Anak 1 3 Tahun Banyak Akal Itu Bagus Tak Normalnya Jika Suruh Anak Duduk Diam


KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL? Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran.
Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.

Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa. SUKA KE SANA KE SINI.
Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat. Ini normal.
Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol. Ini juga normal.
Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini.
Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.
Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.
SAINTIS CILIK
Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’. Mereka tidak suka di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri. Ini juga normal.
Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang. Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.
SEUMPAMA BURUNG KAKAK TUA
Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi. Ini juga normal.

Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak.
Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat. TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi. Ini adalah sesuatu yang normal.
Apa yang tidak normal ialah ibu bapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’.
Tetapkan jangkaan yang realistik. Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak. Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak 1-3 Tahun Banyak Akal, Itu Bagus! Tak Normalnya Jika Suruh Anak Duduk Diam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-1-3-tahun-banyak-akal-itu-bagus-tak-normalnya-jika-suruh-anak-duduk-diam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyakkan Sabar Bersyukur Anak Tak Duduk Diam Makin Dia Lasak Makin Bijak

Banyakkan Sabar Bersyukur Anak Tak Duduk Diam Makin Dia Lasak Makin Bijak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 452 hits
Usah marah bila anak lasak tetapi banyakkan sabar Ibu ayah patut bersyukur sebab anak lasak itu la tanda bahawa tumbesaran minda sensori dan emosi anak sihat dan sedang pesat di naik taraf Makin lasak makin bijak la anak Jika anak tak lasak...
Viral Anak Perempuan Marah Marahi Ibunya 17 Tahun Meninggalkannya Si Ibu Hanya Diam

Viral Anak Perempuan Marah Marahi Ibunya 17 Tahun Meninggalkannya Si Ibu Hanya Diam

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 279 hits
Sebuah video viral di Tiktok memperlihatkan suara seorang wanita nampak marah marah kepada seorang wanita paruh baya di depannya Wanita paruh baya tersebut nampak duduk di lantai sementara pemilik akun Tiktok mgdalens terus memarahinya Rupa...
Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 401 hits
Seronok melihat perkembangan anak anak depan mata Dari bayi sampailah mereka mula berjalan bercakap dan seterusnya Pelakon Saharul Ridzwan di Instagram miliknya berkongsi tentang anak lelakinya Ali yang bakal berumur 4 tahun pada tahun hada...
Ibu Mengaku Cekik Bayinya Sampai Mati Sebab Takut Suaminya Tidak Mahukan Anak Itu

Ibu Mengaku Cekik Bayinya Sampai Mati Sebab Takut Suaminya Tidak Mahukan Anak Itu

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 297 hits
Seorang ibu muda dilaporkan mengaku mencekik bayinya sendiri sebelum menjadikan tempat kejadian seperti berlaku rompakan Wanita berusia 20 tahun itu dikatakan telah membunuh bayinya berusia dua bulan bernama Bryan Henrique Sousa Veronez ker...
Nokia Tahun 2021 Bagus Untuk Beli Nokia

Nokia Tahun 2021 Bagus Untuk Beli Nokia

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 403 hits
Nokia satu jenama yang popular bagi mereka lahir tahun 80an Sebelum android memasuki pasaran nokia boleh dikatakan telifon yang diminati dan digemari Bermula tahun 2007 sehingga sekarang saham nokia terus menerus didagangkan dalam situasi b...
Video 21 Tahun Baru Dapat Anak Pertama Guna Kaedah Ivf

Video 21 Tahun Baru Dapat Anak Pertama Guna Kaedah Ivf

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 319 hits
SETIAP pasangan suami isteri inginkan anak sebagai penyeri rumah tangga mereka Seperti pasangan di Indonesia ini yang dikurniakan buah hati pertama setelah 21 tahun menunggu Menerusi perkongsian seorang pengguna Instagram drbennyarifin yang...
Pesan Juliari Batubara Tahun Lalu Kalau Korupsi Kasihan Anak Istri

Pesan Juliari Batubara Tahun Lalu Kalau Korupsi Kasihan Anak Istri

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 221 hits
Menteri Sosial Juliari P Batubara ternyata pernah memberikan nasihat untuk menghindari korupsi Nasihatnya sangat sederhana ingat anak Nasihat itu diberikan kepada semua jajaran Kementerian Sosial sebagai pendekatan agar tidak melakukan koru...
Patutlah Galeri Handphone Mama Penuh Banyak Sangat Rakam Gambar Anak Ini Penyelesaiannya

Patutlah Galeri Handphone Mama Penuh Banyak Sangat Rakam Gambar Anak Ini Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 296 hits
Bila ada anak mama orang yang paling sibuk menguruskan segala keperluan anak Kasih sayang mama terhadap anak memang ketara Kalau boleh semua momen pergerakan anak hendak dirakam Tak percaya Cubalah tengok galeri telefon pintar setiap mama z...
Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 373 hits
Makanan berisi keju seperti piza sering menjadi pilihan dalam pemakanan anak Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak kanak Ikuti perkongsian dari ini Kepelbagaian produk tenusu Keju yang berbeza aka...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi