Belanjawan 2023 Kkd Akan Realisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital




 
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berusaha untuk merealisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital dengan peruntukan yang diumumkan sebanyak RM2.737 bilion oleh Menteri kewangan dalam Belanjawan Madani semalam.





Menurut Menteri KKD, Ahmad Fahmi Fadzil, peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan kemudahan internet rakyat serta mendukung usaha membangunkan industri kreatif.





Katanya, Projek JENDELA iaitu pelaburan kerajaan ke atas insfrastruktur teknologi maklumat (IT) akan dipercepatkan bagi kesalinghubungan digital di 47 kawasan pengindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah dengan peruntukan RM725 juta untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan internet yang stabil.





Selain itu, katanya, kementerian juga akan melatih usahawan dan pekebun di luar bandar menggunakan IT bagi memudahkan pemasaran produk dihasilkan mereka.





"Usaha ini penting bagi memastikan rakyat mendapat liputan 5G yang menyeluruh dan pada harga yang berpatutan.





"Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diperkasakan bagi membantu peniaga kecil dengan pengetahuan IT dan e-Dagang. Sekurang-kurangnya satu PEDi akan diwujudkan di setiap DUN bagi meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti ekonomi digital seiring dengan inisiatif KKD.





"KKD melalui Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) akan melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital menerusi program Digital AgTech ke 100 Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negara dengan peruntukan RM10 juta," katanya dalam satu kenyataan.





Tambah Fahmi, KKD juga mengalu-alukan usaha kerajaan mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi mengekang jenayah penipuan dalam talian. Inisiatif kerajaan tersebut, katanya akan mempercepatkan usaha-usaha advokasi yang dilaksanakan KKD melalui CyberSecurity Malaysia bagi memerangi jenayah penipuan dalam talian.





Manakala Peruntukan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta diharap membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti filem, animasi dan muzik yang bermutu tinggi dan disasarkan bukan sahaja berjaya di pasaran tempatan malah menembusi pasaran antarabangsa.





"Bagi menyokong industri kreatif ini, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan diberi potongan cukai manakala duti import serta cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran juga akan dikecualikan," katanya lagi.





Fahmi berharap Belanjawan 2023 akan menjadi pemacu mendepani cabaran ekonomi semasa dan menjamin kesejahteraan rakyat untuk tahun tahun akan datang.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/belanjawan-2023-kkd-akan-realisasikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2023 Presiden Pas Dimana

Belanjawan 2023 Presiden Pas Dimana

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 222 hits
Pertahankan kepimpinan ulamak Treng treng trenggg tenggg tengggg
Belanjawan 2023 Baharu Tak Mampu Selesai Tekanan Kos Sara Hidup Penjawat Awam Kata Cuepacs

Belanjawan 2023 Baharu Tak Mampu Selesai Tekanan Kos Sara Hidup Penjawat Awam Kata Cuepacs

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 205 hits
Kesatuan pekerja perkhidmatan awam kecewa tiada komitmen untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam 24 Feb 2023 KUALA LUMPUR Belanjawan 2023 baharu dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihad...
Intipati Dan Ucapan Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia

Intipati Dan Ucapan Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 375 hits
Intipati Dan Ucapan Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia Berita terkini mengenai belanjawan tahun 2023 yang sedang dibentangkan di parlimen oleh kerajaan perpaduan kerajaan Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membentangkan sebuah belanjaw...
Belanjawan 2023 Kerajaan Menanggung Bayaran Ujian Memandu

Belanjawan 2023 Kerajaan Menanggung Bayaran Ujian Memandu

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 191 hits
Belanjawan 2023 Kerajaan Menanggung Bayaran Ujian Memandu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 merupakan belanjawan kerajaan Malaysia yang diumumkan pada 24 Februari 2023 Belanjawan ini mempunyai pelbagai i...
Belanjawan 2023 Hishammuddin Soal Subsidi Mana Yang Dikurangkan

Belanjawan 2023 Hishammuddin Soal Subsidi Mana Yang Dikurangkan

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 224 hits
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Kementerian Kewangan menurunkan peruntukan subsidi tahun ini Beliau berkata angka itu susut berbanding RM70 bilion seperti yang diunjurkan bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk S...
Rasmi Potongan Pinjaman Ptptn Diberikan Potongan Di Belanjawan 2023 Amazing

Rasmi Potongan Pinjaman Ptptn Diberikan Potongan Di Belanjawan 2023 Amazing

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 200 hits
Rasmi Potongan Pinjaman PTPTN Diberikan Potongan Di Belanjawan 2023 Ini adalah belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan dan ke 8 bagi Anwar yang pernah menjawat Menteri Kewangan pada tahun 1991 sehingga 1998 Jom ikuti per...
E Tunai Belia Rahmah Belanjawan 2023

E Tunai Belia Rahmah Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 219 hits
Pada 24 Februari 2023 Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan belanjawan atau bajet negara pada tahun ini dan di antara yang telah diumumkan adalah Bantuan e Tunai Belia Rahmah Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan b...
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Belanjawan 2023

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 212 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dalam pembentangan belanjawan 2023 yang berlangsung pada hari ini 24 Februari 2023 Bantuan ini diagihkan bagi menghargai jasa...
Indeks Literasi Digital Indonesia 2023 Kalimantan Barat Masuk Urutan 2 Provinsi Terbaik

Indeks Literasi Digital Indonesia 2023 Kalimantan Barat Masuk Urutan 2 Provinsi Terbaik

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 272 hits
Indeks Literasi Digital Indonesia Pengukuran Indeks Literasi Digital 2021 dilakukan melalui survei tatap muka yang dilaksanakan pada bulan Oktober Penentuan sampel survei menggunakan multistage random sampling dengan teknik home visit di ar...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Tidak Dedah Aib Pasangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Menjelang Syawal 2025

Larangan Semasa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024 2025

Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh Barulah Tenang Nak Keluar Rumah

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya