Berbuka 7 Puasa Sambal Taukua X Buttermilk Slipper Lobsters


 Assalamualaikum WBT 


SEKEJAP jer dah seminggu kita berpuasa. Dua tiga hari ni pulak, cuaca tidak menentu. Pagi-pagi panas tapi nak dekat petang hujan disertai dengan ribut petir. Takutnya, nak nak pulak, time tu kita dah mula nak memasak. Bahaya gunakan sinki dapur kalau tengah ribut petir. Begitu juga peralatan elektrik di dapur. Tapi, kalau tak mula, lambat pulak siap juadah berbuka untuk dua beranak tu.

Dalam takut-takut tu, siap jugak Sambal Taukua atas permintaan Pak Inche. Sambal taukua ni signature dish di sebelah family mentua Sk. Pendek kata, siapa jadi anak menantu Tok Min (mak mentua), wajib pandai masak Sambal Taukua ni, hehehehe. Alaaa.. cara masak macam sambal tumis jugak, cuma tambahkan sos tiram dan Sk suka tambah cuka. Sambalnya kena manis tapi janganlah sampai rasa bergula


Cuma tahulah, Sk ni paling malas kalau nak masak sesuatu tu kena goreng dulu. Tu yang jarang-jarang terjadi kejadian Sambal Taukua ni. Ni mujur ada stok cili kisar dah, kalau tak, dua kali malas nak masak, hahaha. 

Semalam jugak, kami ke Pasar Borong Pontian. Nampaklah slipper lobster ni, sekilo RM60. Lama Iman cakap nak makan udang kipas, jadi kita belilah, teringat anak nak makan. Esok-esok harapnya, anak ni ingatlah pulak kat kita kalau nak makan apa-apa, hehehe. Sk pilih 6 ekor, lepas timbang, RM51. RM1 pun tak boleh kurang, huhuhu. Slipper lobsters ni Sk masak buttermilk


Sk belah dua slipper lobsters, tapi tak putus, tabur serbuk lada hitam ajishio, kemudian kukus anggaran dalam 10 minit. Udang ni memang sekejap jer masak. Kalau tak yakin, boleh cucuk sikit isinya guna garfu. Sk tak suka goreng,  nanti isinya kecut. Sementara mengukus, Sk masak sos buttermilk


Mula-mula dulu, Sk belajar masak buttermilk ni dengan seorang peniaga di gerai makanan laut di Kota Kinabalu. Tapi sekarang, dah tambah baik lagi hasil tengok seorang rakan blogger cantik manis, Suraya yang ajar masukkan susu pekat bagi menggantikan gula. Ni, Sk tambah lagi, masukkan pulak air bancuhan tepung jagung supaya lebih pekat sosnya


Resipi Sos Buttermilk Sk
1/2 buku Mentega (125ml)5 ulas bawang putih, dicincang7 biji cili padi, hiris2 tangkai daun kari 1 tin susu sejat2 sudu susu pekatGaram secukupnya Lada hitam tumbuk kasar2 sudu tepung jagung bancuh dengan sedikit air

Cara Memasak :
1. Panaskan kuali, masukkan mentega, biar mentega cair seketika

2. Masukkan bawang putih, kacau sehingga bawang layu. Masukkan cili padi dan daun kari,  biar sekejap sambil dikacau

3. Masukkan susu sejat, susu pekat, garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga berbuih dan mendidih

4. Masukkan air tepung jagung, kacau jangan berhenti hingga mendidih, tutup api

5. Susun slipper lobsters yang telah dikukus dalam pinggan. Tuang sos buttermilk atas slipper lobsterssss



Dua lauk jer berbuka semalam, sayur malas nak masak. Cadangnya nak masak mee kuah jugak tapi pospone la, dah kekenyangan makan cicit lobster ni seorang dua ekor, hahahah. Rasa dia sama macam udang tapi lebih kenyal dan feeling dia pun lain. Kalau rasa nak makan dan nampak orang jual, beli ajelah dua tiga ekor, bukan wajib pun beli sekilo, cuma mungkin akan rasa rugi sikit sebab bahagian kepala dia memang tak ada isi, hahahahah

PI dan Iman beli kuih jugak kat bazar. Macam biasa ada seri muka la. Lain-lain kuih Tepung Pelita dan Cara Berlauk untuk mak dia. Oh, karipap pun ada. PI kata bulan puasa wajib ada karipap, hahahah


Disebabkan tak jadi goreng mee untuk moreh, PI kata, kita moreh kat Thoufeeq Bistro aje. Baiklahhh, tapi Sk tidur dulu, terjaga dalam pukul 12.30 tengah malam kot, moreh apanya dah tengah malam, hahahaha. Tengok PI tengah layan movie Tamil ke Hindi, Sk tanya, nak ke pergi Thoufeeq, lantas bingkas ya PI


Iman makan Roti Telur. Dia sebenarnya tak nak sahur mamak, takut tetiba nak melabur, tu yang kami pra sahurrrrr jer la


PI makan tosei dengan kuah kari kambing. Lama tak pekena dia kata


TTK makan Roti Telur Bawang. Balik tu, borak sekejap anak-beranak sambil main dengan kucing, dalam pukul 2 pagi, tidur balik. Sk cakap, sahur tetap sahur sebab PI nak kena makan ubat, kan


Sahurrrrr time, Sk panaskan left over Sambal Taukua, goreng telur kicap dan goreng sayur. 

Sambal Taukua


Tauge lagi, hahaha. Sebenarnya ni tauge nak masak mee tu. Nak masak mee sebab teringat ada kucai banyak. Lepas tu beli tauge lagi sebab nak masak mee. Tapi, mee pun tak jadi masak, hahahah. Sk masukkan sawi sikit dalam tauge ni, benda dah ada


Goreng telur mata bubuh kicap. Tapi tapi tapi, PI makan sikit aje. Perut dia sebu, macam ada angin tak keluar. Sk syak pasal dia makan tosei tu la sebab kami yang makan roti canai ni elok aje, Alhamdulillah. Terus Sk bebel la.. Lepas ni no mamak mamak! Huhuhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/berbuka-7-puasa-sambal-taukua-x.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka 13 Puasa Nasi Lemak Ayam Goreng Sambal Pekat Pekat

Berbuka 13 Puasa Nasi Lemak Ayam Goreng Sambal Pekat Pekat

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum WBT PLAN awal berbuka puasa semalam Iman minta masakkan tapi Pak Inche pulak cadangkan masak nasi lemak Bila PI kata masak nasi lemak teringat sebelum ni Iman ada minta jugak nak berbuka nasi lemak sambal pekat pekat macam j...
Berbuka 4 Puasa Sambal Daging Murtabak Majid

Berbuka 4 Puasa Sambal Daging Murtabak Majid

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum WBT PAGI ni pergi kerja dalam hujan SEMALAM 4 Ramadhan 1446H lengkap tiga beranak berbuka sama sama kat rumah Pak Inche minta masakkan Sambal Daging Lama giler tak masak Sambal Daging jadi Sk onz aje Kalau selalu masak pun o...
Khasiat Air Kelapa Untuk Kanak Kanak Elok Diminum Ketika Berbuka Puasa

Khasiat Air Kelapa Untuk Kanak Kanak Elok Diminum Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 243 hits
Khasiat air kelapa untuk kanak kanak elok diminum ketika berbuka puasa Air kelapa sememangnya terkenal sebagai minuman semula jadi yang menyegarkan Bukan sahaja enak diminum tetapi ia juga kaya dengan pelbagai nutrien yang memberi manfaat k...
3 Perkara Yang Bikin Kecoh Bila Berbuka Puasa Di Luar

3 Perkara Yang Bikin Kecoh Bila Berbuka Puasa Di Luar

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 157 hits
Bulan Ramadan selain bulan ibadah ia juga bulan yang penuh dengan jemputan berbuka puasa bersama keluarga dan kawan kawan Tapi kadang kadang bila berbuka di luar ada beberapa perkara yang boleh buat kita cuak dan kalut tak tentu arah var cu...
Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM hari ketiga berpuasa dan semalam juga hari pertama bekerja dalam bulan puasa tahun ini Mulai 1 Mac tahun ini juga pejabat Sk telah memulakan jadual waktu kerja anjal Lama mengidam jadual waktu kerja anjal ni akhi...
Pengawal Sekolah Berbuka Puasa Dengan Keluarga Di Tempat Kerja Warganet Terharu Ni Bahagia Sebenar

Pengawal Sekolah Berbuka Puasa Dengan Keluarga Di Tempat Kerja Warganet Terharu Ni Bahagia Sebenar

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 193 hits
Tular video seorang pengawal sekolah yang merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya ditempat kerja menarik perhatian ramai Meskipun sedang bekerja namun tidak menghalangnya mengabadikan nikmat berbuka itu bersama isteri dan ana...
Menu Berbuka Puasa Ke 4

Menu Berbuka Puasa Ke 4

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 226 hits
semalam iwan tak kerja atau mungkin tak kerja terus sebulan hehehhe dia whatsapp aku tanya nak tak makan ikan sambal cili api lepastu dia ada tanya nak cili hijau ke merah aku rasa aku dah reply aku nak cili api hijau atau guna je cili besa...
Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini cuti yey Tak perlu berkejaran ke pejabat boleh qada tidur ops Jangan lupa mengaji dulu Menu utama berbuka puasa 6 Ramadhan 1446H semalam Asam Pedas Ikan Merah Ikan merah tu Pak Inche dah beli lama ada dua keping...
Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH dua hari ni Sk dapat clock in sebelum pukul 7 30 pagi Dua hari sebelumnya clock in jam 7 36 pagi Rushing nak masuk kerja awal sebab nak balik awal sebab nak masak untuk berbuka puasa Nampak tak dia punya ba...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Cambodia Plans To Nominate Trump For Nobel Peace Prize But Netizens Ask Why Not Anwar