Beraya Sakan Di 10 Pusat Membeli Belah Terbaik Di Selangor


BERAYA SAKAN DI 10 PUSAT MEMBELI BELAH TERBAIK DI SELANGOR

Mari Membeli Belah di 10 Kawasan Hotspot Untuk Persiapan Raya Anda
Hari Raya hampir tiba dan ini adalah masa yang dinanti-nanti untuk membeli-belah bagi persiapan raya anda! Dengan pelbagai jualan, diskaun dan promosi, Negeri Selangor pastinya syurga membeli-belah buat semua pada musim perayaan ini. Mari beraya sakan di 10 tempat membeli-belah di Selangor ini untuk memeriahkan sambutan hari raya anda untuk mengikuti trend fesyen terkini

THE CURVE

Daripada fesyen, barangan kecantikan, kelengkapan rumah, barang kemas dan aksesori, The Curve ialah salah satu pusat beli-belah terbaik dengan pilihan jenama tempatan dan trend moden serta nostalgik. Dengan 250 kedai sebanyak 3 tingkat, hari raya bersama The Curve pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan tema 'Nostalgia Raya' dan hiasan sawah padi yang indah, pastinya membawa anda mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak bersama keluarga tersayang! Terletak di Petaling Jaya dan hanya 20 minit dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh merasai persembahan muzik nostalgia setiap hujung minggu dengan pelbagai baucar ditawarkan

PARADIGM MALL

Warnai Raya bersama Paradigm Mall pada hari raya ini dengan tarian tradisional Melayu, aktiviti melukis batik, pertunjukan fesyen batik, bazar Ramadan dan gerai perayaan sambil anda menyelami pelbagai promosi dan pakej yang ditawarkan di sini! Dengan hiasan Kilang Batik, pengunjung boleh melihat struktur binaan kayu yang unik bersama-sama dengan motif batik yang mencerminkan kekayaan warisan, budaya dan tradisi negara ini. Jangan ketinggalan mengikuti pelbagai bengkel seni dan kraf serta pelbagai peraduan untuk memenangi hadiah dan baucar terbaik untuk persiapan hari raya anda

PUSAT BELI BELAH ONE UTAMA 

Raikan Aidilfitri anda dengan ‘Sinar Estetika Aidilfitri’ di Pusat Beli-belah One Utama dengan semangat Aidilfitri yang ceria, diilhamkan oleh budaya Timur Tengah. Lawati Bazar Raya yang meriah di kawasan Oval dan Center Court untuk trend fesyen terkini serta pelbagai juadah Raya seperti rendang dan kuih bahulu atau hidangan Turki yang asli. Jangan lepaskan Ganjaran Estetika mereka semasa anda membeli belah di sini, dengan hadiah yang menarik melalui pelbagai peraduan dan promosi yang diadakan tahun ini

SUNWAY PYRAMID

Tahun ini, si Singa telah mengubah Sunway Pyramid menjadi pesona nostalgik cahaya perayaan! Bertemakan ‘Cahaya Raya’ dengan corak geometri dan reka bentuk Arab, mari beraya sakan di gerai Cahaya Raya mereka dengan produk penjagaan kulit ekslusif yang mampu milik, pakaian tradisional seperti Butik Rimba dan banyak lagi! 
Berbakti kepada masyarakat pada musim Raya ini dengan membeli barangan daripada Early Autism Project (EAP), yang dibawakan khas pada musim perayaan ini dengan objektif untuk membantu individu yang mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD) dan sebarkan kemanisan pada musim perayaan ini dengan merebut dodol PERCUMA sambil menghayati persembahan yang tersedia

SETIA CITY MALL

Bawa elemen ‘Wow!’ pada Hari Raya ini bersama Setia City Mall, bertemakan ‘Wau! Bulan Raya’. Tebus hadiah istimewa semasa anda membeli-belah di sini daripada barangan buatan tangan kepada selendang eksklusif Nurita Harith! Keunikan tema tahun ini diiringi dengan pelbagai persembahan kebudayaan pada hujung minggu seperti persembahan Dikir Barat, Kulingtangan dan Caklempong

KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM 

Kompleks PKNS Shah Alam merupakan kawasan tumpuan masyarakat sekitar dengan ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam. Dilengkapi dengan kawasan riadah, pengunjung boleh berehat selepas berjam-jam membeli-belah di sini! 
Terletak di tempat yang sama dengan Bazar Ramadan PKNS, pastinya ia menjadi tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa selepas merebut harga promosi yang mampu milik ditawarkan di sini. Kompleks PKNS Shah Alam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan kos yang rendah. Terdapat pelbagai kedai yang tersedia, termasuk butik fesyen, restoran, elektronik dan telefon bimbit

SACC MALL

Terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam, SACC Mall menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk seisi keluarga. Terdapat di keseluruhan 3 tingkat yang menawarkan jenama tempatan dan antarabangsa terkemuka, SACC Mall ialah pusat beli belah yang wajib dikunjungi oleh pembeli dengan anggaran bajet yang berbeza untuk persiapan Aidilfitri. Daripada barangan rumah, fesyen terkini hinggalah produk kecantikan, semuanya boleh didapati di sini dengan promosi dan tawaran menarik khas untuk sambutan Aidilfitri

GM KLANG WHOLESALE CITY

Rioooh Raya bersama GM Klang tahun ini dengan lebih 2,500 kedai yang menawarkan jualan borong dan runcit yang tiada tandingan. Pembeli boleh merebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 7,300 pada musim perayaan ini melalui pembelian pelbagai produk yang ditawarkan seperti pakaian, fesyen terkini, tekstil, barangan rumah, hiasan rumah dan pelbagai lagi! Jangan lupa untuk menebus sampul duit raya ekslusif mereka apabila anda membeli-belah di sini, selagi stok masih ada

MITSUI OUTLET PARK 

Salah satu tempat membeli-belah terbaik untuk barangan berjenama, Mitsui Outlet Park menawarkan pelbagai promosi Aidilfitri merentasi lebih 140 kedai dengan harga mampu milik dan ekslusif. 
Terletak hanya 6km dari KLIA dan KLIA2, pembeli boleh melawati kawasan ini dengan mudah untuk membeli-belah di musim perayaan dalam perjalanan untuk Balik Kampung! Pastikan anda merebut hadiah bernilai RM 50,000 untuk dimenangi, pastinya satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan

CENTRAL I-CITY MALL

Pusat beli-belah ikonik di Selangor ini pastinya menjadi tumpuan bagi penggemar fesyen pada Hari Raya kali ini, hasil kerjasama istimewa bersama Rizman Ruzaini, salah seorang pereka fesyen legenda di Malaysia dengan tema ‘Raikan Raya’. Dengan lebih daripada 50 jenama tersedia seperti Bulan Bintang dan Elrah, anda boleh beraya sakan di sini dengan tawaran terbaik untuk OOTD Raya anda

Bawa keluarga dan rakan anda untuk membeli-belah di 10 pusat membeli belah di Selangor ini untuk persiapan Aidilfitri. Daripada trend fesyen terkini untuk OOTD anda, kelengkapan rumah hingga kuih raya yang enak semuanya tersedia dengan mudah di lokasi ini! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/04/beraya-sakan-di-10-pusat-membeli-belah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Lokasi Bufet Halal Terbaik Di Kl Selangor 2023

Senarai Lokasi Bufet Halal Terbaik Di Kl Selangor 2023

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 208 hits
SENARAI LOKASI BUFET HALAL TERBAIK DI KL SELANGOR 2023 Kepada anda yang merupakan peminat bufet semestiny anda akan mencari dan mencuba bufet alal dan terbaik Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai lokasi bufet halal di sekitar kawa...
Lelaki Maut Jatuh Bangunan Pusat Beli Belah

Lelaki Maut Jatuh Bangunan Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 766 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sebuah pusat beli belah di Jalan Lapan Belas Kota Kinabalu Menurut laporan Harian Metro lelaki berusia 37 tahun itu disahkan meninggal du...
Mari Terjah 7 Bazar Ramadan Terbaik Di Selangor

Mari Terjah 7 Bazar Ramadan Terbaik Di Selangor

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 285 hits
Hi Korang Bulan Ramadan kali ini disambut dengan meriah dan antara waktu yang amat dinanti nantikan untuk semua rakyat Malaysia Negeri Selangor yang mempunyai 9 daerah menawarkan pelbagai bazar ramadan yang sememangnya memberikan seleksi ma...
Pbm To Stay Out Of Selangor Election

Pbm To Stay Out Of Selangor Election

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 206 hits
PBM president Larry Sng said the party will announce whether it will contest in the Penang and Negeri Sembilan state elections closer to the date PETALING JAYA Parti Bangsa Malaysia will stay out of the state election in Selangor which mean...
Jamal Appointed To Selangor Umno Committee Amid Bribery Claims

Jamal Appointed To Selangor Umno Committee Amid Bribery Claims

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 128 hits
Sungai Besar Umno chief Jamal Yunos receiving his appointment letter from the party s state chief Megat Zulkarnain Omardin PETALING JAYA Sungai Besar Umno chief Jamal Yunos has been appointed a member of the Selangor Umno leadership amid br...
Majlis Pelancaran Program Liga Usahawan Wanita Selangor 2023

Majlis Pelancaran Program Liga Usahawan Wanita Selangor 2023

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 393 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama hadir ke MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEUSAHAWANAN LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR dengan kerjasama SELANGOR YOUTH COMMUNITY yang bertempat di Sunway Resort Hotel Petaling Jaya PROGRAM LIGA...
Claims On Reduction Of Selangor Malay Reserve Land Untrue Mb S Office

Claims On Reduction Of Selangor Malay Reserve Land Untrue Mb S Office

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 210 hits
Allegations made by Selangor PAS that Malay reserve land in Selangor had reduced drastically from 2019 to 2021 is slanderous and untrue Selangor Menteri Besar s political secretary Juwairiya Zulkifli said Based on facts the total of Malay r...
Dap Pkr To Make Sacrifices In Selangor For Unity Govt S Sake Say Sources

Dap Pkr To Make Sacrifices In Selangor For Unity Govt S Sake Say Sources

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 193 hits
They say among the big names from BN who could be a beneficiary of a safe seat from DAP and PKR is international trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz Selangor Barisan Nasional treasurer Tengku Zafrul Aziz is one of several candida...
Pkr Dismisses Ph To Make Sacrifices In Selangor Claim

Pkr Dismisses Ph To Make Sacrifices In Selangor Claim

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 181 hits
PH communications director Fahmi Fadzil said that the seat negotiation discussions for the upcoming state elections by the special committee under the unity government secretariat has not ended as of today NSTP ASYRAF HAMZAHKUALA LUMPUR Pak...
Pet Expo Midvalley 2024

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Bolehkah Berbuka Puasa Karena Merasa Pusing

Flexibility In Business Operations

Aktiviti Kunjungan Hormat Grt Dan Ppim Ke Atas Tun M Ppim 20 05 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Bacaan Rukuk Cara Rukuk Yang Afdhal

Nyoman Paul Mundur Perlahan Chord