Belanjawan Madani Tangani Kos Sara Hidup Pacu Ekonomi


bharian.com.my
Oleh Kamarulzaidi Kamis 
[email protected]
- Februari 24, 2023 @ 8:00am
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat Membangun Malaysia Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Januari lalu. - foto BERNAMAKUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2023 sekali lagi hari ini yang mana berkemungkinan besar sarat dengan langkah penambahbaikan untuk menangani kos sara hidup dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial untuk golongan miskin tegar serta kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Belanjawan kali ini juga tentunya berlandaskan konsep MADANI yang diamalkan kerajaan iaitu untuk membangun tanah air yang lebih mampan dan makmur berteraskan ruh daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan, di mana keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras utamanya - yakni sebuah masyarakat Malaysia yang adil.

Seperti yang dicerminkan menerusi buku 'Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi' dikarang Perdana Menteri, kunci di sebalik konsep MADANI ialah pembangunan 'ekonomi manusiawi.

Ia berdasarkan falsafah "pembangunan yang holistik dan dipandu oleh empati, etika, dan berpaksikan prinsip keadilan dan kebajikan", yang mana adalah bertentangan dengan 'kapitalisme yang tidak terkawal'.

Kerangka belanjawan terarah kecenderungan sosio-demokrasi

Oleh yang demikian, kerangka belanjawan kali ini dijangka lebih terarah ke arah kecenderungan sosio-demokrasi.

Susulan itu tiga bidang utama dijangka mendapat perhatian iaitu memperkukuh lagi aktiviti pelaburan; perniagaan; perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menjana pekerjaan di tengah-tengah jangkaan kemelesetan global yang semakin meningkat.

Bidang pertama adalah mewujudkan masyarakat yang saksama dengan menangani jurang kekayaan menerusi beberapa cadangan tindakan dasar seperti memperkenalkan undang-undang untuk menetapkan gaji kehidupan yang menyediakan cara kelangsungan ekonomi asas untuk semua; baik pulih cukai yang sistematik.
Antara yang dijangka diberi perhatian dalam Belanjawan 2023 ialah menyusun semula ekonomi dengan memberi tumpuan kepada PKS. - Foto hiasan NSTPBidang kedua adalah menyusun semula ekonomi untuk memberi tumpuan kepada pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan menjauhi projek besar yang memberi manfaat kepada syarikat besar, yang mana menerusi cadangan seperti menubuhkan pusat luar bandar serta pusat universiti, di institusi yang sesuai, untuk kajian dan penerokaan Pertanian 4.0 dan inovasi pertanian lain (iaitu pertanian pintar); rancangan untuk projek ladang solar dan angin yang besar serta tempatan dan rancangan pembangunan bermula dengan negeri termiskin.

Bidang tumpuan ketiga pula adalah menangani kebimbangan minoriti termasuk peminggiran kaum lain, penduduk luar bandar, miskin tegar, serta rakyat di Sabah dan Sarawak.

Cadangan MADANI dalam bidang ini termasuk memulakan Audit Hak Asasi Manusia; memperkenalkan perundangan dan infrastruktur untuk mentakrifkan dan mengiktiraf masyarakat, komuniti, dan hak mereka yang sebelum ini tidak ditentukan (pekerja asing, pelarian dan lain-lain); menubuhkan Pusat Pembangunan Inovasi Luar Bandar di kawasan yang sesuai; pelan pembangunan dan peruntukan dana khas untuk perumahan mampu milik..

Belanjawan sulung PM Anwar

Belanjawan ini adalah belanjawan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan pada November lalu, walaupun beliau sudah membentangkan 'Bajet Mini' pada Disember lalu.

Pada 7 Oktober 2022, Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membabitkan peruntukan terbesar dalam sejarah berjumlah RM372.3 bilion atau 20.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia adalah peningkatan yang ketara berbanding peruntukan Belanjawan 2022 sebanyak RM332 bilion dan Belanjawan 2021 berjumlah RM322 bilion.

Namun, Belanjawan 2023 tidak sempat dibawa ke Parlimen untuk diluluskan kerana Parlimen telah dibubarkan 10 Oktober 2022 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Susulan pembubaran Parlimen, Belanjawan 2023 perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat, bagi memastikan belanjawan mengurus kerajaan diluluskan.

Pada 20 Disember lalu, Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar telah membentangkan bajet mini, bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650 (RM107.7 bilion).

Beliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Bajet Mini akan berkuat kuasa hingga Belanjawan 2023 dibentang dan lulus di Parlimen.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam kenyataannya sebelum ini membayangkan kerajaan memberi jaminan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang semula akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat, serta tidak akan meminggirkan mana-mana pihak.

Beliau berkata, Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan semula itu tidak akan terikat dengan perkara yang dibentang oleh kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, cadangan yang dibuat dalam belanjawan terdahulu tetap diambil kira dalam perangkaan Belanjawan 2023 yang baharu.

Penganalisis ekonomi secara umum menjangka tumpuan utama kerajaan adalah menangani peningkatan tinggi kos sara hidup; pelaksanaan bantuan serta subsidi secara lebih bersasar; merapat jurang kekayaan serta penjimatan dalam operasi pengurusan.

CGS-CIMB dalam nota penyelidikannya berkata, langkah memberi tumpuan kepada krisis kos sara hidup; tekanan inflasi yang tinggi dan penurunan kuasa perbelanjaan pengguna berkemungkinan menyaksikan kerajaan melaksanakan langkah sokongan yang lebih besar.

Perubahan dasar mungkin termasuk meningkatkan jumlah dan perlindungan bantuan tunai, memperkenalkan bantuan pendapatan asas, atau menangani monopoli dan pakatan atau kartel dalam penetapan harga barangan.

"Selain itu, buku terbaru Perdana Menteri iaitu MADANI, yang juga slogan kebangsaan, banyak memberi gambaran mengenai garis panduan untuk belanjawan.

"Kami juga percaya kerajaan boleh mengemudi dasar untuk menangani jurang kekayaan; membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta menangani kebimbangan minoriti, termasuk peminggiran kaum lain, penduduk luar bandar, miskin tegar, serta rakyat di Sabah dan Sarawak," kata CGS CIMB.

Peruntukan Belanjawan Madani mungkin lebih besar

Sementara itu, terdapat jangkaan bahawa peruntukan belanjawan yang dibentangkan semula ini adalah lebih besar berbanding RM372.3 bilion yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada Oktober lalu.

Ini menurut mereka kerana kerajaan memiliki ruang untuk menambahkan peruntukan susulan pertumbuhan ekonomi luar jangkaan pada tahun lalu iaitu 8.7 peratus; kutipan hasil yang lebih tinggi dengan peningkatan 25 peratus serta langkah penjimatan operasi pengurusannya.

Susulan itu perbelanjaan yang lebih besar akan digunakan untuk meletakkan asas bagi satu lagi pengembangan ekonomi yang kukuh pada tahun ini.

Susulan itu juga kerajaan memiliki keupayaan untuk menyalurkan peruntukan untuk melindungi kehidupan rakyat, meningkatkan pendapatan boleh guna dan meningkatkan keselamatan makanan.

Perdana Menteri juga dijangka meneruskan agenda pembangunan negara, sambil meneruskan pembaharuan untuk mengukuhkan tadbir urus kewangan awam.

Belanjawan berhemah kurangkan hutang negara

Dalam pada itu, terdapat juga jangkaan bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Anwar akan merangka belanjawan yang berhemah sekali gus mengurangkan lagi hutang kerajaan, meskipun di tengah-tengah jangkaan Malaysia tidak terkecuali menerima kesan kekalutan kemelesetan ekonomi utama global pada tahun ini.

Ini berdasarkan rekod Anwar sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan dari 1993 hingga 1997.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata dengan kelebihan rangkaian dimiliki Perdana Menteri terutama di luar negara yang perlu diguna pakai untuk memperbetulkan kewangan negara seperti menurunkan hutang negara yang kini melebihi RM1 trilion dan menarik pelabur asing supaya datang ke Malaysia.

"Kerajaan melalui dasar fiskal tidak boleh terus berbelanja dengan meningkatkan hutang untuk membangunkan ekonomi negara, ia perlu diimbangi dengan wang pelaburan terutama dari luar negara yang lebih banyak dari dahulu," katanya.

CGS CIMB berkata, pihaknya menjangka unjuran defisit fiskal disemak semula kepada kedudukan lebih rendah iaitu 5.0 peratus daripada KDNK pada tahun ini, berbanding unjuran 5.5 peratus sebelum ini.

"Terdapat beberapa sebab untuk ini iaitu kami melihat kutipan hasil yang lebih tinggi pada 2023 berbanding dengan apa yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini.

" Ini adalah berikutan keadaan ekonomi yang lebih baik dan pertumbuhan ekonomi nominal yang lebih tinggi.

"Perkara ini membawa kepada anggaran untuk kutipan cukai korporat dan pendapatan yang lebih baik," katanya.

Belanjawan cerminan reformasi pentadbiran negara

AmResearch dalam laporan penyelidikan baru-baru ini berkata, belanjawan hari ini akan mencerminkan aspirasi Kerajaan Perpaduan baharu dalam mereformasi pentadbiran negara.

Ketegasan Perdana Menteri dalam melaksanakan reformasi ini katanya jelas berdasarkan pemerhatian yang mana sebaik sahaja menerajui negara, beliau mengumumkan beberapa langkah penjimatan antaranya, pemotongan gaji 20 peratus untuk semua menteri; penyaluran RM100 juta untuk tebatan banjir di Kelantan dan Terengganu; rebat tarif elektrik isi rumah dikekalkan pada dua sen bagi setiap kWH4); cukai hartatanah bawah RM300 ribu di Putrajaya; pemotongan kos ECRL RM11 bilion kepada RM75 bilion (Kos asal pada 2016 ialah RM86 bilion) dan pengurangan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen, daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Ini sepatutnya melihat beliau, antara lain, mengutamakan mengukuhkan ketelusan, integriti dan kecekapan terutamanya dalam perolehan kerajaan dan peranan pembangunan syarikat berkaitan kerajaan.

Turut difahamkan Perdana menteri juga mungkin berusaha untuk mempercepatkan projek keutamaan termasuk dalam penjagaan kesihatan, pendidikan, sambil menghapuskan ketirisan dan mengurangkan pembaziran di tengah-tengah peningkatan hutang negara dan liabiliti lain, yang kini melebihi RM1 trilion.

"Belanjawan ini berkemungkinan tertumpu kepada rangka kerja Malaysia Madani yang memberi tumpuan kepada membentuk masa depan negara dan merealisasikan potensi penuhnya," kata sumber.

"Ini berkemungkinan belanjawan dengan keutamaan, pendekatan dan strategi baharu, walaupun kerajaan mungkin mengekalkan beberapa cadangan daripada cadangan asal.

Pada masa yang sama, belanjawan mungkin akan terus merangsang dan memangkin pertumbuhan ekonomi," tambah sumber itu.

Beberapa cukai baharu mungkin diperkenal

Secara keseluruhannya, belanjawan yang disemak mungkin masih berat untuk habuan atau buah tangan yang dirasai secara saksama dengan kemungkinan pengenalan beberapa cukai baharu.

Pengurangan cukai pendapatan peribadi sebanyak dua mata peratusan untuk kumpulan pendapatan tertentu, yang dicadangkan dalam Belanjawan 2023 asal untuk memanfaatkan lebih satu juta rakyat Malaysia berpendapatan sederhana atau M40, mungkin dikekalkan.

Dalam belanjawan kali ini, mereka dalam kumpulan T20 dijangka terpaksa membuat "sedikit pengorbanan", walaupun sumber berkata sebarang langkah yang membabitkan "kelas atasan" ini mungkin tidak drastik atau radikal.

Golongan M40 dijangka menerima beberapa habuan

Golongan M40 dijangka menerima beberapa habuan. Ini termasuk pengurangan cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM50,001 hingga RM100,000 sebanyak dua mata peratusan bagi tahun taksiran 2023, daripada 13 peratus kepada 11 peratus bagi kumpulan RM50,001-RM70,000 , dan daripada 21 peratus kepada 19 peratus untuk kumpulan RM70,001-RM100,000.

Penganalisis juga menjangka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan subsidi bersasar bahan api tidak diperkenalkan dalam belanjawan hari ini, meskipun langkah berkenaan dapat meningkatkan hasil kerajaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/belanjawan-madani-tangani-kos-sara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2023 Baharu Tak Mampu Selesai Tekanan Kos Sara Hidup Penjawat Awam Kata Cuepacs

Belanjawan 2023 Baharu Tak Mampu Selesai Tekanan Kos Sara Hidup Penjawat Awam Kata Cuepacs

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 175 hits
Kesatuan pekerja perkhidmatan awam kecewa tiada komitmen untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam 24 Feb 2023 KUALA LUMPUR Belanjawan 2023 baharu dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihad...
Rakyat Maghribi Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup

Rakyat Maghribi Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 130 hits
Rakyat Maghribi bantah kenaikan kos sara hidup Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Feb 2023 7 53AM
Cuepacs Akui Kecewa Perdana Menteri Tak Naikkan Gaji Penjawat Awam Yang Tertekan Dengan Kos Sara Hidup

Cuepacs Akui Kecewa Perdana Menteri Tak Naikkan Gaji Penjawat Awam Yang Tertekan Dengan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 139 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam mengakui pihaknya kecewanya dengan pembentangan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nbsp Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata belanjawan i...
Selesai Kos Sara Hidup Bukan Tak Perlu Tampal Roadtax Muhyiddin

Selesai Kos Sara Hidup Bukan Tak Perlu Tampal Roadtax Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 120 hits
satuberita myBy February 11 2023MUHYIDDIN Yassin ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin di Kompleks Kejiranan Presint 8 Putrajaya UTUSAN MOHD HUSNI MOHD NOORKERAJAAN Pakatan Harapan Barisan Nasional...
Rm64 Bilion Minimumkan Kos Sara Hidup Kata Anwar

Rm64 Bilion Minimumkan Kos Sara Hidup Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 132 hits
KERAJAAN pada tahun ini menyediakan dana sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi bantuan serta insentif sebagai usaha meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat Perdana...
Duit Kwsp Untuk Horey Horey Atau Nak Sara Hidup Ppim Samudera My 12 02 2023

Duit Kwsp Untuk Horey Horey Atau Nak Sara Hidup Ppim Samudera My 12 02 2023

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR 12 Februari 2023 Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan atau Toqqi mencadangkan agar pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikaji semula agar ia dapat dilihat pada sisi yang lebih berke...
Belanjawan 2023 Kkd Akan Realisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital

Belanjawan 2023 Kkd Akan Realisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 156 hits
Kementerian Komunikasi dan Digital akan berusaha untuk merealisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital dengan peruntukan yang diumumkan sebanyak RM2 737 bilion oleh Menteri kewangan dalam Belanjawan Madani semalam Menurut Menteri KKD Ahmad Fa...
Allahuakbar Tak Kuat Tengok Video Ni Bapa Terpaksa Bawa 4 Anaknya Menjahit Kasut Di Jalanan Untuk Sara Hidup

Allahuakbar Tak Kuat Tengok Video Ni Bapa Terpaksa Bawa 4 Anaknya Menjahit Kasut Di Jalanan Untuk Sara Hidup

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 336 hits
Allahuakbar tak kuat tengok video ni Bapa terpaksa bawa 4 anaknya menjahit kasut di jalanan untuk sara hidupSayu hati melihat pengorbanan seorang tukang kasut yang terpaksa membawa empat orang anaknya duduk di tepi premis sebuah bank untuk ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru