Benarkah Zahid Diberi Hingga 7 February Untuk Undi Percaya Pada Mahathir Dan Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang




Selain usul undi percaya kepada Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan mengekalkannya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, isu lain yang turut menjadi bualan hangat ketika ini ialah pembentukan kerajaan baru yang menggabungkan Bersatu, Pas dan UMNO.Dikatakan pembentukan kerajaan baru ini adalah usaha yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir untuk terus kekal berkuasa sehingga habis penggal, sekaligus mengengkari janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.Pembentukan kerajaan baru dengan sokongan UMNO dan Pas itu dengan sendirinya bermakna Tun Mahathir akan mengenepikan PKR, DAP dan Amanah sebagai rakan kongsi yang meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri melalui PH selepas kemenangan dalam PRU14 lalu.Kerajaan baru yang diusahakan itu selain merupakan gabungan Bersatu, UMNO dan Pas, ia juga adalah melibatkan kumpulan Azmin Ali dalam PKR, Warisan serta sebahagian daripada GPS di Sarawak.Sehingga ini Pas dikatakan sudah pun menyatakan persetujuan akan bersama gabungan baru itu, manakala lain-lain entiti masih lagi dijalankan usaha yang gigih bagi tujuan itu.Tumpuan utama Tun Mahathir, selepas mendapat sokongan Pas ialah mendapatkan sokongan sepenuhnya daripada UMNO yang memiliki 39 jumlah Ahli Parlimen.Keyakinan Tun Mahathir ialah jika blok UMNO berjaya dipautnya, memujuk yang lain-lain untuk turut bersama dalam kerajaan baru itu akan menjadi lebih mudah lagi.Bagi tujuan tersebut, Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin kanan UMNO telah lebih awal dipujuk untuk bersetuju dengan usaha pembentukan kerajaan baru yang akan membawa balik parti itu ke persada kuasa semula.Namun, yang lebih penting sebenarnya ialah dengan kembalinya UMNO berada dalam kuasa semula, kes-kes mahkamah yang dihadapi oleh beberapa pemimpin UMNO dengan sendirinya ada jalan penyelesaiannya yang mudah baginya.Dalam erti kata lain, keinginan bersama dengan Tun Mahathir membentuk kerajaan baru ini bukan berdasarkan apa-apa asas perjuangan, sebaliknya hanya untuk menyelamatkan diri semata-mata.Tun Mahathir ingin menyelamatkan dirinya agar dapat melahab kuasa dengan lebih lama lagi, manakala mereka yang ada kes mahkamah dapat mengelakkan daripada menjadi penghuni penjara.Tugas Zahid Hamidi dikatakan adalah mendapatkan sokongan Ketua-Ketua UMNO Bahagian agar setuju memberi mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti membuat sebarang keputusan berhubung pembentukan kerajaan baru itu.Dengan adanya persetujuan itu, sebarang keputusan yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir akan menjadi keputusan parti.Dalam hal ini, Zahid Hamidi diberitakan diberi masa sehingga 7 Februari ini untuk memaklumkan kepada Tun Mahathir sama ada berjaya memperolehi persetujuan tersebut atau sebaliknya.Zahid Hamidi bersama beberapa pimpinan utama UMNO ketika ini difahamkan sedang giat menemui Ketua-Ketua UMNO Bahagian bagi mendapatkan persetujuan tersebut.Tun Mahathir dikatakan memerlukan persetujuan itu selewat-lewatnya 7 Februari ini kerana beliau merancang untuk mengumumkan pembentukan kerajaan baru itu sebelum akhir Februari iaitu sebelum Majlis Presiden PH membuat sebarang ketetapan berkenaan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.Rancangan bekerjasama ini bagaimanapun akan mengenepikan sama sekali Najib Razak dan mereka yang bersamanya kerana Tun Mahathir difahamkan bukan saja tidak sedia sama sekali bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu, malah ingin memastikan penjara adalah destinasi muktamadnya selepas ini.Berjayakah Zahid Hamidi memberi berita gembira kepada Tun Mahathir menjelang 7 Februari ini?Apakah Najib dan kumpulannya hanya akan berdiam diri saja?Jika Zahid Hamidi memutuskan UMNO akan bekerjasama dengan Tun Mahathir, tidak mungkinkah ada Ahli Parlimen UMNO, seperti Najib dan beberapa yang lain misalnya, akan mengisytiharkan diri mereka sebagai Ahli Parlimen Bebas lantaran menolak kerjasama tersebut? (ShahbudinHusin 02/02/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/benarkah-zahid-diberi-hingga-7-february.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Tidak Sabarkah Kerajaan Pintu Belakang

Sudah Tidak Sabarkah Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 271 hits
IBRAHIM MAT ISAMereka sudah tidak sabar menunggu penyatuan Melayu dan penubuhan kerajaan pintu belakang Segalanya sudah dirancang peringkat demi peringkat Pakatan Harapan akan menganga Anwar akan diketepikan dan kes kes jenayah rasuah pemim...
Wajarkah Kerajaan Pintu Belakang

Wajarkah Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 267 hits
ADA yang bertanya saya adakah wajar ditubuhkan kerajaan pintu belakang Sebelum menjawab persoalan itu perlu dijelaskan dahulu apa yang dimaksudkan dengan kerajaan pintu belakang Istilah kerajaan pintu belakang digunakan bagi menggambarkan p...
Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 296 hits
PAS akan bentang usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Implikasinya atau kesannya sangat luas dan sekiranya undi percaya ini gagal maka ia akan dianggap sebagai undi tidak percaya
Usul Undi Percaya Kepada Mahathir Tindakan Nodai Konsensus Peralihan Kuasa

Usul Undi Percaya Kepada Mahathir Tindakan Nodai Konsensus Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 292 hits
Sama ada usul undi percaya kepada Perdana Menteri benar benar akan berlaku atau cuma sekadar spekulasi tetapi itulah yang menjadi perbualan hangat di arena politik negara kebelakangan ini Dikatakan usul tersebut akan dibentangkan dalam sesi...
Kerajaan Pintu Belakang Heret Tun M Mungkir Janji

Kerajaan Pintu Belakang Heret Tun M Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 268 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim tampil membidas pihak yang cuba mengekalkan Dr Mahathir terus jadi perdana menteri dengan memungkiri janji Dalam satu kenyataan Hassan Karim berkata walaupun rancangan menghalang Presiden Parti Keadil...
Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Rosakkan Negara Dr Jeniri

Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Rosakkan Negara Dr Jeniri

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 336 hits
Sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang adalah mengkhianati rakyat tegas seorang penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata pada bila bila masa sekali pun usaha menjalinkan kerjasama antara parti pembang...
Kerajaan Pintu Belakang Pribumi Muafakat Nasional

Kerajaan Pintu Belakang Pribumi Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 234 hits
Satu dua hari ini kecoh tentang cerita kerajaan pintu belakang diantara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Muafakat Nasional Yang sebenarnya rundingan ini memang sedang berjalan tetapi rundingan ini adalah diantara berberapa pemimpin Umno d...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 296 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Kisah Undi Percaya Pas

Kisah Undi Percaya Pas

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 261 hits
MOHD SHAH RIMPertama sekali kita harus lihat apa yang dikatakan PERALIHAN KUASA antara Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim Adakah ini ISU atau TIDAK Dalam wawancara dengan akhbar Jepun The Mainchi pada sekitar Februari 2018 Tun telah menjelas...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun