Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Rosakkan Negara Dr Jeniri



Sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang adalah mengkhianati rakyat, tegas seorang penganalisis politik.
Prof Madya Dr. Jeniri Amir berkata, pada bila-bila masa sekali pun usaha menjalinkan kerjasama antara parti pembangkang dan parti yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Menurutnya, hal itu membelakangi hak rakyat yang telah memilih pemerintah menerusi pilihan raya.
“Saya tidak fikir itu wajar. Kalau mahu tubuhkan kerajaan harus kembali kepada rakyat, serahkan hak kepada kepada rakyat tentang siapa yang berhak memerintah negara.
“Bukan dengan pendekatan yang tidak wajar apatah lagi apabila pihak tertentu ada kepentingannya.
“Ini tidak baik untuk masa depan politik negara kalau kita benarkan ini berlaku, bayangkan kesannya kepada negara,” katanya dipetik.
Tambah Jeniri, agenda disebalik desas-desus itu turut boleh dipersoalkan.
Ia jelasnya terlalu merbahaya kerana ia akan mencetuskan krisis politik dalam negara yang bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat malah juga pelabur asing.
“Saya tidak fikir ini adalah bermoral dari segi politik, hanya untuk memenuhi agenda semata-mata,” kata Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu.
Jeniri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman audio tiga minit 18 saat yang mirip suara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional baru-baru ini.
Dalam rakaman audio itu, Ahmad Zahid didakwa menyatakan bersandarkan Muafakat Nasional, UMNO perlu mengikut tindakan Pas ‘supaya tidak tertinggal di belakang’.
“Tun harus kembali kepada persetujuan yang telah dimeterai sebelum PRU yang lalu iaitu tentang kepada siapa jawatan Perdana Menteri itu berhak diserahkan,” tambahnya Jeniri lagi yang mengingatkan harapan digantung rakyat pada PRU lalu.
Biarpun mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno petang semalam berakhir tanpa memasukkan agenda kerajaan Pakatan Nasional namun pemerhati politik beranggapan isu tersebut belum berakhir.
Puak-puak yang mahu terbentuknya kerajaan baharu masih mempunyai satu lagi peluang, iaitu undi percaya kepada Tun Mahathir kekal sebagai PM sehingga tamat penggal pada sidang Parlimen sesi Mac ini.
Hal itu lebih mudah dilakukan berbanding meminta konsensus parti-parti politik. Hanya Pas yang berjaya mendapatkan keputusan sebulat suara. Namun secara undi percaya, ahli-ahli parlimen bebas untuk menyokong mana-mana pemimpin.
Sekiranya Tun berjaya maka peluang Anwar untuk menjadi PM akan tertutup sehingga pilihan raya umum ke 15.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26313

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pintu Belakang Heret Tun M Mungkir Janji

Kerajaan Pintu Belakang Heret Tun M Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 280 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim tampil membidas pihak yang cuba mengekalkan Dr Mahathir terus jadi perdana menteri dengan memungkiri janji Dalam satu kenyataan Hassan Karim berkata walaupun rancangan menghalang Presiden Parti Keadil...
Kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional Bakal Cetus Dominasi Islam Guan Eng

Kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional Bakal Cetus Dominasi Islam Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Pembentukan Pakatan Nasional bagi membenarkan Pas dan Barisan Nasional mengambil alih Pakatan Harapan dan Kerajaan Malaysia menerusi pintu belakang adalah bahaya kepada rakyat Malaysia Ini kerana pakatan itu akan didominasi ole...
Sudah Tidak Sabarkah Kerajaan Pintu Belakang

Sudah Tidak Sabarkah Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 284 hits
IBRAHIM MAT ISAMereka sudah tidak sabar menunggu penyatuan Melayu dan penubuhan kerajaan pintu belakang Segalanya sudah dirancang peringkat demi peringkat Pakatan Harapan akan menganga Anwar akan diketepikan dan kes kes jenayah rasuah pemim...
Kerajaan Pintu Belakang Pribumi Muafakat Nasional

Kerajaan Pintu Belakang Pribumi Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 248 hits
Satu dua hari ini kecoh tentang cerita kerajaan pintu belakang diantara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Muafakat Nasional Yang sebenarnya rundingan ini memang sedang berjalan tetapi rundingan ini adalah diantara berberapa pemimpin Umno d...
Wajarkah Kerajaan Pintu Belakang

Wajarkah Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 277 hits
ADA yang bertanya saya adakah wajar ditubuhkan kerajaan pintu belakang Sebelum menjawab persoalan itu perlu dijelaskan dahulu apa yang dimaksudkan dengan kerajaan pintu belakang Istilah kerajaan pintu belakang digunakan bagi menggambarkan p...
Benarkah Zahid Diberi Hingga 7 February Untuk Undi Percaya Pada Mahathir Dan Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang

Benarkah Zahid Diberi Hingga 7 February Untuk Undi Percaya Pada Mahathir Dan Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 334 hits
Selain usul undi percaya kepada Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan mengekalkannya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal isu lain yang turut menjadi bualan hangat ketika ini ialah pembentukan kerajaan baru yang menggabungkan Bersatu P...
Waytha Moorthy Rosakkan Imej Malaysia Di Luar Negara

Waytha Moorthy Rosakkan Imej Malaysia Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 415 hits
Ustaz Nabir Osman Kenyataan dalam profil babit dakwaan palsu mengenai ajaran Islam 1 SEMALAM saya telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality bertempat di bangunan parlimen Northern Ireland United Kingd...
Pintu Belakang Atau Berperlembagaan

Pintu Belakang Atau Berperlembagaan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 344 hits
Oleh AB JALIL BACKER PEMBENTUKAN kerajaan pintu belakang merupakan polemik yang sudah berlarutan selama hampir dua tahun Boleh dikatakan ia hampir sama usia dengan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan Istilah kerajaan pintu belakang sebenar ad...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai