Bengkung Bukan Boleh Kuruskan Badan Tapi Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin Tak Semua Sesuai Pakai Bengkung


Selepas melahirkan anak, pastinya akan ada yang menyarankan untuk anda mengamalkan pemakaian bengkung bersalin. Namun adakah ia boleh mendatangkan manfaat atau lebih kepada mudarat?

Apa sebenarnya bengkung bersalin? Secara mudahnya bengkung bersalin ini adalah produk yang dililitkan di pinggang untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis produk bengkung yang berbeza di pasaran. Berikut adalah variasi bengkung yang sering digunakan di negara Barat, seperti:
#Belly wrap
Merupakan bengkung elastik lebar yang boleh dilaraskan dan akan menutupi badan daripada tulang rusuk sehingga ke bahagian atas pinggul. Ia memberikan tekanan pemampatan lembut.
#Abdominal compression binder
Bengkung ini adalah antara alat perubatan yang direka untuk dipakai selepas pembedahan pada abdomen.
Ia memberikan tekanan pemampatan sederhana sehingga kuat yang boleh dilaraskan (velcro) mengikut kesesuaian.
Walaupun ia tidak dikhususkan untuk penggunaan wanita selepas bersalin, tetapi masih ada yang memilih untuk menggunakannya.
#Waist trainers/cinchers
Juga merupakan bengkung lebar boleh dilaraskan yang merangkumi bahagian tengah badan – dari bawah dada sehingga ke bahagian atas pinggul.
Jenis bengkung ini biasanya digunakan oleh golongan selebriti. Ia diperbuat daripada bahan getah atau bahan lain dan berkemungkinan mengandungi plastik atau logam.
Tujuan pemakaiannya adalah bagi mengurangkan ukuran pinggang secara drastik dan menawarkan pemampatan lebih kuat.

#Korset
Terdapat dalam pelbagai bentuk, ukuran, gaya dan tahap pemampatan yang berbeza. Namun, kebanyakannya dianggap untuk membentuk badan agar tampak lebih menarik.
Itu adalah jenis bengkung yang digunakan di Barat. Bagaimana pula jenis bengkung bersalin yang terdapat di Malaysia?
Terdapat beberapa pilihan bengkung daripada tradisional sehingga moden seperti:
Bengkung tradisional bertali Bengkung lilitan jawa Bengkung tali zig zag Bengkung bertali/barut Bengkung sarung moden – tube Bengkung moden – velcro Pastinya setiap jenis produk bengkung mempunyai fungsinya yang tersendiri dan dapat membantu pemulihan selepas melahirkan anak.
Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan ia sesuai dan dicipta khusus untuk membantu wanita pulih selepas bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan.
Ini kerana jika anda menggunakan produk yang salah, ia boleh menyebabkan kesakitan dan berisiko mendatangkan bahaya.
Manfaat pemakaian bengkung bersalin Fungsi utama membalut perut anda selepas bersalin adalah untuk memberikan sokongan dan menyelaraskan bahagian tersebut agar organ dan otot abdomen dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Ia juga membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim.
Bagi ibu mengandung yang menjalani pembedahan caesarean, penggunaan bengkung dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya.
Pemakaian bengkung bersalin mungkin dapat mengurangkan kesakitan, memudahkan pergerakan, menstabilkan dasar pelvis dan membantu menyembuhkan diastis rektum – keadaan selepas kehamilan biasa di mana otot-otot abdomen terpisah.
Berdasarkan kajian, pemakaian bengkung juga dapat membantu wanita bangun dan berjalan lebih jauh.
Dalam penyelidikan lain pun mendakwa bahawa bengkung yang dipakai dapat mengurangkan kesakitan dan pendarahan selepas menjalani pembedahan C-Sec.
Bagi wanita yang mempunyai masalah estetika – berkaitan penampilan fizikal, sudah pasti pemakaian bengkung dapat membantu anda untuk tampak lebih langsing dan mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil lebih cepat.
Jadi adakah ia bermakna pemakaian bengkung selepas melahirkan anak membawa manfaat seperti mengurangkan berat badan?

Bengkung bantu kurangkan berat badan? Sememangnya ada yang mengatakan bengkung bersalin dapat membantu mengurangkan berat badan.
Namun, menurut pakar kesihatan wanita, dakwaan bahawa bengkung dapat mengawal pengekalan air dan mengurangkan berat badan tidak dapat dibuktikan secara perubatan.
Pun begitu, kebanyakan ibu selepas bersalin yang mengamalkan penggunaan bengkung ini menyatakan mereka kehilangan berat dengan lebih cepat.
Tetapi keadaan itu mungkin disalah ertikan dengan penyingkiran semua cecair kehamilan tambahan sebagai penurunan berat badan.
Walau apapun, jika pemakaiannya dapat membantu mengurangkan kesakitan sehingga membolehkan anda bergerak lebih aktif, pastinya secara tidak langsung ia membolehkan penurunan berat badan berlaku.
Tidak sesuai untuk semua Walaupun bengkung sekadar produk yang dipakai pada bahagian luar badan, namun bukan semua wanita boleh memakainya selepas bersalin.
Ini terutamanya bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan, khususnya pada luka bahagian czer atau mengalami komplikasi kehamilan atau kelahiran lain seperti preeklampsia atau amnionitis.
Pokok pangkalnya, jika penggunaan bengkung bersalin dapat memberikan keselesaan dan sokongan tambahan, anda bebas untuk memakainya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bengkung Bukan Boleh Kuruskan Badan Tapi Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin. Tak Semua Sesuai Pakai Bengkung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bengkung-bukan-boleh-kuruskan-badan-tapi-bantu-kurangkan-sakit-lepas-bersalin-tak-semua-sesuai-pakai-bengkung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 272 hits
Selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan ada sesetengah ibu yang mahukan bersalin secara normal untuk anak yang seterusnya Doktor di hospital akan menyarankan apa jenis kelahiran yang sesuai mengikut keadaan si ibu Ada yang dibena...
Guna Teknik Pernafasan Ini Ikut Tahap Kontraksi Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin

Guna Teknik Pernafasan Ini Ikut Tahap Kontraksi Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 276 hits
Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama Baca Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh be...
Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 452 hits
Seminggu boleh turun 5kg 8kg Banyak tu Bagi yang perlu menurunkan berat badan dengan kadar cepat mungkin boleh cuba kaedah GM Diet ini Kaedah yang sama juga dicuba oleh Mied Majid sehingga berjaya menurunkan 6kg dalam masa seminggu Ini yang...
Kalau Nampak Isteri Tiba Tiba Malas Bantu Dia Wanita Memang Multitasking Tapi Dia Tetap Ada Limit

Kalau Nampak Isteri Tiba Tiba Malas Bantu Dia Wanita Memang Multitasking Tapi Dia Tetap Ada Limit

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 315 hits
Menjadi isteri dan ibu bukanya tugasan yang mudah Namun ianya satu tanggungjawab yang perlu wanita laksanakan dengan baik Lumrah bagi wanita ingin menjaga keluarga dengan sebaik mungkin dan menyiapkan semuanya demi anak dan suami Namun kudr...
Terima 43 Ribu Mesej Orang Minta Bantuan Tak Sampai Sehari Ebit Lew Minta Maaf Tak Mampu Bantu Semua

Terima 43 Ribu Mesej Orang Minta Bantuan Tak Sampai Sehari Ebit Lew Minta Maaf Tak Mampu Bantu Semua

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 357 hits
SHAH ALAM Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43 000 mesej atau lebih tepat 43 000 individu yang memerlukan kelengkapan gajet seperti tablet dan telefon bimbit bagi keperluan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
Beli Bekas Plastik Tengok No Kodnya Tak Semua Sesuai Simpan Panaskan Makanan

Beli Bekas Plastik Tengok No Kodnya Tak Semua Sesuai Simpan Panaskan Makanan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 307 hits
Ramai kaum ibu cukup berhantu kalau boleh masuk kedai yang menjual pelbagai barangan rumah pada harga murah Ibaratnya bawa RM50 dalam beg keluar dapat berplastik plastik barangannya Namun ada tanggapan orang barang yang dijual kurang berkua...
Dimaki Dijatuhkan Lepas Siasatan Sprm Tapi Shuib Enggan Balas

Dimaki Dijatuhkan Lepas Siasatan Sprm Tapi Shuib Enggan Balas

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 231 hits
Shuib Sepahtu mendakwa ada individu pergi ke salah sebuah kedai minumannya hanya untuk mengeluarkan kata kata kejian susulan dia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes Macau Scam Pelawak dan penyampai radio itu berka...
Tema Hiasan Rumah Warna Pink Sesuai Untuk Lelaki Boleh Ke Tidak Mari Kita Semak Dan Lihat

Tema Hiasan Rumah Warna Pink Sesuai Untuk Lelaki Boleh Ke Tidak Mari Kita Semak Dan Lihat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 584 hits
Warna pink sudah begitu lazim dengan perempuan Pink je perempuan perempuan je pink hahaha betul tak Kalau nampak lelaki pakai pink sikit mesti dah pelik Kesian pula kepada sesetengah lelaki yang memang minat warna merah jambu atau pink ini ...
Resipi Serunding Halia Boleh Buang Angin Dalam Badan

Resipi Serunding Halia Boleh Buang Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 326 hits
Halia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan Jika dimakan secara terus atau segar rasanya agak letar Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni boleh cub...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever