Lonjakan Kes Covid 19 Punca Cac Stadium Melawati Sesak


Individu positif Covid-19 dilihat beratur di luar usat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam. 



TERDAPAT lonjakan jumlah pesakit yang dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu menyebabkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam sesak , kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly, yang merupakan pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 di Selangor memberitahu The Malaysian Insight bahawa jumlahnya terus meningkat melebihi 1,000 pesakit setiap hari tetapi baru-baru ini jumlahnya hampir mencecah 2,000 orang di CAC Stadium Melawati.

KIRA-KIRA 2,500 pesakit tiba setakat pukul 10.00 pagi dan jumlahnya meningkat pada tengah hari dan petang untuk mendapatkan penilaian jangkitan Covid-19 di Stadium Malawati, Shah Alam. Kisah sedih, pilu pesakit ketika menunggu di CAC di Stadium Malawati
Kebimbangan terhadap jangkitan wabak pandemik di Selangor dapat dilihat menerusi jumlah kunjungan pesakit di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini apabila lebih 2,500 orang positif semalam hadir bagi menentukan lokasi kuarantin dan rawatan.

Walaupun pusat penilaian itu dibuka pada pukul 9 pagi, namun pesakit didapati sudah pun menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 5.30 pagi lagi untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan pengunjung.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 2,500 pesakit diterima setakat pukul 10 pagi sementara lebih 1,800 daripada angka itu merupakan pesakit adalah yang dipanggil oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sementara selebihnya adalah datang secara walk-in.

Walaupun, CAC di sini hanyalah untuk penduduk di daerah Petaling, namun disebabkan ia yang terbesar di Selangor, justeru ada pesakit datang dari daerah lain seperti Kuala Langat, Klang dan sebagainya.

Dalam tinjauan Utusan Malaysia semalam, pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, malah ada antara mereka tiba-tiba krtikal ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Pesakit yang baharu tiba perlu beratur dahulu di bahagian luar kawasan berhampiran tempat letak kereta dan jalan besar untuk menunggu giliran dan mereka perlu berdiri hampir sejam sebelum secara beransur-ansur bergerak menuju ke khemah.

Keadaan fasiliti di sini seperti kerusi dan khemah bukanlah tidak mencukupi, sebaliknya jumlah pesakit yang ramai sejak tiga minggu lalu menyebabkan sebahagian besar pesakit terpaksa berdiri lama di bawah pokok sebelum mendapat tempat duduk.

Justeru, ketika pemerhatian pemberita, dalam situasi itu kelihatan beberapa pesakit yang terpaksa diberi bantuan seperti kerusi roda kerana sesak nafas, atau rebah dan pengsan, dengan pantas diusung petugas ke ruang kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

Malah ketika petugas dan sukarelawan yang berkongsikan pengalaman mereka memberitahu, hampir setiap hari dari pagi hingga ke petang ada pesakit yang tiba secara kritikal dan memerlukan bantuan.

Seorang pesakit di bawa masuk oleh petugas kesihatn selepas pengsan sebelum mendapat penilaian COVID19 di #stadiummalawati sebentar tadi. @BuletinTV3 pic.twitter.com/eLH6yAKoaE
— Norfazilah Mohd Sahir (Fazy Sahir) (@FazyNewsMPB) July 12, 2021

Lebih teruk, pernah terjadi petugas dan pesakit mengalami kemalangan kecil apabila kerusi roda yang ditolak tergelincir menyebabkan petugas terjatuh sementara pesakit pula tercampak.

Terdapat juga pesakit yang kurang kesedaran apabila tiba di CAC dalam keadaan sakit, sesak nafas dan memerlukan bantuan sedangkan mereka sepatutnya pergi ke hospital segera untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

Situasi di Stadium Shah Alam amat merisaukan, dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai dan sebahagiannya memerlukan bantuan sehingga menyebabkan petugas kepenatan, malah pemberita difahamkan, setiap hari tidak semua anggota daripada pelbagai agensi hadir berikutan ada yang tidak sihat dan positif Covid-19.

Selain itu, petugas di sini juga berkongsi pengalaman mereka terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk memastikan pesakit yang datang diberikan layanan dan rawatan sewajarnya kerana ini mungkin lokasi terakhir mereka bertemu keluarga. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/lonjakan-kes-covid-19-punca-cac-stadium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cac Stadium Malawati Sesak Lebih 4 000 Individu Positif Lapor Diri

Cac Stadium Malawati Sesak Lebih 4 000 Individu Positif Lapor Diri

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 385 hits
Orang ramai beratur untuk mendapatkan penilaian di CAC Stadium Malawati Shah Alam SHAH ALAM Sedih dan dalam masa sama timbul rasa bimbang Itu perasaan apabila melihat ramai individu yang positif Covid 19 berpusu pusu hingga terpaksa beratur...
Awas 6000 Akan Ke Cac Stadium Melawati Rabu Ini Jika Perubahan Tidak Dibuat

Awas 6000 Akan Ke Cac Stadium Melawati Rabu Ini Jika Perubahan Tidak Dibuat

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 179 hits
BORHAN AHMADPusat Penilaian Covid 19 Stadium Melawati Shah Alam bakal berdepan kebanjiran pesakit Covid 19 Rabu 21 Julai ini apabila lebih 6 000 pesakit dijangka akan ke situ sehari selepas cuti hari raya Aidil Adha Menurut sumber pihak pen...
Dakwa Kilang Sarung Tangan Punca Kes Covid 19 Naik Di S Gor Polis Panggil Wanita Dalam Video Tular

Dakwa Kilang Sarung Tangan Punca Kes Covid 19 Naik Di S Gor Polis Panggil Wanita Dalam Video Tular

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 258 hits
Polis akan memanggil seorang wanita bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam satu rakaman video kini tular di media yang mendakwa bahawa peningkatan kes Covid 19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan Ketu...
Kes Covid 19 Meletup Di Pitas Punca Peningkatan Kes Baharu Di Sabah Kata Masidi

Kes Covid 19 Meletup Di Pitas Punca Peningkatan Kes Baharu Di Sabah Kata Masidi

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 298 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata Sabah hari ini mencatat 279 kes baharu dengan daerah Pitas penyumbang terbesar iaitu sebanyak 128 kes KOTA KINABALU Kes baharu Covid 19 di daerah Pitas mencatat peningkatan menda...
Benarkah Kilang Punca Kes Covid 19 Melonjak Ini Jawapannya

Benarkah Kilang Punca Kes Covid 19 Melonjak Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 341 hits
Persatuan pengilang mewakili 10 000 syarikat hari ini menolak dakwaan yang tersebar luas kononnya sektor pembuatan perlu dipersalahlan kerana menjadi punca peningkatan jangkitan Covid 19 Dalam sebuah kenyataan Persekutuan Pengilang Pengilan...
Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 315 hits
Bilangan kes melebihi 300 dalam tempoh dua hari lalu dalam pada pihak berkuasa Sabah meningkatkan saringan dalam komuniti dan ujian dalam kluster sedia ada KOTA KINABALU Jumlah kes baharu COVID 19 Sabah hari ini amat tinggi dengan sejumlah ...
Covid 19 Lonjakan Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan 13 215 Kes Di Lapor Hari Ini

Covid 19 Lonjakan Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan 13 215 Kes Di Lapor Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 282 hits
PUTRAJAYA Lonjakan kes baharu harian COVID 19 di negara ini terus membimbangkan dengan pertambahan 13 215 kes dilaporkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes COV...
Covid 19 5 Daerah Menyumbang Lonjakan Mendadak 323 Kes Di Sabah

Covid 19 5 Daerah Menyumbang Lonjakan Mendadak 323 Kes Di Sabah

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 314 hits
Jumlah kes baru Sabah hari ini adalah 323 yang sangat tinggi Kota Kinabalu Sabah mencatatkan 323 kes Covid 19 baru hari ini jumlah yang banyak disumbangkan oleh lima daerah kata jurucakap krisis negeri Datuk Masidi Manjun Jumlah kes baru Sa...
Ni Makin Naik Apa Cerita Janna Nick Bengang Menjerit Kes Covid 19 Meningkat

Ni Makin Naik Apa Cerita Janna Nick Bengang Menjerit Kes Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 393 hits
MELIHAT pada angka jangkitan baharu Covid 19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan sebanyak 8 868 semalam sudah pasti mencetuskan kebimbangan ramai
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization