…ni Mama nak kongsikan sedikit info yang Mama tahu tentang camna nak memilih pakej bersalin…
– Lokasi hospital. Pada kebiasaanya orang akan pilih hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal supaya senang nak berulang alik, terutamanya jika ada kecemasan. Kalau menetap di Shah Alam, tentulah cari pakej bersalin di Shah Alam juga kan.
– Dapatkan maklumat berkaitan hospital tersebut. Kalau ada beberapa hospital yang berdekatan, buat lah survey dan bandingkan yang mana lebih menarik dan berkredibiliti. Rajin rajin lah Google cari testimoni dan pengalaman bersalin daripada patients yang pernah bersalin kat sesuatu hospital tu.
– Lawati hospital tersebut. Boleh juga pergi ke hospital tu untuk tengok macam mana suasananya, keadaan bilik dan ambil tahu tentang segala kemudahan yang ada disana.
– Staff yang berpengalaman dan berkelayakan adalah sangat penting. Kalau nak doktor wanita, check dulu ngan hospital tu ada tak doktor pakar wanita untuk sambut kelahiran bayi nanti.
– Dapatkan maklumat tentang harga dan pakej bersalin yang ditawarkan. Sesuai atau tidak dengan kehendak dan bajet korang? Ada caj caj tersembunyi (hidden charges) atau tidak?
Ohh yaa..Mama ni tak mengandung tau hehe. Tapi adik Mama sedang mengandung dan InsyaAllah bakal melahirkan lepas Raya nanti. Dia menetap di Shah Alam, jadi kakaknya ni tumpang excited lah survey juga pasal pakej bersalin di Shah Alam hehehe.
Pengalaman Bersalin di Hospital UMRA
Salah satu hospital yang Mama jumpa banyak review yang bagus ialah Hospital UMRA di Seksyen 13, Shah Alam. Daripada apa yang Mama baca, ramai puji sikap professional dan mesra nurse serta doktor kat Hospital UMRA. Mama rasa seronok plak bila baca review tu semua tau.
Ye laa kan biasa dok baca orang cerita dah lah tengah sakit, nurse ka doktor ka marah dan kasar plak…buat risau je dengar benda benda gini kan. Jadi bila baca komen komen positif puji nurse ngan doktor kat Hospital UMRA ni, haishh sejuk hati aii!
Ehh meh laa Mama kongsikan sikit review yang ada…
Tuu dia gigih kan aii meng’printscreen’ testimoni tu semua nak bagi korang tengok hahaha. Sebab Mama tahu, testimoni camni lah yang sangat membantu bila nak decide nak bersalin kat hospital mana, betul kan, kan?
Kalau korang nak baca sendiri review lain, korang boleh Google je ‘pengalaman bersalin di Hospital UMRA’ mesti jumpa punya lah. Baca lah sendiri biar puas hati hehe
Pakej Bersalin di Shah Alam: Hospital UMRA
Bertambah tambah terpikat bila tengok harga pakej bersalin di Hospital UMRA ni yang Mama rasa memang berpatutan. Untuk hospital swasta di Selangor, harganya sangat menarik!
Harga pakej bersalin secara normal bermula dari RM1,999 dan kalau bersalin secara pembedahan plak pakej bermula dari RM4,999. Ehh zaman sekarang ni bukan senang nak jumpa harga gini kat hospital swasta oiii.
Pakej bersalin di Hospital UMRA Shah Alam
Haaa selain daripada pakej bersalin, Hospital UMRA juga ada menawarkan rawatan kesuburan untuk pasangan yang sedang berusaha nak dapatkan anak. Ada pakej untuk buat rawatan IUI dan juga rawatan IVF.
Hmm…kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang semua pakej bersalin dan juga rawatan kesuburan yang ada kat Hospital UMRA tu, boleh tengok kat laman web atau Facebook dan Instagram diorang gak.
Nak melahirkan anak ni bukan satu hal yang remeh temeh kan, jadi pastikan korang buat pilihan yang terbaik ok?
Maklumat Lanjut Pakej Bersalin di Hospital UMRA:
Alamat: No. 12-18, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor
Laman Web: Hospital UMRA
Facebook: Hospital UMRA
Instagram: Hospital UMRA
No. Telefon: 03-5518 4319 / 019-644 4319
Waktu Operasi: Klinik buka 7 hari seminggu 9am-9pm (termasuk cuti am)
51 total views, 50 views today
The post Pakej Bersalin di Shah Alam: Hospital UMRA Nampak Menarik Je Ni… appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/03/pakej-bersalin-di-shah-alam-hospital-umra-nampak-menarik-je-ni.html/