Bentan Sebenarnya Jangkitan Kuman Lepas Bersalin Fahami 5 Punca Bentan Elak Percaya Pantang Larang Karut


Apa sebenarnya bentan dari sudut sains? Elok diketahui punca-punca bentan ini supaya tidak terikut pantang larang karut.
Perkataan bentan selalu berlegar dalam masyarakat terutama sekali bagi wanita selepas bersalin dan kanak-kanak berkhatan. Penjelasan ini merungkai apa sebenarnya bentan dari sudut sains.

“Siapa suruh langgar pantang??! Kan dah BENTAN !!”
Bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Bentan juga turut dikaitkan dengan kanak-kanak yang berkhatan. Dalam masyarakat Melayu, bentan dipercayai sebagai akibat melanggar pantang-larang selepas bersalin.
Antara contoh pantang-larang selepas bersalin ialah :
Berjalan dengan langkah yang kecil. Berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ikat rambut tinggi-tinggi, tidur menggunakan tujuh bantal Tidak keluar rumah selama 40 hari.
Apakah yang dimaksudkan dengan bentan?
Dari aspek perubatan, bentan adalah komplikasi akibat jangkitan kuman yang dialami selepas proses kelahiran bayi.
Antara gejalanya ialah : Demam, badan berasa lemah / seram sejuk, pening, loya, sakit sendi, tumpah darah, keluar cecair berbau busuk dari faraj, sakit pada bahagian peranakan, sakit pada bahagian luka kelahiran dan jantung yang berdegup kencang.
Terdapat pelbagai sumber jangkitan yang boleh berlaku pada wanita semasa proses berpantang:
1) Jangkitan pada luka tempat kelahiran
Ia boleh berlaku pada luka bahagian faraj jika pembedahan secara normal atau menggunakan vacuum atau forceps. Jangkitan juga boleh berlaku pada luka pembedahan bagi kelahiran secara Caesarean.
2) Jangkitan pada payudara (mastitis)
Dalam masyarakat Melayu, ia lebih dikenali sebagai bengkak susu. Ia boleh terjadi akibat saluran susu yang tersumbat atau rekahan pada puting buah dada yang tidak dirawat.
3) Jangkitan pada salur peranakan.
Ia boleh berlaku jika terdapat sisa daripada proses kelahiran (product of conception) yang tertinggal dalam saluran peranakan contohnya bahagian daripada uri. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit perut, sakit pada ari-ari dan menyebabkan tumpah darah.

4) Jangkitan pada saluran kencing.
Ini boleh berlaku jika wanita tersebut kurang minum air semasa berpantang. Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk proses pelawasan kencing.
Mengikut pantang-larang orang-orang lama, wanita berpantang perlu menghadkan pengambilan air bagi mengelakkan muka menjadi sembap atau kaki bengkak. Tetapi, perlu diingatkan di sini, jika terdapat simptom muka, badan atau kaki menjadi sembap, wanita tersebut perlu diperiksa untuk penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan atau stroke.
Selain itu, jangkitan pada saluran kencing boleh berlaku jika penjagaan kebersihan faraj diabaikan. Faraj perlu kerap dibersihkan dan kerap menukar tuala wanita.
5) Jangkitan salur pernafasan
Ini boleh berlaku sebagai komplikasi dari prosedur bius (anaesthesia) semasa pembedahan Caesarean. Antara simptomnya ialah batuk, sesak nafas, pernafasan kencang atau sakit dada.

6) Sebab-sebab lain yang tidak berkaitan dengan kelahiran
Jangkitan juga boleh berlaku pada bahagian tubuh yang lain, yang tidak terlibat semasa proses kelahiran. Contohnya akibat gusi bengkak, jangkitan dalam telinga dan cengkam kuku yang bernanah.
Sebagai peringatan utama , bentan adalah salah satu cara tubuh berkomunikasi untuk meminta bantuan dan rawatan . Ia tidak perlu diabaikan atau hanya dipandang mudah sebagai “akibat melanggar pantang”. Dapatkan rawatan dari klinik dan hospital berhampiran dengan segera!
Sumber: rootofscience.com
The post Bentan Sebenarnya Jangkitan Kuman Lepas Bersalin. Fahami 5 Punca Bentan Elak Percaya Pantang Larang Karut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bentan-sebenarnya-jangkitan-kuman-lepas-bersalin-fahami-5-punca-bentan-elak-percaya-pantang-larang-karut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas 5 Jenis Ikan Yang Paling Gatal Dan Angin Kepada Pesakit Ekzema Wanita Bersalin Perlu Elak Dari Memakan Ikan Ini

Awas 5 Jenis Ikan Yang Paling Gatal Dan Angin Kepada Pesakit Ekzema Wanita Bersalin Perlu Elak Dari Memakan Ikan Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 1276 hits
AWAS 5 Jenis Ikan Yang Paling Gatal Dan Angin Kepada Pesakit Ekzema Wanita Bersalin Perlu Elak Dari Memakan Ikan Ini Cegahlah Sebelum Terlambat Pernah dengar petua orang tua tua tak bagi makan sesetengah ikan sebab gatal dan angin Benarlah ...
Hentikan Ambil Jamu Lepas Bersalin Doktor Kongsi Ibu Lepas Bersalin Alami Kerosakan Hati Bayi Jadi Kuning

Hentikan Ambil Jamu Lepas Bersalin Doktor Kongsi Ibu Lepas Bersalin Alami Kerosakan Hati Bayi Jadi Kuning

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 1269 hits
Sudah menjadi amalan masyarakat melayu mengamalkan jamu sebelum atau selepas bersalin Rata rata beranggapan bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan berbanding ubat ubatan Malangnya tanggapan itu salah sama sekali I...
Daya Tahan Tubuh Bayi Masih Lemah Elak 6 Punca Boleh Buat Si Kecil Anda Jatuh Sakit

Daya Tahan Tubuh Bayi Masih Lemah Elak 6 Punca Boleh Buat Si Kecil Anda Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 381 hits
Daya tahan tubuh bayi masih lemah dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan terkena jangkitan dan jatuh sakit Sebagai ibu bapa setelah menatang mereka bak minyak yang penuh apabila anak tiba tiba jatuh sakit adalah mimpi ngeri buat ma...
Proses Bersalin 18 Hingga 20 Jam Poor Progress Labour Doktor Kata 3 Perkara Ini Jadi Punca

Proses Bersalin 18 Hingga 20 Jam Poor Progress Labour Doktor Kata 3 Perkara Ini Jadi Punca

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 416 hits
Proses bersalin yang menunjukkan kemajuan yang lemah atau poor progress labour boleh menimbulkan beberapa komplikasi kepada ibu dan bayi Ikuti perkongsian pakar O G ini Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan d...
Tak Percaya Sistem Pendidikan Punca Tak Hantar Anak Sekolah

Tak Percaya Sistem Pendidikan Punca Tak Hantar Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 459 hits
Tak percaya sistem pendidikan punca tak hantar anak sekolah Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ni saja saja lah nak menulis pasal cerita seorang artis ni cerita pasal dia buat pilihan tak nak hantar anak dia ke sekolah sebab tak perca...
Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 407 hits
Pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi dan betul supaya tidak jangkitan kuman hingga bernanah 8 tip ini boleh dijadikan panduan Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi kebanyakan mama dan papa akan kekok Tali pusat bayi adalah berasal d...
Ibu Ini Terpaksa Pegang Isi Perutnya Apabila Jahitan Bersalin Terbuka Lepas Czer

Ibu Ini Terpaksa Pegang Isi Perutnya Apabila Jahitan Bersalin Terbuka Lepas Czer

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 651 hits
Apabila tiba masa bersalin pastinya ibu berdebar menjalani proses tersebut seterusnya melalui berpantang Sama ada bersalin normal atau pembedahan ceaser kita semua juga mesti risau risiko jahitan bersalin terbuka yang sudah tentu menjadi sa...
Fahami Bahasa Tubuh Dan Tangisan Bayi Lepas Lahir Penting Untuk Pastikan Emosi Ibu Stabil

Fahami Bahasa Tubuh Dan Tangisan Bayi Lepas Lahir Penting Untuk Pastikan Emosi Ibu Stabil

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 420 hits
Orang pantang emosinya tak stabil Kalau bayi menangis tolong tenangkan Ada cara yang boleh dilakukan Tapi sebelum nak tenangkannya kena faham dulu isyarat dari bayi Seboleh bolehnya jangan biar si ibu sahaja yang hadapi masalah ini Orang te...
Halusinasi Level Meroyan Paling Dasyat Untuk Ibu Lepas Bersalin

Halusinasi Level Meroyan Paling Dasyat Untuk Ibu Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 493 hits
Mesti anda pernah mendengar orang tua tua dulu selalu berpesan pada wanita selepas melahirkan anak untuk berpantang dengan betul kerana takut terkena gila meroyan Jangan ambil mudah kerana mereka yang mengalami gangguan ini tidak akan menye...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching