Untung Dapat Anak Sulung Perempuan Boleh Harap Jaga Adik Adik


Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.

Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Baca Artikel Ini: [Ibu Keguguran, Tak Pantang Mungkin Sukar Hamil Jika Plan Nak Anak Lagi]
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.

Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.
Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Baca Artikel Ini: [Ingatkan Gastrik, Rupanya Najis Tersumbat Dalam Usus Sebab Anak Tak Makan Sayur]
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
 
The post Untung Dapat Anak Sulung Perempuan, Boleh Harap Jaga Adik-Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/untung-dapat-anak-sulung-perempuan-boleh-harap-jaga-adik-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Boleh Jadi Harimau Kalau Stres Jaga Anak Muka Tenang Tapi Dalam Hati Geramnya

Mak Boleh Jadi Harimau Kalau Stres Jaga Anak Muka Tenang Tapi Dalam Hati Geramnya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 647 hits
Siapa kata ibu yang bekerja dari rumah atau bergelar suri rumah lebih banyak masa untuk berehat dan bertenang Pendapat ini tak betul kerana setiap wanita yang bergelar ibu mesti ada cabarannya Tak kiralah yang bekerja sendiri makan gaji ata...
7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Pilihan

7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 432 hits
Menjadi anak sulung perempuan bukannya mudah Walau bermacam cabaran sebagai anak sulung dengan masalah jantina nya sebagai perempuan namun kamu tetap mempunyai banyak kelebihan Jangan peduli apa apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu ...
Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental Rasa Down Tapi Respons Kita Mesti Win

Belum Rezeki Anak Perempuan Pun Boleh Mental Rasa Down Tapi Respons Kita Mesti Win

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 436 hits
Kehadiran anak dalam keluarga memang dinanti nantikan bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga Namun sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat setelah ada anak lelaki ditanya pula bila nak ada anak perempuan Rasa down kadangkala tak...
Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 577 hits
Ayah figura hebat dalam kehidupan anak perempuan dan sekali gus memberikan pengaruh besar dalam pembentukan diri si kecil Kuasa bonding semasa kecil dan diteruskan mampu membina anak yang kuat dan berkarakter luar biasa Walau sesibuk mana s...
5 Maid Jaga 5 Anak 4 Daripadanya Bawah 2 Tahun Zizie Tetap Kena Marathon

5 Maid Jaga 5 Anak 4 Daripadanya Bawah 2 Tahun Zizie Tetap Kena Marathon

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 474 hits
Kehadiran pembantu memang melicinkan urusan penjagaan anak Namun ada waktunya Datin Seri Zizie Izette tetap perlu turut sama marathon menguruskan 5 cahaya mata Apatah lagi 4 daripada anaknya itu berusia 2 tahun ke bawah Datin Seri Zizie Ize...
Fariza Nak Adik Lelaki Ke Perempuan

Fariza Nak Adik Lelaki Ke Perempuan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 844 hits
hai assalammualaikumFariza Nak Adik Lelaki Ke Perempuan Haritu singgah ziarah tengok anak buah baru Adik ipar baru dapat baby ni anak ke empat mereka Tengok baby memang best kan Bau baby memang best tapi nak menjaganya hahaha kena la bertah...
Anak Merangkak Sesekali Ibu Ayah Boleh Ikut Sama Barulah Si Kecil Cepat Belajar

Anak Merangkak Sesekali Ibu Ayah Boleh Ikut Sama Barulah Si Kecil Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 512 hits
Pernah tak main merangkak sama sama dengan anak Ibu bapa tahu tak aktiviti ni bagus untuk koordinasi badan motor kasar dan konsentrasi anak Bila buat aktiviti ni semua anggota badan digunakan serentak dan ia dapat menguatkan kaki dan tangan...
Cinta Laura Jadi Duta Anti Kekerasan Perempuan Dan Anak

Cinta Laura Jadi Duta Anti Kekerasan Perempuan Dan Anak

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 369 hits
Artis Cinta Laura diangkat menjadi Duta Anti Kekerasan Terhadap Perempuan dan Anak Hal itu diungkapkan Cinta Laura di akun instagramnya
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan