Usul Undi Percaya Kepada Mahathir Tindakan Nodai Konsensus Peralihan Kuasa





Sama ada usul undi percaya kepada Perdana Menteri benar-benar akan berlaku atau cuma sekadar spekulasi, tetapi itulah yang menjadi perbualan hangat di arena politik negara kebelakangan ini.Dikatakan usul tersebut akan dibentangkan dalam sesi Parlimen pada Mac ini dengan tujuan memberi mandat kepada Tun Mahathir Mohamad terus duduk di kerusi empuk Perdana Menteri dengan pendapatan lebih RM100 ribu sebulan sehingga habis penggal atau sampai tahun 2023.Sehingga ini tidak dipastikan siapa yang akan membawa usul itu, namun beberapa pihak yang rapat dengan Tun Mahathir tidak menolak kemungkinan tersebut.Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan setakat ini adalah antara yang paling awal menyatakan sokongan terhadap usul percaya kepada Perdana Menteri itu.Perlukah usul percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Parlimen?Untuk makluman, PH berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan BN pada PRU14 lalu adalah melalui gabungan sokongan PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta Warisan.Berdasarkan kedudukan terkini, termasuk penghijrahan 13 Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu, PH sekarang memiliki 139 sokongan Ahli Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 Ahli Parlimen.Dalam erti kata lain, kedudukan PH sebagai kerajaan dan keberadaan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah stabil dan tidak tergugat sama sekali.Lalu, untuk apa usul undi percaya mahu dibentangkan?Usul undi percaya itu, jika menjadi kenyataan, tidak lain hanyalah ilham daripada cetusan hati yang tamak, dengki, dan iri hati golongan pengampu Tun Mahathir semata-mata.Mereka tamak kerana tidak puas-puas mahu menggondol nikmat daripada kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, sambil dengki dan iri hati kepada Anwar Ibrahim yang sudah pun dinamakan sebagai pengganti.Mereka ternampak semakin bimbang dan mulai sesak nafas dengan tempoh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar yang hampir tiba, seolah-olah merasakan dunia akan kiamat selepas Malaysia memperolehi Perdana Menteri baru nanti.Maka, usul undi percaya itu adalah usaha terbaru mereka untuk melanjutkan tempoh Tun Mahathir sehingga habis penggal setelah pelbagai desakan serta hasutan agar Anwar mengemukakan usul undi tidak percaya sepertinya tidak mungkin menjadi kenyataan dan telah membuahkan kekecewaan.Bagi Anwar, tiada keperluan sama sekali untuk beliau mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Tun Mahathir kerana janji konsensus mengenai peralihan kuasa kepadanya sudah pun dipersetujui sebelum PRU14 lagi.Menjelang dua tahun Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei ini, Anwar hanya perlu sedikit bersabar menanti peralihan kuasa dilaksanakan dengan aman, tertib serta mengikut janji yang sudah dipersetujui itu.Dalam aspek lain, hendaklah juga disedari bahawa berikutan konsensus peralihan kuasa sudah pun dimuktamadkan dalam PH, membawa usul undi percaya dengan tujuan melanjutkan tempoh Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal adalah jelas suatu cubaan mencabuli serta mengengkari perjanjian itu.Dalam perjanjian peralihan kuasa itu, telah dinyatakan bahawa Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong.Secara tidak langsung perjanjian itu bermaksud Tun Mahathir bukanlah Perdana Menteri sehingga habis penggal, tetapi cuma untuk sebahagian penggal dan mesti melakukan serah kuasa kepada Anwar sebelum tibanya PRU15.Termasuk Tun Mahathir dan pengampu-pengampunya, susahkah mahu memahami konsensus perjanjian itu?Bagaimanapun, untuk mengelakkan kemungkinan usul percaya itu daripada menjadi kenyataan dan merisikokan PH jadi berantakan akhirnya, tanggungjawab kini terletak di tangan Majlis Presiden untuk setidak-tidaknya sebelum Mac ini, mesti menetapkan tarikh khusus peralihan kuasa dengan segera.Hanya setelah adanya tarikh khusus peralihan kuasa saja yang dapat mengelakkan usul undi percaya itu daripada dibawa oleh sesiapa di Parlimen Mac ini. (ShahbudinHusin 31/01/2020)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/usul-undi-percaya-kepada-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 439 hits
Isu peralihan kuasa isu PPSMI isu Azmin dan banyak lagi isu yang berkaitan Tun boleh dijadikan alasan kepada PH untuk tendang keluar BERSATU sekaligus pecat Tun Anwar boleh jadi PM Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri Kalau setakat desak ...
Benarkah Zahid Diberi Hingga 7 February Untuk Undi Percaya Pada Mahathir Dan Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang

Benarkah Zahid Diberi Hingga 7 February Untuk Undi Percaya Pada Mahathir Dan Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 334 hits
Selain usul undi percaya kepada Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan mengekalkannya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal isu lain yang turut menjadi bualan hangat ketika ini ialah pembentukan kerajaan baru yang menggabungkan Bersatu P...
Usul Undi Tidak Percaya Lebih Mudah Tak Menyusahkan Rakyat

Usul Undi Tidak Percaya Lebih Mudah Tak Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 406 hits
PAS tetap dengan pendirian agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke 14 meskipun terus menerus diasak untuk melepaskan jawatannya Presidennya Abdul Hadi Awang berkata ini kerana suasa...
Peralihan Kuasa Jadi Masalah Kerana Mahathir Yang Salah

Peralihan Kuasa Jadi Masalah Kerana Mahathir Yang Salah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 230 hits
Semalam Anwar Ibrahim meminta pimpinan PH tidak lagi membincangkan soal peralihan kuasa secara terbuka Katanya memandangkan Tun Mahathir Mohamad telah berulangkali menyatakan komitmen menjayakan peralihan kuasa sebagaimana yang dipersetujui...
Azmin Sekarang Bukan Masa Bincang Peralihan Kuasa Pm

Azmin Sekarang Bukan Masa Bincang Peralihan Kuasa Pm

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 254 hits
Diterbitkan Hari ini 6 53 petangBERITATimbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengingatkan agar pihak yang menggesa peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengutamakan kepentingan negara dan bukan...
Rakyat Tak Mahu Peralihan Kuasa

Rakyat Tak Mahu Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 352 hits
Ini mungkin artikel terakhir tentang peralihan kuasa kerana Anwar sudah semakin sangat tidak relevan untuk diperkatakan lagi Rakyat mengundi PH ketika Dr Mahathir mengetuai PH bukan Anwar Ibrahim
Apakah Benar Undi Tidak Percaya Ahli Dewan Rakyat Terhadap Perdana Menteri Ada Dalam Perlembagaan

Apakah Benar Undi Tidak Percaya Ahli Dewan Rakyat Terhadap Perdana Menteri Ada Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 326 hits
Belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia kedudukan Perdana Menteri ibarat telur di hujung tanduk Tahun 2020 menyaksikan keadaan yang cukup kritikal pada Dr Mahathir Perdana Menteri ke 7 untuk mengekalkan kuasa beliau Gesaan supay...
Hadi Saran Undi Tak Percaya Pm Bukan Desak Letak Jawatan

Hadi Saran Undi Tak Percaya Pm Bukan Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA TERENGGANU Pas mencadangkan agar undi tidak percaya dilakukan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya masih ada desakan daripada pihak pihak tertentu supaya beliau meletakkan jawatan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Ha...
Undi Tak Percaya Pas Pertahan Tun M

Undi Tak Percaya Pas Pertahan Tun M

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 376 hits
Oleh KAMFoto Pok Abass KUALA TERENGGANU PAS mensyorkan kepada pihak yang berterusan mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan itu agar segera membuat tindakan usul undi tidak percaya di Parlimen Malaysia Presiden P...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn