Tun M Boleh Masuk Balik Umno Tapi Ada Syarat Annuar Musa


BANGI, 29 Syawal 1440H, Rabu – Ada ura-ura Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali kepada UMNO dan bagaimana penerimaan ahli terhadapnya, namun Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa ianya belum sampai ke tahap itu.
“Cuma dalam sejarah politik Malaysia, kita terima hakikat, bahawasanya perubahan-perubahan yang berlaku kepelbagaian adunan, daripada dulu UMNO, daripada tiga parti dalam Perikatan, kemudian Perikatan bergabung dengan PAS pada awal tahun 70-an… lepas tu berpecah lagi.
“Kita lihat PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Angkatan Perpaduan Ummah, bersama dengan proksi Tengku Razaleigh (Hamzah)… lepas tu keluar lagi,. Kemudian kita lihat parti Keadilan dan sebagainya… sehinggalah sekarang ini.
“Jadi, realiti yang mesti kita terima… politik itu dinamik. Yang pentingnya ialah ia harus menjurus kepada kesejahteraan dan keadaan negara yang lebih baik,” katanya dalam program ‘Kerusi Panas’ TV Pertiwi menerusi tajuk ‘Reinkarnasi UMNO: Bolehkah UMNO bangkit semula?’ dihostkan Dinnie Asyraf yang disiarkan secara langsung, malam tadi.
Formula yang wujud sekarang ini adalah baharu… PH adalah formula baharu, tidak ada cawangan atau bahagian dan mereka menubuhkan gabungan terlebih dahulu, baharu hendak memantapkan parti, katanya.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, ternyata sekarang ini PH sedang menghadapi masalah kerana pakatan mereka tidak seperti gabungan Barisan Nasional (BN).
Annuar berkata, PH mesti menerima hakikat bahawa mereka sedang menghadapi masalah dan rakyat Malaysia sekarang ini tidak dapat tidak mesti memikirkan kepada satu formula atau gabungan baharu yang boleh mengatasi masalah itu.
“Apakah bentuk gabungan itu, pada saya adalah terbuka. UMNO sebuah parti yang prakmatik. Yang penting dasar itu mesti selari. Kalau mana-mana gabungan sekalipun, termasuk seperti yang ditanya tadi… kalau betul (Dr Mahathir akan kembali kepada UMNO), soalnya untuk apa?
“Di mana nak letak kedudukan orang Melayu… di mana nak letak orang Islam… di mana nak letak kedudukan raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
“Jika sependapat dengan kami, kita boleh bergabung. Tapi kalau hanya nak menyelamatkan diri mereka yang nak tenggelam, kemudian nak menggunakan UMNO sebagai pelampung, barangkali itu akan ditolak oleh ahli,” katanya.
Menjawab soalan Dinnie Asyraf mengenai pendirian beliau sendiri sekiranya Dr Mahathir kembali kepada UMNO, Annuar berkata:
“Saya daripada dulu saya kata saya adalah orang yang diangkat dalam politik oleh Dr Mahathir. Saya sentiasa menghargai segala jasa-jasa beliau… kepimpinan beliau sampai ke hari ini.
“Saya lihat Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin mempunyai peranan dan juga mempunyai kebolehan untuk menyumbang sebanyak mungkin kepada negara sehinggalah pada saat di usia 94 tahun.
“Pada masa yang sama, itu tidak menjadikan segala-galanya saya boleh ikut Dr Mahathir. Saya adalah orang parti… saya pertahankan UMNO itu dahulu. Jadi soal boleh terima atau tidak Dr Mahathir… soalan itu perlu kembali ke sebelah sana… yang penting UMNO mesti dipertahankan.”
Oleh Razali bin Zakaria
Sumber ISMAWeb


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/04/tun-m-boleh-masuk-balik-umno-tapi-ada-syarat-annuar-musa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Rujuk Pas Jika Mahu Jalin Kerjasama Dengan Parti Lain Annuar Musa

Umno Rujuk Pas Jika Mahu Jalin Kerjasama Dengan Parti Lain Annuar Musa

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 300 hits
Oleh Faris FuadSETIAUSAHA Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa KUALA LUMPUR UMNO tidak akan sesekali dibubarkan untuk menyertai parti politik lain sebaliknya akan terus bekerjasama dengan PAS berdasarkan semangat setia kawan dan piagam bersama Se...
Sham Abah Balik Ni Buka Pintu Kisah Dikongsi Lelaki Ini Boleh Buat Diri Insaf

Sham Abah Balik Ni Buka Pintu Kisah Dikongsi Lelaki Ini Boleh Buat Diri Insaf

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 502 hits
Ayah merupakan tulang belakang keluarga Peranan dan pengorbanan seorang ayah cukup besar dalam membina sebuah keluarga walapun mereka sering dipinggirkan dari mendapat penghargaan masyarakat Biarpun terpaksa berusah payah meredah hujan pana...
Najib Zahid Boleh Kembali Terajui Umno Tanpa Persetujuan Mt

Najib Zahid Boleh Kembali Terajui Umno Tanpa Persetujuan Mt

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 386 hits
Diterbitkan Hari ini 8 28 pagiBekas presiden Umno Najib Razak berkata presiden Umno yang sedang bercuti Ahmad Zahid Hamidi boleh kembali menerajui parti jika dia mahu biarpun tanpa persetujuan pihak lain termasuk Ahli Majlis Tertinggi Kata ...
Annuar Ingatkan Tiga Perkara Utama Untuk Ahli Perkukuh Umno

Annuar Ingatkan Tiga Perkara Utama Untuk Ahli Perkukuh Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR 3 Julai Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mengingatkan tiga perkara utama kepada seluruh ahli parti agar sama sama dihayati dalam usaha meneruskan perjuangan bersama UMNO hari ini Pertama kalau kita seorang pejuang bina...
Tak Boleh Masuk Rumah Sebab Buka Tudung

Tak Boleh Masuk Rumah Sebab Buka Tudung

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 428 hits
tak boleh masuk rumah sebab buka tudung Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa yang tak boleh masuk rumah sebab buka tudung tu Siapa yang buka tudung ni Ye saya Iye saya lah orang itu Saya lah yang buka tudung tu Saya lah yang ta...
Perasaan Bila Anak Sedara Kawin Tapi Tak Dapat Balik

Perasaan Bila Anak Sedara Kawin Tapi Tak Dapat Balik

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 364 hits
Selamat Pengantin Baru Selamat Berbahagia Esok nun di Malaya inshaallah berlangsungnya majlis resepsi untuk kedua anak sedara ai Perasaan ai tak dapat balik Seperti lagu Pengantin tu alhamdulillah maintain Tip untuk kekal ceria dan strong P...
Umno Tolak Pelawaan Tun M

Umno Tolak Pelawaan Tun M

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 368 hits
Kami kekal dengan prinsip tak akan jilat ludah sendiri terima Bersatu BANGI UMNO menolak pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu tempatan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohame...
Tun M Semua Parti Melayu Termasuk Umno Dipelawa Sertai Ppbm

Tun M Semua Parti Melayu Termasuk Umno Dipelawa Sertai Ppbm

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 333 hits
JOHOR BARU 5 Julai Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu Pengerusi Bersatu i...
Sarawak Tiada Umno Tapi Ada Korup

Sarawak Tiada Umno Tapi Ada Korup

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 232 hits
Masih dalam proses siasat JANGAN lupa SARAWAK memang rindukan kepimpinan Najib
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Pelaburan Rm3 Juta Svg Worldwide Ss25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Cara Elak Getah Nagka Lekat Kat Tangan