Belum Selesai Pendakwaan Anak Hamzah Bekas Setpol Pula Didakwa Rasuah
Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350,000, akan bermula 25 Ogos ini di Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Rosli Ahmad mengekalkan tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Sayed Amir Muzzakkir Al Syaed Mohamad dari 25 hingga 28 Ogos dan mengarahkan untuk menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan pada 22 Ogos.
Pada perbicaraan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan pernyataan saksi pada 31 Julai lalu.
Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzakkir berkata pembelaan akan mengemukakan pernyataan di bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum tarikh perbicaraan.
Pendakwaan akan memanggil 20 saksi.
Pada 23 Mei lalu, Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa menerima suapan RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd Wan Azhar Mohamed Yusof sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan infrastruktur, pelayan, perisian dan radio pengguna Sistem RMPNet untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM381.1 juta.
==============================================================================
Jun lalu, Muhammad Faisal, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000.
Dia didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions menjadi perunding pemasaran.
Kesalahan itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan mendapat tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.
Muhammad Faisal didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat dekat Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018.
Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/08/belum-selesai-pendakwaan-anak-hamzah.html