Senarai Lokasi Bufet Halal Terbaik Di Kl Selangor 2023
SENARAI LOKASI BUFET HALAL TERBAIK DI KL & SELANGOR 2023
Kepada anda yang merupakan peminat bufet, semestiny anda akan mencari dan mencuba bufet alal dan terbaik. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai lokasi bufet halal di sekitar kawasan Kuala Lumpur (KL) dan Selangor, semoga membantu.
FAKTOR PEMILIHAN RESTORAN BUFET HALAL YANG TERBAIK
Berikut adalah merupakan beberpa faktor bagi pemilihan bufet halal yang terbaik bagi kawasan sekitar KL dan Selangor iaitu:
Belanjawan
Setiap restoran mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan menu yang ditawarkan. Pastikan anda meletakkan bajet yang bersesuaian anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.
Reputasi
Anda haruslah memilih restoran bufet dengan reputasi yang sangat baik untuk mendapatkan pengalaman dan perkhidmatan yang cemerlang.
Status halal
Kuala Lumpur dan Selangor didiami oleh pelbagai bangsa maka wajarlah jika mempunyai restoran yang tidak mempunyai sijil halal. Oleh itu, jika anda seorang Muslim, anda perlu meneliti status halal restoran tersebut sebelum anda berkunjung ke sana.
SENARAI LOKASI BUFET HALAL TERBAIK SELANGOR
Berikut adalah merupakan lokasi bufet halal terbaik bagi kawasan Selangor iaitu:
NAMA BUFET
LOKASI
KETERANGAN
WAKTU OPERASI
Seoul Garden
Lot LG 2.126, Sunway Pyramid Mall
Restoran ini menawarkan pelbagai jenis set hidangan BBQ Korea yang berasaskan daging, steamboat dan makanan laut. Bukan itu sahaja, restoran ini juga telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
11:30 pagi – 10:30 malam (Setiap Hari)
Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall Lebuh IRC, Ioi Resort
Kualiti lauk yang disajikan merupakan antara keistimewaan utama restoran ini. Bukan itu sahaja, restoran ini juga mempunyai reka bentuk yang luas dengan persekitaran yang santai.
11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Dookki
L1-12B, IOI City Mall, IOI Resort, City Lebuh IRC
Dookki merupakan salah satu restoran francais terkemuka Korea Selatan. Ia telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2019. Restoran ini menawarkan konsep bufet ‘all-you-can-eat’ selama 90 minit berserta minuman ringan tanpa ha
11:30 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
NOTA: Bagi mendapatkan lokasi yang lebih tempat, anda boleh merujuk pada Google Map
SENARAI LOKASI BUFET HALAL TERBAIK KL
Berikut adalah merupakan lokasi bufet halal terbaik bagi kawasan Kuala Lumpur (KL) iaitu:
NAMA BUFET
LOKASI
KETERANGAN
WAKTU OPERASI
The Khan Mongolian Restaurant
1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, KL
sebuah restoran Chinese-Muslim serta merupakan salah satu lokasi makanan bufet ‘Chinese Muslim’ pilihan ramai. Restoran ini menghidangkan pelbagai makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran hinggalah makanan laut. Bukan itu sahaja, jika anda menggemari masakan pedas, anda boleh meminta tahap kepedasan mengikut cita rasa anda. Selain itu, restoran ini juga menyediakan surau untuk memudahkan anda menunaikan solat ketika berada di restoran tersebut.
5:00 petang – 12:00 pagi ( Setiap Hari)
Old Shanghai KL
50, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, KL
Suasananya yang selesa serta makanan dan minumannya yang lazat. Restoran ini bukan sahaja menawarkan masakan Cina, malah ia juga menawarkan pelbagai hidangan tempatan.
5:30 petang – 1:00 pagi
Restoran Rebung Dato Chef Ismail
2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, KL
Mempunyai reka bentuk yang unik dan nostalgia memberikan anda suasana seolah-olah anda berada di kampung halaman. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di restoran ini ialah Rendang Daging Lembu, Sate dan Nasi Lemak.
11:00 pagi – 9:30 malam
Samba Brazilian Steakhouse
Avenue K, 3, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, KL
Samba Brazilian Steakhouse terkenal dengan hidangan bufet gaya Churrascaria yang berinspirasikan masakan dan konsep tradisional Brazil. Restoran ini terkenal dengan stiknya yang kaya dengan rasa.
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap Hari)
Onsemiro Korean Fine Dining
Intermark Mall, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat,KL
Restoran ini merupakan restoran ‘Korea fine dining’ pertama di KL yang terletak di Intermark Mall, Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal dengan hidangan Kimchi, Tofu Stew dan lain-lain
11:00 pagi –10:00 malam (Setiap Hari)
Bar.B.Q Tonight Kuala Lumpur
1-10, The Weld Mall, Jalan Raja Chulan, KL
Antara hidangan istimewa yang ditawarkan ialah Reshmi Kabab, Chicken Karahi, dan Malai Tikka. Restoran ini juga telah diiktiraf halal.
11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Rot Thai Steamboat And Grill (Setapak)
No 72-0 Block J , platinum walk, No 2, Jalan Langkawi, Setapak, KL
Restoran ini terkenal dengan rasa Tom Yumnya yang unik dan padu. Restoran ini bukan sahaja menyajikan hidangan berat, malah ia juga menawarkan hidangan ringan seperti salad dan pencuci mulut.
4:00 petang – 12:00 pagi (Setiap Hari)
Lemon Garden Cafe
Aras Lobi, 11, Jln Sultan Ismail, KL
Lemon Garden Cafe menawarkan pelbagai hidangan bufet mewah yang terdiri daripada masakan Asia, tempatan, Barat, Cina, Jepun, makanan laut dan banyak lagi. Kafe ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai kesegaran dan kelazatan hidangannya
6:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
JP Teres, KL
Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, KL
Makanan yang disajikan menggunakan berkonsep bufet dan ‘stall’ serta kaedah pembayarannya juga mengikut ‘pax’. Antara masakan tempatan yang terkenal di restoran ini ialah Ikan Bakar, Nasi Ayam, Laksa Kari, Nasi Kandar dan banyak lagi.
8:00 pagi – 11:00 malam (Setiap Hari)
Contango Buffet Restaurant
5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, KL
Restoran ini menawarkan pelbagai menu masakan bufet yang terdiri daripada masakan Thai, Melayu, Cina dan Jepun
6:00 pagi – 10:00 malam
Latest Recipe, Le Méridien
2, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, KL
Restoran ini mempunyai gaya hiasan yang ringkas dan klasik dengan jumlah tempat duduk yang mencukupi. Hal ini menjadikannya pilihan yang tepat untuk anda yang menggemari ruang yang selesa dan tidak sesak
6:30 pagi – 10:3 Malam
Atmosphere 360
TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, KL
Restoran bufet moden dan elegan yang terletak di Menara KL. Ia menawarkan panorama langit 360 darjah yang boleh anda nikmati sambil menjamah juadah anda.
12 tengah hari – 10 malam (Setiap Hari)
Hanare Japanese Restaurant
Tower 182, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, KL
Restoran jepun bufet yang terkenal di Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal dengan rekaan dan hiasannya yang mewah dan moden serta suasana yang selesa dan nyaman.
12 tengah hari – 10 malam (Setiap Hari)
Lisette’s Café & Bakery
No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, KL
Lisette’s Café & Bakery menyajikan pelbagai hidangan bufet mesra vegetarian yang terbaik. Menu kafe ini terdiri daripada pelbagai hidangan antaranya Sandwic, burger, pasta dan banyak lagi
8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Mitasu Japanese Restaurant
Central Plaza, 2506, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, KL
Jika anda gemar dengan makanan dan budaya Jepun, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba makanan di sini. Restoran ini terkenal dengan masakan yang berasaskan udang harimau, tiram, sushi dan sotong.
8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
SeoulNami Korean BBQ
F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, KL
Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Topokki, Haemul Pajeon (Korean Pancake), Cha Dol Bak Ee (Daging Bakar), Japchae, Dak Gal Bi dan banyak lagi.
11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, KL
Restoran ini terkenal dengan reka bentuk dalamannya yang moden dan estetik. Hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah Fish Fillet with Taufu.
6:00 pagi – 6:00 petang
NOTA: Bagi mendapatkan lokasi yang lebih tempat, anda boleh merujuk pada Google Maps
ARTIKEL BERKAITAN:
SENARAI PILIHAN RAMAI KUIH RAYA TERBAIK 2023 (Harga Sekali)
PERMOHONAN RUMAH TRANSIT 2023 (Senarai Lokasi & Projek)
The post SENARAI LOKASI BUFET HALAL TERBAIK DI KL & SELANGOR 2023 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bufet-halal-kl-selangor.html