Selesai Kos Sara Hidup Bukan Tak Perlu Tampal Roadtax Muhyiddin


satuberita.myBy Admin
-February 11, 2023
MUHYIDDIN Yassin ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, di Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
KERAJAAN Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sepatutnya menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dan peningkatan harga barangan yang membebankan sekarang ini, bukannya membuat keputusan orang ramai tidak perlu menampal cukai jalan kenderaan di cermin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan rakyat sekarang ini tertekan dengan pelbagai isu kos sara hidup serta inflasi yang melambung tinggi, selepas menghadapi pandemik Covid-19.

“Menyelesaikan masalah-masalah kehidupan rakyat yang saat ini masih lagi terkesan dalam satu jangka waktu yang agak panjang, malahan rakyat pada hari ini masih lagi terbeban dengan pelbagai isu-isu… kos sara hidup yang meningkat dan melambung tinggi, inflasi, harga barang yang tak turun-turun.

“Minyak yang kata dah diumum untuk turun harga, sampai hari ini tak turun-turun. Ini fakta yang kita hadapi pada hari ini. Ada perkara-perkara yang sewajarnya kerajaan boleh terus cepat dan ianya tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

“(Tapi) untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang sudah dibentuk ini berupaya dan mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat… kita tak payah tampal roadtax pada cermin kenderaan. Orang fikir dah tak payah bayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, rakyat mengharapkan apabila sesebuah kerajaan terbentuk maka fokus paling utama ialah menyelesaikan masalah kehidupan mereka.

Katanya, ada perkara-perkara yang sewajarnya kerajaan boleh terus lakukan dengan cepat untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak akan melibatkan tambahan perbelanjaan kerejaan.

Beliau memberi contoh pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana dilakukan kerajaan PN sebelum ini, yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan kerana wang itu adalah simpanan pekerja.

“Saya percaya pada waktu itu pengeluran KWSP telah mengurangkan bebanan rakyat. Dan tidak menyebabkan kos kepada kerajaan.

“(Ada yang kata) dah tua mana duit nak dapat? Betul… Tetapi itu soalan kedua. Kalau hari ni kerajaan tak buat begini dan rakyat masih menderita,” katanya, memetik laporan Agenda Daily.

Menurutnya, pemberian moratorium juga perlu dilakukan bagi membantu orang ramai, khusus perusahaan mikro kecil dan sederhana (SME) yang kini berdepan masalah sedangkan kumpulan industri itu adalah penyumbang besar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Di waktu kita dulu kita putuskan minta supaya dengan kerjasama semua bank… kita menerusi keputusan telah dibuat oleh kerajaan dan Bank Negara maka semua bank luluskan untuk beri moratorium. Dalam erti kata kalau dia kena bayar, ditangguhkan bayaran, bukan tak bayar. Bank tak rugi.

“Tangguhkan kepada enam bulan. Semua penyata kewangan bank untung berbilion-bilion ringgit. Tak rugi,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/selesai-kos-sara-hidup-bukan-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Works Ministry Terencat Akal Banning Commercial Vehicles Anywhere Anytime Will Increase The Kos Sara Hidup

Works Ministry Terencat Akal Banning Commercial Vehicles Anywhere Anytime Will Increase The Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 145 hits
Here is more mind blowing news from the Madani gomen Their Ministry of Works those fellows in the organisation chart above are planning to close roads in Cameron Highlands for certain hours during the weekends for commercial vehicles First ...
Duit Kwsp Untuk Horey Horey Atau Nak Sara Hidup Ppim Samudera My 12 02 2023

Duit Kwsp Untuk Horey Horey Atau Nak Sara Hidup Ppim Samudera My 12 02 2023

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 12 Februari 2023 Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan atau Toqqi mencadangkan agar pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikaji semula agar ia dapat dilihat pada sisi yang lebih berke...
Tak Perlu Tampal Roadtax Kereta Lagi

Tak Perlu Tampal Roadtax Kereta Lagi

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 215 hits
Isuu baharuu dan ini mungkin memudahkan sedikit Tidak perlu tampal roadtax lagi Roadtax apa Roadtax pada cermin kereta lah Anda hanya tunjuk bila diminta Tak perlu tampal roadtax lagi Pencerahan kepada soalan soalan yang sering ditanya 1 Ad...
Muhyiddin Dah Marah Ke Ni

Muhyiddin Dah Marah Ke Ni

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Muhyiddin Yassin memberi amaran rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri di enam negeri atas perlakuan mencipta pelbagai tuduhan ke atas gabungan itu Pengerusi...
You Think You Can Last Forever Muhyiddin Warns Anwar

You Think You Can Last Forever Muhyiddin Warns Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 267 hits
PARLIAMENT Former premier Muhyiddin Yassin has warned Prime Minister Anwar Ibrahim of a public backlash in what he described as the government s witch hunt against the previous administration Muhyiddin claimed that Anwar was attempting to d...
Muhyiddin No Action On Living Cost Just Hiring Kids Policy So Far

Muhyiddin No Action On Living Cost Just Hiring Kids Policy So Far

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 190 hits
PARLIAMENT After three months in power the government has failed to introduce concrete plans to tackle the rising cost of living according to former premier Muhyiddin Yassin The Bersatu president also took a sarcastic swipe at Anwar Ibrahim...
Bersatu Ambil Dana Kontraktor Muhyiddin Akan Dipanggil Sprm

Bersatu Ambil Dana Kontraktor Muhyiddin Akan Dipanggil Sprm

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 135 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai sebahagian siasatan ke atas dana parti itu lapor New Straits Times Sumber dipetik akhbar itu berkata bekas perdana menteri itu akan memberi ...
It S A Slander And A Lie Muhyiddin

It S A Slander And A Lie Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 147 hits
Throwing baseless accusations such as that I had embezzled RM600 billion Who said this The prime minister Then the amount became RM530 billion then down to RM90 billion then RM4 5 billion These changing figures came out of the prime ministe...
No Smoke Without Fire Says Anwar On Claims Against Muhyiddin S Son In Law

No Smoke Without Fire Says Anwar On Claims Against Muhyiddin S Son In Law

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 261 hits
Anwar Ibrahim accuses Muhyiddin Yassin Adlan Berhan and Khairy Jamaluddin of corruption Allegations that Muhyiddin Yassin had awarded a lucrative contract to his son in law would not have come under the spotlight if it weren t true says Pri...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone