Berbuka 4 Puasa Sambal Daging Murtabak Majid


 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni pergi kerja dalam hujan....

SEMALAM, 4 Ramadhan 1446H, lengkap tiga beranak berbuka sama-sama kat rumah. Pak Inche minta masakkan Sambal Daging. Lama giler tak masak Sambal Daging, jadi Sk onz aje. Kalau selalu masak pun onz juga, hehehe. Rasanya, selama hidup berumahtangga ni Sk jarang membantah apa yang PI nak makan, mungkin sebab Sk ni tak cerewet, tolak kayu dengan batu aje, hehehehe. Tapi, kalau suruh masak yang susah-susah tu ambil masa jugak la nak memasaknya, hahaha


Suruh Iman rendam daging dekat-dekat pukul 3. Rendam daging yang dalam bekas, pesan Sk. Bila Iman hantar gambar daging, PI tanya, daging korban ke? Sk rasa, daging korban macam dah lama wassalam. Daging beli tahun lepas la, kata Sk. Tapi, masa nak hiris daging tu, SK fikir memang daging korban la. Sebab kalau daging beli, dia mesti daging semua, tapi yang ni bercampur dengan lemak. Tapi, memang ada sekali PI beli daging tetel, haiii.. masak ajelahhh, hahaha



Semalam, tak kisar lada, guna stok yang dah ada masa masak Sambal Udang tuari, jadi dah senang, tinggal panaskan minyak, terus masukkan lada kisar dari esbox dengan lengkuas, halia dan serai. Lengkuas dan halia memang Sk dah potong sukat siap-siap seinci-seinci dan frozenkan. Serai pun dah siap potong sebatang-sebatang dan semua memang dah cuci siap, tinggal bilas dan ketuk, campak dalam periuk. Sk yang belum pandai lagi, masak lauk banyak-banyak dan frozen, tu bagi Sk nak guna tenaga banyak, tak sanggup Sk nak buat, lagipun tak muat freezer nanti.  


Kalau ada Sambal Daging, kawannya kena ada Daging Kicap. Ni pun senang, perap jer daging dengan kicap, nanti nak masak, panaskan minyak, masukkan daging berkicap tu dalam kuali bersama bawang besar potong bulat dan cap cap sikit ajinomoto. Masak sampai bawang layu dan daging empuk. Daging tu cepat empuk sebab kita hiris nipis-nipis. Daging kicap ni untuk PI sorang makan


Iman minta buatkan telur dadar macam masa makan dengan Sambal Hijau Angah tuari. Sk baru belajar buat telur dadar macam ni dari TT Indonesia. Caranya, lepas panaskan minyak dalam kuali, goreng dulu bawang dan ladanya hingga sedikit garing, kemudian baru tuangkan telur yang telah dipukul. Biasanyakan, kita campur telur dan bawang kemudian goreng sekali, ni tak, goreng bawangnya dulu, dah nak garing, baru tuang telur


Hasilnya telur dadarnya enak sekali, mbakkkk! Ni Sk letak bawang aje sebab lada yilek! Telur tu dua biji pukul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bawang dulu, kalau ada cili, masukkan sekali ya


PI singgah bazar BBU tak silap, beli karipap dan murtabak. Karipap RM2/3's, PI beli RM4, lepas tu paksa makan sorang dua. Gambar karipap tak ambil. Murtabak tu kalau tengok dari ropenyer, Sk rasa Murtabak Majid. RM11 sekeping tu, bagi Sk berpatutan sebab besar dan intinya banyak. Semalam, kecoh dekat TT pasal harga murtabak kat Johor mahal. Alaa.. korang ni komplen mahal-mahal, bagi Sk senang aje, kalau mahal tak payah beli. Ada satu tu lagi kesian eh, murtabak dia selebar kunci kereta dia. Takkkk.. masalahnya, masa nak beli tu kau tak nampak ke murtabak tu kecikkk?? Ishhhhh


Setakat ni belum berlaku pembaziran makanan lagi kat rumah. Apa yang dimasak, akan habis masa sahur. Tak ada baki-baki makanan, PI pun dah insof sikit kot tahun ni tak membeli-belah kat bazar sangat, hahahaha


Tengah-tengah buka, nampak ada lagi bungkusan atas meja terlindung dengan jug air. Rupanya PI beli Kueyteow Goreng untuk moreh. PI beli dua kotak, makan sekotak jer kongsi tiga beranak. Sekotak lagi malam ni bolehlah panaskan. Sekotak ni, RM7 ada kerang


Sahur pagi tadi buat telur mata kembar tiga pulak, tuang kicap siap-siap masa goreng, biar dia meresapppp


Panaskan Sambal Daging dengan cara kukus atas nasi sambil panaskan nasi. Dah lima hari puasa ni, hari kelmarin aje Sk terjaga betul-betul masa alarm bunyi, yang lain sebelum 4.30 dah terjaga. Betullah, dah jadi mak-mak ni memang kita sendiri la yang jadi alarm, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/berbuka-4-puasa-sambal-daging-murtabak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka 7 Puasa Sambal Taukua X Buttermilk Slipper Lobsters

Berbuka 7 Puasa Sambal Taukua X Buttermilk Slipper Lobsters

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum WBT SEKEJAP jer dah seminggu kita berpuasa Dua tiga hari ni pulak cuaca tidak menentu Pagi pagi panas tapi nak dekat petang hujan disertai dengan ribut petir Takutnya nak nak pulak time tu kita dah mula nak memasak Bahaya gu...
Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan Nasi Kerabu Daging Bakar

Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan Nasi Kerabu Daging Bakar

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 138 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah seminggu lebih kita semua berada dalam bulan puasa Rasa cepat masa berputar berlalu pergi berganti hari Puasa tahun ni mood nak update menu menu berbuka memang lambat sikit Mood kelaut Hari ni hari ke...
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum Happy Monday korang selamat bekerja buat semua yang bekerja dan selamat bercuti buat semua yang masih bercuti ada sesetengah negeri yang ambil public holiday awal ramadhan kan best la korang sambung cuti lagi SA kat office d...
Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 164 hits
Mulakan berbuka dengan kurma dan air kosong kemudian makanan ringan seperti sup atau buah buahan Ini membantu perut bersedia selepas seharian berpuasa Makan makanan berat selepas solat Maghrib supaya penghadaman lebih lancar dan badan tidak...
Menu Berbuka Idea Resepi Sahur Buka Puasa Kkm

Menu Berbuka Idea Resepi Sahur Buka Puasa Kkm

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 220 hits
Menu Berbuka 30 Hari Idea Resepi Sihat Sahur Berbuka Puasa KKM Salam Ramadan kepada semua Sempena bulan Ramadan ini pasti ramai yang tercari cari menu berbuka dan bersahur untuk dinikmati sepanjang bulan puasa kan Ada banyak je yang kongsik...
Pengawal Sekolah Berbuka Puasa Dengan Keluarga Di Tempat Kerja Warganet Terharu Ni Bahagia Sebenar

Pengawal Sekolah Berbuka Puasa Dengan Keluarga Di Tempat Kerja Warganet Terharu Ni Bahagia Sebenar

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 134 hits
Tular video seorang pengawal sekolah yang merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya ditempat kerja menarik perhatian ramai Meskipun sedang bekerja namun tidak menghalangnya mengabadikan nikmat berbuka itu bersama isteri dan ana...
3 Perkara Yang Bikin Kecoh Bila Berbuka Puasa Di Luar

3 Perkara Yang Bikin Kecoh Bila Berbuka Puasa Di Luar

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 121 hits
Bulan Ramadan selain bulan ibadah ia juga bulan yang penuh dengan jemputan berbuka puasa bersama keluarga dan kawan kawan Tapi kadang kadang bila berbuka di luar ada beberapa perkara yang boleh buat kita cuak dan kalut tak tentu arah var cu...
Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 141 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM hari ketiga berpuasa dan semalam juga hari pertama bekerja dalam bulan puasa tahun ini Mulai 1 Mac tahun ini juga pejabat Sk telah memulakan jadual waktu kerja anjal Lama mengidam jadual waktu kerja anjal ni akhi...
15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 235 hits
15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna untuk SahabatBerbuka puasa adalah waktu yang dinanti nantikan setelah seharian menahan lapar dan dahaga Untuk menyemarakkan suasana pantun berbuka puasa boleh dijadikan ucapan manis buat sahabat dan k...
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Johan Acara Busana Puteri Semanis Lebaran Nnegeri Selangor 2025

Ringgit Extends Gains Amid Tariff Policy Uncertainty

Hajiji S Hasty Exoneration From Alleged Sabah Corruption

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5