Benarkah Kilang Punca Kes Covid 19 Melonjak Ini Jawapannya
Persatuan pengilang mewakili 10,000 syarikat hari ini menolak dakwaan yang tersebar luas kononnya sektor pembuatan perlu dipersalahlan kerana menjadi punca peningkatan jangkitan Covid-19.
Dalam sebuah kenyataan, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) memetik kementerian kesihatan majoriti kes positif Covid-19, terutama kes yang dicatat tahun ini adalah berpunca daripada jangkitan sporadik dan bukan daripada kluster kilang.
Ia turut menambah sektor pembuatan adalah antara tunggak utama perkembangan ekonomi, dan menyifatkan impak penutupan kilang sebagai sangat “menyakitkan”.
“Perniagaan tidak boleh dilangsungkan jika operasi kilang ditutup atau kapasitinya dikurangkan, ia akan membawa kepada kesan-kesan yang menjejaskan ekonomi dengan kehilangan pekerjaan kerana rantaian pembekalan yang besar dan jaringan yang terlibat dalam sektor pengilangan.”
“Sebagai pemangkin pertumbuhan yang menyumbang sekitar 23% dari KDNK termasuk 86% daripada keseluruhan eksport dan sumber permintaan utama untuk output daripada sektor ekonomi yang lain, sangat jelas sektor pengilangan mesti dibenarkan untuk terus beroperasi di tengah-tengah pandemik Covid- 19,” katanya.
“Perniagaan tidak boleh dilangsungkan jika operasi kilang ditutup atau kapasitinya dikurangkan, ia akan membawa kepada kesa-kesan yang menjejaskan ekonomi dengan kehilangan pekerjaan kerana rantaian pembekalan yang besar dan jaringan yang terlibat dalam sektor pengilangan.”
Katanya, virus itu masih boleh menular di kawasan kilang melalui kes sporadik tidak bergejala walaupun terdapat SOP dan langkah pencegahan dilaksanakan.
Soh berkata sumber-sumber jangkitan itu sering tidak dapat dikesan dalam masyarakat di mana kemungkinan besar ia berasal.
Sebaliknya, katanya, jangkitan dikesan di kilang-kilang di mana satu jangkitan berkaitan komuniti dalam kalangan pekerja membawa kepada pengesanan saringan lebih banyak pekerja melalui pengesanan kontak rapat.
“Ia kemudian dilaporkan sebagai kluster tempat kerja oleh pihak berkuasa, sehingga menimbulkan salah faham bahawa tempat kerja, terutama kilang, adalah sumber utama jangkitan.”
Beliau mendesak kerajaan untuk menutup perniagaan-perniagaan tertentu di mana kes Covid-19 dikesan dan bukannya mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di seluruh kawasan.
“Mengenakan syarat operasi yang ketat terhadap semua perniagaan adalah tidak adil kepada syarikat yang tidak terjejas terutama syarikat yang mempunyai rekod bersih dan mengekalkan tahap SOP yang tinggi dan langkah pencegahan di tempat kerja,” katanya.
“Kepentingan sektor pengilangan dalam ekonomi Malaysia mesti dihargai oleh semua pihak.” lapor MalaysiaNow
Sementara itu laporan dari The Malaysian Insight menyatakan Pegawai tugas khas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali berkata seperti sekarang, data yang disampaikan memberikan gambaran salah yang kilang dan industri adalah penyumbang terbesar lonjakan kes Covid-19 di negara ini.
“Daripada lebih 11,000 kes semalam, begitu mudah menuding kilang sebagai sumber jangkitan tetapi ia sebenarnya disebabkan varian Delta dan jangkitan sporadik dalam komuniti.
“Jika kita perhatikan jumlahnya semalam, 11,079 jangkitan baru yang dilaporkan semalam, hanya 214 jangkitan yang dikesan berpunca dari tempat kerja,” katanya pada forum yang membincangkan sama ada kesihatan atau ekonomi lebih penting, anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia Institut Pengajian Etnik.
Afif berkata langkah yang diambil Miti, seperti menggalakkan kerja dari rumah seboleh mungkin, inisiatif keselamatan di tempat kerja yang meningkatkan ujian saringan dan baru-baru ini Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas), berjaya menurunkan jumlah jangkitan di tempat kerja.
“Tanggungjawab Miti adalah menjaga ekonomi dan apa yang kita lakukan sekarang adalah memastikan langkah drastik perlu diambil untuk mengekang penyebaran Covid-19 di kalangan industri.”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/benarkah-kilang-punca-kes-covid-19.html