Guna Teknik Pernafasan Ini Ikut Tahap Kontraksi Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin


Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama.
Baca: Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down
Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh berlaku tatkala meneran bayi keluar daripada perut.

Untuk pengetahuan anda, ada teknik pernafasan yang mungkin boleh membantu proses ini! Apakah ia?
Teknik pernafasan bersalin Lamaze Diperkenalkan oleh Pakar Obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze pada sekitar tahun 50-an dahulu, teknik pernafasan bersalin ini masih popular sehingga kini.
Teknik ini menggunakan metode psychoprophylaxis di mana wanita akan dilatih untuk bernafas secara terkawal sebagai alternatif ubat tahan sakit akibat kontraksi.
Secara umumnya, teknik ini merangkumi pernafasan dengan cara berikut:
Bernafas mengikut ritma Bernafas secara perlahan dan mendalam Bernafas menggunakan mulut atau hidung Bernafas sambil mata terbuka atau tertutup Bernafas sambil memfokuskan terhadap sesuatu atau seseorang Buat anda yang khuatir tentangnya, jangan risau kerana ia selamat! Namun adakah ia berkesan?

Tahap keberkesanan teknik pernafasan ini Tujuan utama teknik pernafasan bersalin ini dicipta adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami akibat kontraksi.
Buat anda yang belum tahu, kontraksi adalah perubahan pada otot rahim sama ada mengetat atau melentur ketika tiba saat melahirkan bayi dalam kandungan.
Proses ini akan berlaku dan berulang untuk membantu wanita dalam proses kelahiran bayi dengan mendorong kandungan menuju saluran kelahiran.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa kontraksi ini tentu sekali menyakitkan dan sesuatu perlu dibuat untuk mengurangkannya.
Tahap keberkesanan terknik ini sebenarnya adalah sangat bergantung kepada toleransi seseorang ibu hamil itu terhadap kesakitan.
Penting untuk kalian tahu bahawa ia sama sekali tidak akan menghilangkan kesakitan ketika bersalin namun mungkin boleh mengurangkannya.
Tip pernafasan mengikut tahap kontraksi Sekiranya anda ingin mempraktikkan teknik pernafasan Lamaze ini, sila dapatkan tunjuk ajar daripada pakar yang terlatih dalam bidang kebidanan.

Namun terdapat beberapa tip pernafasan bersalin umum mengikut tahap kontraksi yang boleh ibu hamil amalkan seperti berikut:
Apabila kontraksi bermula Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh badan anda kekal relaks.
Semasa fasa pertama #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan tahan nafas seketika.
#3. Setiap kali menghembuskan nafas, cuba fokus untuk merelakskan bahagian tubuh badan yang berlainan.
Teknik pernafasan ketika fasa aktif #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan ia melalui mulut.
#3. Kekalkan pernafasan anda seperlahan yang mungkin namun tingkatkan ritmanya apabila intensiti kontraksi mula meningkat.
#4. Relakskan bahu anda.
#5. Apabila kontraksi mula memuncak dan pernafasan mula menjadi laju, cuba ringankan ia dengan bernafas menggunakan mulut sahaja.
Apabila kontraksi mula berkurang, perlahankan pernafasan dan cuba menarik nafas menggunakan hidung dan hembuskan ia melalui mulut kembali.
Teknik pernafasan ketika fasa transisi #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan perhatian anda terhadap satu perkara contohnya pasangan, gambar, dinding atau sebagainya.
#3. Semasa kontraksi berlaku, cuba bernafas menggunakan mulut dengan kadar 1 ke 10 helaan setiap 5 saat.
#4. Setiap kali tiba nafas yang keempat atau kelima, hembuskan ia dengan tempoh yang agak lama.
#5. Apabila kontraksi ini berakhir, cuba bernafas dengan relaks.
Semasa fasa kedua #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan minda anda kepada pergerakan bayi dalam kandungan yang mula menurun untuk keluar.
#3. Bernafas secara perlahan dengan ritma yang sesuai bagi setiap kontraksi.
#4. Laraskan pernafasan anda sendiri untuk keselesaan.
#5. Apabila anda terasa tekanan untuk menolak bayi keluar, tarik nafas sedalamnya dan perlahan hembuskan ia.
#6. Apabila kontraksi berakhir, relaks dan tarik nafas dua kali dengan tenang.
Teknik pernafasan bersalin yang umum ini mungkin dapat membantu ibu hamil melancarkan dan mengurangkan kesakitan tatkala proses bersalin.
Untuk mengetahui cara betul mempraktikkan teknik Lamaze yang kami sebutkan di atas tadi, sila dapatkan informasi lanjut daripada doktor.
Baca: “Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Guna Teknik Pernafasan Ini Ikut Tahap Kontraksi, Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/guna-teknik-pernafasan-ini-ikut-tahap-kontraksi-boleh-kurangkan-rasa-sakit-masa-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak Lahir Dah Boleh Rangsang Percakapan Bayi Pakar Kongsi Guna Kaedah Ikut Usia Umur Mereka

Sejak Lahir Dah Boleh Rangsang Percakapan Bayi Pakar Kongsi Guna Kaedah Ikut Usia Umur Mereka

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 232 hits
Ramai yang beranggapan bahawa nak mengajar bayi bahasa hanyalah apabila dia masuk usia 6 bulan Namun sebenarnya mama papa boleh merangsang bayi untuk bercakap sejak dia lahir lagi Tapi bagaimana Ikuti perkongsian pakar tentang bagaimana car...
Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius

Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 319 hits
Sesekali anak mengadu sakit kepala ibu bapa jangan anggap perkara ni remeh ya Lagi lagi dalam keadaan sekarang gajet antara yang jadi keutamaan sama ada untuk belajar bermain game atau menonto Youtube Apa yang perlu dilakukan ibu bapa Bilak...
Bersalin Ni Ada Fasa Fasa Sakit Yang Suami Tak Tahu Fasa 4 Tu Ibarat Hidup Mati

Bersalin Ni Ada Fasa Fasa Sakit Yang Suami Tak Tahu Fasa 4 Tu Ibarat Hidup Mati

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 283 hits
Bagi ibu baru pasti tertanya tanya bagaimana agaknya sakit bersalin Banyak pengalaman ibu lain yang sering diceritakan tetapi tak tahu bagaimana gambaran sakit yang sebenar sehinggalah sampai saat diri sendiri melahirkan bayi Tak terkata sa...
Syekh Ali Jaber Wafat Deddy Bagikan Potret Saat Diimami Shalat Di Surga Sana Tak Ada Rasa Sakit Dan Penderitaan

Syekh Ali Jaber Wafat Deddy Bagikan Potret Saat Diimami Shalat Di Surga Sana Tak Ada Rasa Sakit Dan Penderitaan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 228 hits
Ulama kondang Syekh Ali Jaber meninggal dunia di RS Yarsi Kamis Duka atas meninggalnya Syekh Ali Jaber juga dirasakan oleh presenter Deddy Corbuzier Melalui unggahan di Instagram Deddy Corbuzier membagikan potret kenangannya bersama Syekh A...
Abang Isa Khan Dilapor Kritikal Guna Alat Bantuan Pernafasan Akibat Covid 19

Abang Isa Khan Dilapor Kritikal Guna Alat Bantuan Pernafasan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 249 hits
Pelakon kelahiran Malaysia yang popular di Indonesia Aliff Alli dilaporkan kritikal di Rumah Sakit Wisma Atlet Jakarta selepas dijangkiti Covid 19 Menurut laporan CNN Indonesia peguamnya Asgar Sjarfi berkata abang kepada pelakon Malaysia ia...
Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 216 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mahu penjawat awam membuka mata dan telinga dan menjadi pemberi maklumat kepada SPRM untuk membanteras rasuah dalam kerajaan KUALA LUMPUR Tahap rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan kakitangan awam memb...
Masa Depan Telefon Lg Dengan Skrin Boleh Gulung Lg Rollable Kini Tidak Menentu

Masa Depan Telefon Lg Dengan Skrin Boleh Gulung Lg Rollable Kini Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 249 hits
LG pada awal bulan ini telah mengacah kehadiran telefon dengan skrin boleh gulung dimana ia boleh membesarkan skrin kepada saiz tablet atau mengurangkannya menjadi kepada saiz telefon pintar Telefon pintar berkenaan sedia dinantikan ramai d...
Trauma Rasa Sakit Yang Orang Tak Faham

Trauma Rasa Sakit Yang Orang Tak Faham

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 257 hits
TRAUMA Kenangan yang indah akan menaikkan semangat Bangun pagi rasa syukur rasa energetik nak mulakan sesuatu yang kita suka Rasa nak bersorak nak berkicau macam burung di pagi hari Tetapi dalam hidup kita ada yang masam ada yang manis Yang...
Walaupun Hilang Majoriti Pn Masih Boleh Jadi Kerajaan Buat Masa Ini

Walaupun Hilang Majoriti Pn Masih Boleh Jadi Kerajaan Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 525 hits
Zikri KamarulzamanWalaupun kehilangan majoriti sekalipun kerajaan Perikatan Nasional Plus masih boleh kekal menjadi kerajaan sekurang kurangnya buat masa ini kata pakar Ini kerana walaupun hanya memiliki sokongan 110 daripada 220 ahli parli...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa