Majlis Pelancaran Program Liga Usahawan Wanita Selangor 2023
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan
untuk turut sama hadir ke MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEUSAHAWANAN LIGA
USAHAWAN WANITA SELANGOR dengan kerjasama SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)
yang bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.
PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR merupakan sebuah program berimpak
tinggi dengan matlamat untuk memperkasakan wanita B40 melalui pembinaan
kemahiran, ilmu dan sumber yang diperlukan untuk menjana pendapatan yang mampan
melalui peluang perniagaan. Program ini berteraskan latihan keusahawanan,
sokongan mentor dari industri, sokongan kewangan dari segi pinjaman dan geran,
dan juga rangkaian strategik komuniti perniagaan.
Pada fasa pertama program ini, seramai 100
usahawan wanita diberikan pendedahan melalui seminar mengenai perniagaan dan 20
orang peserta akan dipilih untuk menyertai kursus bimbingan keusahawanan
bersama mentor dan diakhir program 10 orang peserta akan diberi peluang untuk
membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir
Shah Ibni Sultan Sharafuddin Alhaj, Raja Muda Selangor dan bakal dinobatkan
sebagai IKON USAHAWAN WANITA SELANGOR.
Program ini dijadualkan bermula pada Mei
sehingga Jun 2023 dan terbuka kepada semua wanita B40, ibu tunggal dan wanita
asnaf dari seluruh daerah di Selangor. Bersempena dengan majlis pelancaran pada
hari ini, pihak penganjur turut memberikan pendedahan kepada 100 usahawan
wanita melalui seminar bertajuk “USAHAWAN WANITA DALAM PERNIAGAAN: PELUANG DAN
CABARAN”.
Antara panel berpengalaman yang dibawa khas
untuk seminar ini ialah Puan Rabiatul Adawiyah yang merupakan seorang usahawan
berasaskan makanan dan mendapat latihan di bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS),
Puan Siti Nabiha merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan urutan
tradisional dan merupakan 10 peserta terakhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY
LEAD), serta Encik Lakshwin Muruga daripada Women of Will (WOW) yang merupakan
sebuah organisasi yang memberi latihan pembangunan kepada wanita dari keluarga
berpendapatan rendah.
Antara kriteria pemilihan peserta ialah:
Wanita dari keluarga berpendapatan
kurang daripada RM3,600, asnaf dan ibu tunggal Menjalankan perniagaan di negeri
Selangor dan menetap di Selangor.
AM juga
dimaklumkan oleh Pegawai Penolong Pengarah Unit Usahawan, UPEN Selangor iaitu
Cik Puan Intan Nur Aqiela Ismail bahawa “Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sebanyak RM100,000 kepada SAY untuk melaksanakan program LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023 bagi membantu wanita B40 dan asnaf dari
belenggu kemiskinan”.
Untuk penyertaan, usahawan boleh mendaftar
melalui pautan https://tinyurl.com/LUWS2023
. Penyertaan akan ditutup pada 1 Mei 2023. Usahawan yang terpilih akan
dimaklumkan dan dihubungi oleh pihak penganjur.
KATA ALONGMURNI
AM sangat menyokong usaha dan hasrat EXCO KEUSAHAWANAN SELANGOR dan KERAJAAN NEGERI SELANGOR bagi membangunkan usahawan wanita B40, ibu tunggal & wanita asnaf melalui
program LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023. Diharapkan program ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dan inisiatif ini mendapat sokongan dari semua pihak
dan lapisan masyarakat SELANGOR umumnya. Semoga inisiatif yang diambil ini dapat membantu golongan ibu tunggal, B40 dan golongan ASNAF.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/04/Majlis-Pelancaran-Program-Liga-Usahawan-Wanita-Selangor-2023.html