Kajian Buktikan Ayah Layan Anak Perempuan Lebih Manja Berbanding Anak Lelaki Daddy S Little Girl Sangat


Bukan saja-saja cakap tapi kajian buktikan ayah layan anak perempuan lebih manja berbanding anak lelakinya.
“Ayra…papa dah balik. Sayang anak papa,” ucap Meor sambil memeluk anak perempuannya yang berusia 3 tahun.
Ayra memang manja sangat dengan papanya berbanding abangnya Akif. Pendek kata, Ayra umpama “daddy’s little girl”.
Betulke ayah akan lebih manjakan anak perempuan berbanding anak lelaki? Dengan kata lain layanan seorang ayah pada anak perempuan lebih lembut berbanding pada anak lelaki yang dilayan agak ‘keras’
 
Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuroscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.
Kajian tersebut dijalankan melalui kaedah imbasan otak dan rakaman interaksi seharian sekumpulan ayah dan mendapati mereka akan menyanyi dan bercakap lebih terbuka tentang emosi kepada anak perempuan mereka berbanding pada anak lelaki. Adakah kerana anak perempuan lebih sensitif dan bersikap manja?

Bukan!Kajian mendedahkan kemesraan dan keprihatinan yang diberi oleh ayah tersebut bukan hanya disebabkan oleh anak perempuan yang lebih sensitif bahkan apa yang mereka katakan pada anak perempuan berbanding anak lelaki juga berbeza.
Ayah biasanya akan lebih cenderung memberi fokus pada pencapaian dan permainan fizikal seperti berlawan, bertumbuk dan sebagainya jika berinteraksi dengan anak lelaki. Perkataan yang biasa disebut oleh ayah kepada anak lelaki juga berunsur kejayaan seperti “menang”, “bangga”, “bagus sekali”.
Tetapi untuk anak perempuan, ayah lebih banyak menggunakan perkataan yang terperinci seperti “semua”, “banyak” dan bersifat kreatif melayan mereka. Penulis kajian menyatakan penggunaan bahasa tersebut akan mempunyai kaitan dengan pencapaian pendidikan dan akademik di masa hadapan.
Mengapa layanan berbeza mengikut jantina anak?
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan seorang bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Namun kajian tidak berjaya menentukan mengapa layanan berbeza itu berlaku.
Adakah otak ibu bapa telah diikat untuk melayan anak-anak mereka secara berbeza atau ia sekadar interaksi berdasarkan norma sosial yang asas iaitu anak perempuan lebih bersikap manja dan perlukan lebih perhatian dan perlindungan?
Menurut Jennifer Mascaro, ketua penyelidik dari Universiti Emory, sekiranya anak perempuan menangis, si ayah akan segera menyahut dan pantas berlari ke arah anak peremupuannya, berbanding ke arah anak lelaki.
Walaupun kajian tidak membuktikan sebarang kesan buruk akibat perhatian lebih yang diberikan oleh ayah terhadap anak perempuannya, tetapi ada sesuatu perkara yang boleh memberi kesan pada tumbesaran anak perempuan.
Misalnya seorang ayah dalam komunikasi harian dengan si anak, menggunakan bahasa yang merujuk bahagian badan anak perempuan dengan istilah manja seperti “buncit” atau “gendut” dengan lebih kerap berbanding pada anak lelaki.
Kajian telah membuktikan yang pemilihan perkataan ini memberi kesan pada emosi anak perempuan berbanding pada anak lelaki apabila mereka membesar.
Anak perempuan akan rasa tidak puas hati tentang badan mereka dan mungkin juga mudah rasa rendah diri.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ayah?
Memang tak salah jika seorang ayah lebih memanjakan anak perempuan berbanding anak lelakinya. Sudah terbukti memang seorang ayah akan lebih memberi sepenuh perhatian dan gemar memanjakan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Tetapi, jangalah terlampau berat sebelah. Apa kata anda layan mereka secara sama rata. Mungkin beberapa cara ini boleh dicuba pada anak perempuan dan anak lelaki anda juga
1. Jangan takut untuk menjadi lasak. Kajian menunjukkan bermain bersama anak-anak – lelaki dan perempuan di atas lantai dan secara fizikal (tetapi selamat) boleh membantu mengawal emosi mereka.
2. Pemilihan perkataan penting. Jika apa yang anda cakap boleh memberi kesan pada akademik dan pencapaian fizikal kepada imej tubuh badan, gunakan ayat pujian dan perhatian yang sama pada kedua anak lelaki dan perempuan.
3. Beri perhatian yang sama. Sebenarnya perbualan berkaitan hal emosi juga boleh dilakukan dengan anak lelaki. Kanak-kanak yang terdedah dengan keperluan emosi yang cukup akan membesar dengan lebih empati bila mereka besar nanti. .
Sebenarnya seorang ayah sayang akan anak-anaknya sama rata tanpa ada perbezaan mengikut jantina. Tetapi cara ayah memanjakan anak lelaki dan melayan mereka perlu berbeza dengan anak perempuan kerana mahu mendidik anak lelaki sebagai ketua dalam semua hal.
Sumber: NBC News dan The Asian Parenting
The post Kajian Buktikan Ayah Layan Anak Perempuan Lebih Manja Berbanding Anak Lelaki. Daddy’s Little Girl Sangat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kajian-buktikan-ayah-layan-anak-perempuan-lebih-manja-berbanding-anak-lelaki-daddys-little-girl-sangat-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 360 hits
Apabila berbicara tentang personaliti ibu bapa seorang ayah lebih sinonim dengan watak yang tenang dan terkawal emosinya berbanding si ibu yang lebih garang dan gemar berleter Walaupun ada pasangan yang mempunyai sifat sebaliknya rata rata ...
Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 411 hits
Anak kalau dengan ayah semua dengar cepat nak buat Ibu jangan rasa kecil hati atau putus asa ini mungkin puncanya Ibu dan bapa mempunyai perbezaan personaliti yang ketara Seorang bapa lebih bersahaja ringkas dan sporting manakala ibu pula l...
Isteri Pelik Suami Rajin Sangat Cebok Anak Anak Perempuan Tak Sangka Sisi Gelap Terbongkar

Isteri Pelik Suami Rajin Sangat Cebok Anak Anak Perempuan Tak Sangka Sisi Gelap Terbongkar

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 454 hits
Bapa merupakan individu yang sepatutnya menjaga keselamatan anak anak dan keluarganya secara menyeluruh Perkara ini kerana seorang bapa telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kehidupan dan keselamatan anak anaknya berada dalam keadaan ...
Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 524 hits
Ayah figura hebat dalam kehidupan anak perempuan dan sekali gus memberikan pengaruh besar dalam pembentukan diri si kecil Kuasa bonding semasa kecil dan diteruskan mampu membina anak yang kuat dan berkarakter luar biasa Walau sesibuk mana s...
Kajian Dapati Lelaki Rajin Bersenam Akan Lebih Handsome Berbanding Orang Lain

Kajian Dapati Lelaki Rajin Bersenam Akan Lebih Handsome Berbanding Orang Lain

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 513 hits
Tahukah anda bahawa seorang lelaki yang ingin sentiasa cergas stamina dan tubuh badan peru bersenam sekurang kurangnya sebanyak 150 minit seminggu Atau ia juga boleh dicapai dengan melakukan senaman aerobik keras selama 75 minit Pelbagai ka...
Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki

Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 431 hits
Para lelaki pada umumnya ramai rasa bangga apabila disamakan seperti buaya darat Wanita pula walaupun memang sudah jelas gatal dia akan tetap marah apabila diperkatakan seperti itu Status gatal atau perasan terlalu universal untuk dilabelka...
8 Pondan Di Asia Yang Lebih Cantik Dari Perempuan Tulen

8 Pondan Di Asia Yang Lebih Cantik Dari Perempuan Tulen

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 2004 hits
Pondan merujuk kepada golongan lelaki yang menyerupai wanita iaitu mempunyai biologi lelaki tetapi secara fizikalnya berperwatakan dan berketerampilan seperti seorang wanita Kepada lelaki diluar sana jangan mudah terpedaya dengan kecantikan...
Ikut Cara Rasulullah Saw Tunjuk Rasa Sayang Ayah Yang Garang Pun Tetap Disayangi Anak Anak

Ikut Cara Rasulullah Saw Tunjuk Rasa Sayang Ayah Yang Garang Pun Tetap Disayangi Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 281 hits
Seorang bapa mungkin lebih tegas berbanding ibu Ekspresi wajahnya saja sudah cukup untuk membuat anak anak merasa takut Nampak garang tetapi di sebalik wajah itu tersembunyi rasa cinta seorang ayah terhadap anak anaknya Menunjukkan rasa say...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025