Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental Rasa Down Tapi Respons Kita Mesti Win


Kehadiran anak dalam keluarga memang dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat, setelah ada anak lelaki ditanya pula bila nak ada anak perempuan. Rasa down kadangkala tak boleh dielak.
Apatah lagi bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Pertanyaan tentang kehadiran zuriat boleh menimbulkan rasa sedih pula. Namun perkongsian daripada bapa ini sedikit sebanyak boleh menguatkan hati.

Cara memberikan respons kepada apa yang terjadi itu boleh memberikan kekuatan dan ketenangan. Bersangka baik dengan Allah apa sahaja yang diberikan ada kebaikannya yang tidak diketahui hari ini dan menjadi hikmah pada masa akan datang.
Bapa 3 cahaya mata lelaki ini berkongsi semangat, cara untuk kekal positif dan tenang dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.
Belum direzekikan dengan anak perempuan pun boleh mental beb!
Apatah lagi belum dikurniakan anak mahupun belum
bertemu jodoh.
Chill gaiss! Ni aku share sikit benda baik untuk korang hadam
3 rules yang aku rasa boleh kita sama2 pakai untuk kekal tenang dan bersyukur dengan apa yang ada
#1: ALLAH BUKAN BERI APA YANG KITA MAHU, ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU Gini kawan-kawan. Kadang-kadang kita ni nak sangat benda lain. Sedangkan kita tak perlukan benda tu buat masa itu. Contohnya kita nak sangat kerja yang bergaji 10k. Rupanya time tu kita bukan perlukan gaji 10k. Tapi kita perlukan gaji 5k dengan ada masa untuk spend dengan keluarga.
Sama macam kes anak ni. Bersangka baik dengan Allah. Mungkin aku perlukan 3 orang anak lelaki ni ketika aku tua nanti. Anak lelaki ni lah yang akan usung keranda aku nanti.
Mereka juga bertanggungjawab menjaga ummi mereka jika ditakdirkan aku pergi dulu. Kehadiran 3 orang anak lelaki lebih diperlukan bagi aku dan isteri baik di masa hari ini mahupun akan datang
Begitu juga if belum dikurniakan anak. Mungkin keperluan buat masa ini hanya seorang suami atau isteri. Jika belum bertemu jodoh. Keperluan kita adalah terus fokus berbakti kepada ayah dan ibu.
Ingat. Apa yang kita ada sekarang ini lah sebenarnya kita perlukan!

#2: ALLAH MENGUJI SESEORANG SESUAI DENGAN KADAR KEMAMPUANNYA Menjaga seorang anak perempuan bukan mudah. Kehormatannya kelak. Batasan pergaulan nya. Banyak perkara yang mungkin aku dan isteri tak mampu pun untuk tanggung bebanan itu. Bila kita sedar akan ketidakmampuan kita tu. Maka hati ini akan berasa lapang. Dah kau tak mampu. Takyah kecoh lah nak macam2! Gituuuuu….
Terkadang kita ni nak sangat something yang best. Sedangkan benda yang best itu mungkin sahaja datang dengan pakej tanggungjawab yang kita tidak mampu galas.
Sama juga macam yang belum berkahwin. Tangungjawab yang ditanggung bukan sikit2 gais. May be yang masih bujang tu belum mampu menggalas bebanan sebagai suami mahupun isteri.

#3: MELIHAT KE BAWAH UTK RASA SYUKUR, MELIHAT KE ATAS UTK LEBIH MAJU Rules ini terpakai dalam segala aspek kehidupan kita. Jika bab anak. Melihat orang yang belum ada anak bahkan belum direzekikan perkahwinan sahaja mampu menghadirkan rasa syukur.
Yang belum dikurniakan anak. Melihat orang yang belum berkahwin
Yang belum berkahwin melihat orang yang kehilangan ayah atau ibu
Yang sudah kehilangan ayah atau ibu melihat orang yang sebatang kara
Yang sebatang kara melihat orang yang langsung tiada tempat tinggal
Begitulah seterusnya…
Di dalam bab kerjaya dan kehidupan pun sama. Melihat orang lebih susah menimbulkan rasa syukur kita dengan nikmat yang ada. Melihat orang yang lebih maju pula akan memotivasikan kita untuk terus berusaha untuk mengejar mereka yang lebih berjaya.

Kerap kali melihat ke bawah dan keatas sambil hati mengingat kepada Allah insyaallah kita akan lebih tenang.
Ok. Moga bermanfaat untuk kita semua.
Doakan anak2 aku ini kelak menjadi aset kami ke syurga.
Alhamdulillah dikurniakan isteri dan anak2 yang baik. Juga bijak bergaya dihadapan kamera.
Aku akhiri dengan satu quot
“Bahagia itu tidak hadir dengan banyaknya yang kita ada. Ianya hadir dengan bersyukur nya dengan apa yang ada”
Sumber: Ahmad Zulqurnain Ghazalli 
The post “Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental…” Rasa Down, Tapi Respons Kita Mesti Win appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/belum-rezeki-anak-perempuan-pun-boleh-mental-rasa-down-tapi-respons-kita-mesti-win/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Setahun Mengandung Lagi Kita Rasa Tak Sedia Rezeki Anak Tetap Cukup

Belum Setahun Mengandung Lagi Kita Rasa Tak Sedia Rezeki Anak Tetap Cukup

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 271 hits
Abang ayang mengandung lagi Ok la tu Banyak la abang punya ok yang ada sekarang ni pun umur tak sampai setahun lagi nanti duit pengasuh susu pampers macam mana Tak payah risau la Ini yang perlu anda sebagai suami isteri tahu dan faham Allah...
Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 375 hits
Menanti saat kelahiran anak adalah momen terindah dalam hidup pasangan bergelar suami isteri Apa lagi kelahiran zuriat yang dinantikan sejak sekian lamanya Bagi Nor Murni Jusoh 37 tahun dan suaminya Mohd Khairul Azman Hashim 38 tahun menant...
Untung Dapat Anak Sulung Perempuan Boleh Harap Jaga Adik Adik

Untung Dapat Anak Sulung Perempuan Boleh Harap Jaga Adik Adik

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 647 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik adiknya apabila sudah besar Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan adakah adik adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang p...
Mak Boleh Jadi Harimau Kalau Stres Jaga Anak Muka Tenang Tapi Dalam Hati Geramnya

Mak Boleh Jadi Harimau Kalau Stres Jaga Anak Muka Tenang Tapi Dalam Hati Geramnya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 604 hits
Siapa kata ibu yang bekerja dari rumah atau bergelar suri rumah lebih banyak masa untuk berehat dan bertenang Pendapat ini tak betul kerana setiap wanita yang bergelar ibu mesti ada cabarannya Tak kiralah yang bekerja sendiri makan gaji ata...
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 584 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

Boleh Nak Jadi Anak Mak Tapi Suami Kena Adil Baru Isteri Boleh Cool

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 645 hits
Suami seorang anak emak adalah pilihan yang tepat Apabila dia menjaga ibunya bermakna dia boleh menjaga isteri dengan baik Namun dalam keadaan tertentu ada jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa masalah dalam perhubungan Lelaki anak...
Kajian Buktikan Ayah Layan Anak Perempuan Lebih Manja Berbanding Anak Lelaki Daddy S Little Girl Sangat

Kajian Buktikan Ayah Layan Anak Perempuan Lebih Manja Berbanding Anak Lelaki Daddy S Little Girl Sangat

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 409 hits
Bukan saja saja cakap tapi kajian buktikan ayah layan anak perempuan lebih manja berbanding anak lelakinya Ayra papa dah balik Sayang anak papa ucap Meor sambil memeluk anak perempuannya yang berusia 3 tahun Ayra memang manja sangat dengan ...
Bagi Dulu Bubur Kosong Biar Anak Rasa Tawar Dulu Barulah Perkenalkan Puri

Bagi Dulu Bubur Kosong Biar Anak Rasa Tawar Dulu Barulah Perkenalkan Puri

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 417 hits
Bayi dah 6 bulan Nak bagi apa dulu Mengikut Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia bayi disarankan untuk diperkenalkan dengan bubur nasi terlebih dahulu Bubur nasi merupakan sumber karbohidrat yang boleh didapati dari setiap isi ...
Tun M Boleh Masuk Balik Umno Tapi Ada Syarat Annuar Musa

Tun M Boleh Masuk Balik Umno Tapi Ada Syarat Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 485 hits
BANGI 29 Syawal 1440H Rabu Ada ura ura Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali kepada UMNO dan bagaimana penerimaan ahli terhadapnya namun Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa ianya belum sampai ke tahap itu Cuma dalam ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Petua Cara Membersihkan Hati

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino