Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom


 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, hari ketiga berpuasa dan semalam juga hari pertama bekerja dalam bulan puasa tahun ini. Mulai 1 Mac tahun ini juga, pejabat Sk telah memulakan jadual waktu kerja anjal. Lama mengidam jadual waktu kerja anjal ni, akhirnya ia menjadi kenyataan. Bulan puasa ni, kalau clock in sebelum pukul 7.30 dapatlah balik pukul 4, hehehe.

Atas permintaan Iman, untuk berbuka Sk masakkan Asam Pedas Ayam. Memang dah lama tak masak asam pedas kat rumah ni. Pak Inche pulak ada program berbuka bersama Mass Rapid Transit Corporation (MRTC) x Kelab Media Johor (KMJ) di Double Tree by Hilton


Balik kerja, Sk singgah kedai runcit mamak di Taman Pulai Makmur. Biasa beli di Pasaraya Hosey kat taman perumahan Sk tapi kat situ ada bazar Ramadan pulak, kenalah melencong ke lain. Singgah kedai tu beli susu cair, tomato dan daun kesum. Dah lama Sk masak asam pedas tak letak daun kesom, ni semalam, letaklah. Lepas tu nampak pulak keropok belinjau belum goreng, beli jugak sebungkus. Sampai rumah, mandi dulu la baru masak. Tengah-tengah masak, petir berdentum-dentam dengan kilat memancar-mancar. Takut betul! Apalah nasib peniaga di bazar agaknya



Terlanjur dah sampai kedai, carilah sayur apa yang sesuai nak ganding dengan asam pedas. Dia bukan kena fikir sesuai aje, kena fikir anak suka ke tak. Nampak ada tauge, Iman suka tauge. Kalau sawi ke dia tak suka. Kalau kangkung ke bayam ke, dia suka, tapi penat pulak nak siang, hahahaha. Beli tauhu dua keping, masak dengan tauge, baru umph


Tanya Iman, nak ayam goreng ke tak, nakkk, dia jawab. Sk perap tiga ketul, goreng seketul aje. Dua ketul lagi goreng untuk sahur pagi tadi, repeat dengan asam pedas ayam, add on telur dadar


Berbuka macam ni pun dah sedap sangat, Iman kata, feel dia macam makan kat kedai! Asam pedas pulak naik dengan periuk-periuk sekali atas meja, nak jimat tenaga, masa, air dan sabun cuci mangkuk, hahahahaha. Jimatlah sangat, hihihi


Dekat-dekat dengan rumah, nampak ada orang jual makanan berbuka. Dia sorang aje meniaga kat situ. Sk singgah tengok apa yang menariks, nampak kuih Tepung Pelita ni tinggal sebungkus pek 5's. Ada yang 2's jugak


Akok dan Tepung Pelita kegemaran Iman


Sk suka savoury. Pau Sambal ni terlalu menarik la bagi Sk. Sejak sekolah memang suka sangat makan pau sambal, kitorang panggil Burger Malaysia, hehehehe. Ni semua sekali, RM12. 


Alang-alang,  Sk selitlah sekali kisah sahur 3 puasa, Sk panaskan nasi lemak PI beli kat bazar hari kedua puasa, tapi tak makan. Hari tu, Sk dan Iman berbuka di Pulai Springs, PI berbuka seorang kat rumah.  Tak tahu la apa dalam kepala orang tengah lapar, dah beli nasi beriyani, boleh pulak beli lagi nasi lemak. Siapa nak makan, Sk dah kenyang, Iman lagilah, kalau dia dah kata kenyang, memang dia tak nak langsung


Angah bagi Bubur Lambuk, Sk ambil kat Senai lepas berbuka di Pulai Springs. Betullah, dalam adik-beradik mesti ada sorang yang boleh masak macam mak kita. Iman kata, sedap bubur lambuk ibu. Haruslah sedap sebab cukup bahan. Terasa sungguh aroma daun selasih tu yang membangkitkan rasa bubur lambuk. Ni Sk panaskan masa sahur


PI tak makan bubur lambuk. Nasib jugak la dia beli nasi lemak ni, tapi kalau tak ada nasi lemak, Sk buat nasi goreng jer.  Nasi lebih-lebih memang ada


Masih elok la nasi lemaknya walaupun dah siap sambal sekali. Sedap pun sedap, tak mengecewakan. Cuma tak ada timun rasanya dan ikan bilis pun tak ada. Sebungkus RM2.50 telur sebelah ni, murah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/berbuka-3-puasa-asam-pedas-ayam-daun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini cuti yey Tak perlu berkejaran ke pejabat boleh qada tidur ops Jangan lupa mengaji dulu Menu utama berbuka puasa 6 Ramadhan 1446H semalam Asam Pedas Ikan Merah Ikan merah tu Pak Inche dah beli lama ada dua keping...
Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH syukur berjaya mengharungi hari pertama puasa bulan Ramadhan tahun ini Eh eh first time ke puasa tu Hehehehe Sebenarnya kelakar banyak baca kat threat rata rata macam baru nak puasa tahun ni Ada yang cerita...
Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH dua hari ni Sk dapat clock in sebelum pukul 7 30 pagi Dua hari sebelumnya clock in jam 7 36 pagi Rushing nak masuk kerja awal sebab nak balik awal sebab nak masak untuk berbuka puasa Nampak tak dia punya ba...
15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 271 hits
15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna untuk SahabatBerbuka puasa adalah waktu yang dinanti nantikan setelah seharian menahan lapar dan dahaga Untuk menyemarakkan suasana pantun berbuka puasa boleh dijadikan ucapan manis buat sahabat dan k...
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum Happy Monday korang selamat bekerja buat semua yang bekerja dan selamat bercuti buat semua yang masih bercuti ada sesetengah negeri yang ambil public holiday awal ramadhan kan best la korang sambung cuti lagi SA kat office d...
Pengawal Sekolah Berbuka Puasa Dengan Keluarga Di Tempat Kerja Warganet Terharu Ni Bahagia Sebenar

Pengawal Sekolah Berbuka Puasa Dengan Keluarga Di Tempat Kerja Warganet Terharu Ni Bahagia Sebenar

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 156 hits
Tular video seorang pengawal sekolah yang merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya ditempat kerja menarik perhatian ramai Meskipun sedang bekerja namun tidak menghalangnya mengabadikan nikmat berbuka itu bersama isteri dan ana...
Menu Berbuka Idea Resepi Sahur Buka Puasa Kkm

Menu Berbuka Idea Resepi Sahur Buka Puasa Kkm

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 236 hits
Menu Berbuka 30 Hari Idea Resepi Sihat Sahur Berbuka Puasa KKM Salam Ramadan kepada semua Sempena bulan Ramadan ini pasti ramai yang tercari cari menu berbuka dan bersahur untuk dinikmati sepanjang bulan puasa kan Ada banyak je yang kongsik...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 314 hits
Okay Johoreans sekalian Ramadan 2025 is just around the corner and you know what that means it s time to get your buka puasa game on But tunggu sekejap before you start daydreaming about all that delicious food let s make sure you ve got th...
Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum Selamat berpuasa bagi semua sahabat Moga 1 Ramadan tahun ini penuh makna bagi kalian semua Ada yang balik kampung sambut Ramadan bersama ibu ayah tercinta ke tu Bagi adik adik yang baru belajar berpuasa jom acik LM share doa...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan