Belanjawan Boleh Ditolak Pada Bacaan Kali Ketiga


harakahdaily
November 29, 2020


BACAAN kali kedua adalah peringkat terpenting kepada kelulusan mana-mana rang undang-undang termasuk Belanjawan. Bila lulus bacaan kedua maksudnya ia telah lulus secara dasar. Maka soal dasar tidak lagi boleh dibangkitkan selepas itu.
 Menurut Andrew Harding, penulis buku Law, Government and the Constitution in Malaysia,bacaan peringkat ketiga hanyalah formaliti. Ia sekadar untuk menyempurnakan kelulusan rang undang-undang selepas melalui perbincangan terperinci di peringkat jawatankuasa.

Maksudnya, selepas Rang Undang-undang Perbekalan diluluskan secara dasar pada 26 November lalu, Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu berbincang setiap perincian dalam Rang Undang-undang Perbekalan dan jadual yang berkaitan bagi melihat jika ada sebarang pindaan dan penambahbaikan

 Perbincangan itu perlu menghasilkan persetujuan bersama. Jika persetujuan tidak dicapai, Dewan Rakyat boleh menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membincangkan secara spesifik aspek yang menjadi pertikaian. Selepas persetujuan dicapai, maka Rang Undang-undang Perbekalan dibaca untuk kali ketiga untuk diluluskan secara formaliti.

Oleh yang demikian, menurut semangat Perlembagaan, selepas Belanjawan telah lulus secara dasar, ia perlu diterima dalam bacaan ketiga sebagai formaliti selepas perbezaan pendapat dalam soal spesifik dicapai di peringkat jawatankuasa.

Jika ada pihak menolak dalam bacaan ketiga, selepas semua proses muafakat terlaksana, ia adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi Belanjawan 2021 dirangka untuk mengatasi cabaran COVID-19 yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara. Ia juga satu lambang penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Jika alasan menolak kerana ingin menjatuhkan Perdana Menteri dan mencadangkan Perdana Menteri baharu, ia perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan telus. Sila buktikan bahawa calon Perdana Menteri baharu memiliki sokongan yang cukup sebelum bertindak

Usaha menjatuhkan seorang Perdana Menteri di saat tiada calon lain yang memiliki sokongan yang lebih besar adalah satu langkah tidak bertanggungjawab kerana ia menjerumuskan negara kepada konflik politik yang tidak berkesudahan.

Jika alasan menolak kerana mahukan Pilihan Raya Umum disegerakan, ia adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat yang sedang menderita kerana tekanan ekonomi yang berlaku akibat wabak yang melanda. Rakyat tidak bersedia untuk mengambil risiko lonjakan penyebaran wabak akibat pilihan raya seperti yang pernah berlaku di Sabah.

Kita berdoa agar Allah memberikan petunjuk terbaik buat anggota Dewan Rakyat agar mengutamakan maslahahnegara dan rakyat dan mengenepikan kepentingan politik dan peribadi dalam membuat keputusan yang besar ini.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembangaan)
Universiti Teknologi Malaysia
– HARAKAHDAILY   29/11/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/belanjawan-boleh-ditolak-pada-bacaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Rai Terlalu Awal Belanjawan Boleh Ditolak Peringkat Jawatankuasa Kata Anwar

Jangan Rai Terlalu Awal Belanjawan Boleh Ditolak Peringkat Jawatankuasa Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 269 hits
November 26 2020 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen pemerintah supaya jangan meraikan kemenangan terlalu awal kerana Belanjawan 2021 masih boleh ditolak di peringkat jawatankuasa walaupun lulus di perin...
5 Pilihan Jika Belanjawan Ditolak

5 Pilihan Jika Belanjawan Ditolak

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 397 hits
KEPUTUSAN dinantikan ramai sama ada Belanjawan 2021 bernilai RM322 5 bilion akan berjaya diluluskan atau ditolak bakal ditentukan di Dewan Rakyat hari ini Jika diamati sejak usul belanjawan tersebut dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datu...
Hanya 20 Peruntukan Boleh Di Belanjakan Sekiranya Belanjawan 2021 Tidak Di Luluskan

Hanya 20 Peruntukan Boleh Di Belanjakan Sekiranya Belanjawan 2021 Tidak Di Luluskan

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Hanya 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan iaitu perbelanjaan penuh yang pada dasarnya adalah pencen dan pembayaran hutang yang boleh dibelanjakan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan kata Maybank Investment Bank Bh...
Najib Anwar Pemenang Besar Jika Belanjawan Ditolak Ramal Penganalisis

Najib Anwar Pemenang Besar Jika Belanjawan Ditolak Ramal Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 322 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Seorang penganalisis sosiopolitik meramalkan bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden PKR Anwar Ibrahim akan menjadi pemenang terbesar jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat Awang Azman Pawi ...
Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov

Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 319 hits
Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov Assalamualaikum Alhamdulilah rezeki kali ketiga dapat reedem point jawab survey Yougov ni Cik Ash buat santai santai jawab survey ni kalau ada masa terluang buka dekat handphone jawab survey yang selal...
Tercapai Juga Hasrat Muhyiddin Mahu Darurat Tapi Mampukah Ia Membuat Belanjawan Tidak Ditolak

Tercapai Juga Hasrat Muhyiddin Mahu Darurat Tapi Mampukah Ia Membuat Belanjawan Tidak Ditolak

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 207 hits
Hasrat terpendam hati Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat terlaksana juga akhirnya setelah cadangan kerajaan berkaitan perkara tersebut telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong semalam Begitu pun tidak seperti cadangan asal ...
Pahang Bentangkan Belanjawan 2021 Dengan Lebihan Rm5 332 Juta Iaitu Lebihan Kali Ke 18

Pahang Bentangkan Belanjawan 2021 Dengan Lebihan Rm5 332 Juta Iaitu Lebihan Kali Ke 18

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 221 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang hari ini membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama dengan lebihan RM5 332 juta iaitu belanjawan lebihan ke 18 negeri sejak 1992 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail be...
Adakah Belanjawan 2021 Akan Ditolak Hari Ini Muhyiddin Dijatuhkan

Adakah Belanjawan 2021 Akan Ditolak Hari Ini Muhyiddin Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 177 hits
MALAYSIA DATELINEHari ini adalah hari penentuan untuk dua persoalan Sama ada Belanjawan 2021 dapat diluluskan di Parlimen dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dijatuhkan sebagai Perdana Menteri dengan menjadi PM yang terpendek perkhidmatannya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities