Tema Hiasan Rumah Warna Pink Sesuai Untuk Lelaki Boleh Ke Tidak Mari Kita Semak Dan Lihat
  Warna pink sudah begitu lazim dengan perempuan. Pink je perempuan, perempuan   je pink hahaha betul tak? Kalau nampak lelaki pakai pink sikit mesti dah   pelik. Kesian pula kepada sesetengah lelaki yang memang minat warna merah   jambu atau  pink ini, mesti dia rasa tiada keyakinan diri di   buatnya.    

  Tema Hiasan Rumah Warna  Pink Sesuai Untuk Lelaki? Boleh Ke Tidak,... 
  Tapi tidak untuk hiasan dalaman rumah. Jom saya  kongsi sikit konsep   pinky yang boleh di gunapakai untuk hiasan dalaman rumah dan sesuai pada   lelaki. Perempuan sudah pasti boleh juga. Raya dah nak dekat, bolehlah ikuti   tema warna ini sekiranya bersesuaian.         
  Perempuan sudah pasti sangat menykai warna pink. Warna pink boleh membuat hati   menjadi tenang saja. Di bawah ialah beberapa gambar idea deko rumah   dengan tema pink untuk anda. Layannn.... 
Tema Hiasan Rumah Warna  Pink Sesuai Untuk Lelaki? Boleh Ke Tidak,     Mari Kita Semak Dan Lihat....
- 1 - Ala Vintage  

  Kadang-kadang warna merah jambu juga boleh menimbulkan mood maskulin tau. Ini   adalah konsep ala ala vintage dengan gabungan frame gambar dan juga warna kayu   daripada perabot itu sendiri. Haaa cantik kan?  
- 2 - Sofa Pink   

  Bukan selalu kan kita jumpa sofa yang berwarna merah jambu macam ni, dan   pastinya jarang susunan sebegini wujud. Tetapi konsep ini nampak sedikit   maskulin dengan adanya kayu antik, hasil seni, dan banyak perincian putih   didalamnya.   
- 3 - Cat Ruang Tamu   

  Warna cat bukanlah satu-satunya pilihan ketika memberikan ruang tamu kita   nafas baru. Dengan bahan deko yang betul, pasti lelaki pun akan lebih   berkeyakinan dalam memilik ruang yang berwarna merah jambu!  
- 4 - Pop-up Color  

  Bukan tu je tau, kita pun boleh jadikan warna merah jambu sebagai ‘Pop-up’   color dalam sesuatu ruang tersebut. Pun cantik juga kan?  
  Warna pink jika kena caranya amat sesuai di gabungkan dengan bahan-bahan   hiasan kecil pelbagai warna. Pokok-pokok hijau dan hiasan kayu juga sesaui   digabungkan dengan warna pink. Manifestasi lembut warna merah jambu akan   menambah ringan dan kesegaran pada hiasan dalamam.  
  Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik   SINI
  p/s: Bergantung pada kemahuan masing-masing, tema warna apa pun jika   berkehendak, ikut suka hatilah... hehe! 
Sumber: Fabellio design twitter
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.huhahuhajerr.com/2021/01/tema-hiasan-rumah-warna-pink-sesuai-untuk-lelaki-boleh-ke-tidak.html