Berat Tanggungjawab Seorang Ayah Jika Anak Rapat Dengan Ayah Itu Satu Bonus
Hubungan ayah dengan anak faktor penentu dalam kehidupan anak-anak. Selain ibu, ayah ibarat pelindung dan bertanggungjawab mencorakkan kehidupan yang lebih baik.
Selain itu, tanggungjawab seorang ayah terhadap anak sangat penting dalam keluarga. Cara ayah mendisiplinkan anak juga berbeza dari ibu. Biasanya ayah caranya lebih tegas sikit dan serius dalam sesuatu perkara.
Sebab itu, menurut Dr Ahmad Sanusi dalam perkongsian di facebooknya, tanggungjawab seorang ayah pada anak-anak cukup berat dan tak boleh dipandang ringan.
Berat Tanggungjawab Seorang Ayah
1. al-Imam Ibn al-Qayyim menegaskan, seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan yang besar terhadap kerosakan anak-anaknya. Kata al-Imam:
فَمَا أفسد الْأَبْنَاء مثل تغفل الْآبَاء وإهمالهم
“Maka tidak ada yang lebih merosakkan seperti kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka (dari mendidik dan tanggungjawab terhadap keluarga).” (Tuhfatul Maudud)
2. Malah Ibn al-Qayyim menegaskan, kebanyakkan kesan buruk terhadap anak adalah apabila ayah mereka gagal berfungsi dalam mendidik mereka. Kata ibn al-Qayyim:
وكل هَذَا عواقب تَفْرِيط الْآبَاء فِي حُقُوق الله وإضاعتهم لَهَا وإعراضهم عَمَّا أوجب الله عَلَيْهِم من الْعلم النافع وَالْعَمَل
“Dan semua kesan buruk ini adalah akibat kealpaan ayah terhadap hak-hak Allah, mereka meninggalkan hak-hak Allah serta menjauhi apa yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap mereka dari aspek ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.” (Ibn al-Qayyim).
3. Begitu juga seorang ayah dan suami berperanan membantu keluarga dan membina kehidupan yang menepati syariat. Kegagalan ini berupaya menyebabkan mereka dihina di akhirat. Sabda Rasulullah:
“ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَة:ِ الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ
“Tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah dihari akhirat kelak: Orang yang menderhaka terhadap ibubapa, wanita yang menyerupai lelaki dan si dayus.” (HR Ahmad)
4. Menurut hadis, dayus adalah lelaki yang membiarkan kejahatan maksiat atau zina (ada segala puncanya) berlaku di dalam rumahnya. Sabda Rasulullah:
والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ
“Dan si dayus itu adalah mereka yang membiarkan kemungkaran besar (zina atau segala puncanya) berlaku dalam rumahnya.” (HR Ahmad)
5. Atas dasar itu, kebanyakkan dialog di dalam al-Quran dipamerkan perbualan antara anak dengan ayah. Ia seakan menunjukkan fungsi dan peranan seorang ayah dan suami. Nabi Yusuf mengadu masalah dengan ayahnya Nabi Ya’qub. Luqman al-Hakim mendidik anaknya tentang aqidah dan tauhid.
6. Bahkan doa seorang ayah jugalah yang ditekankan di dalam al-Quran. Ini dipamerkan melalui doa Nabi Ibrahim terhadap anaknya. Nabi Ibrahim mendoakan agar anak-anaknya dijadikan dikalangan mereka yang mendirikan solat. Doa Nabi Ibrahim:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
“Wahai Tuhanku, jadikanlah diriku dikalangan mereka yang mendirikan solat, begitu jugalah dengan seluruh zuriatku, wahai Tuhanku, perkenankanlah doaku ini.
Semoga ia adalah muhasabah buat diri ini. Semoga ia muhasabah buat seluruh ayah.
Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Berat Tanggungjawab Seorang Ayah. Jika Anak Rapat Dengan Ayah, Itu Satu Bonus! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/berat-tanggungjawab-seorang-ayah-jika-anak-rapat-dengan-ayah-itu-satu-bonus/