5 Pilihan Jika Belanjawan Ditolak



KEPUTUSAN dinantikan ramai sama ada Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion akan berjaya diluluskan atau ditolak bakal ditentukan di Dewan Rakyat hari ini.
Jika diamati, sejak usul belanjawan tersebut dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu, ia tidak putus-putus menjadi buah mulut ramai pihak antaranya ahli politik, ahli ekonomi dan tidak ketinggalan rakyat biasa yang teruja mengutarakan sudut pandangan tersendiri.
Namun satu perkara yang pasti, tumpuan ketika ini terarah kepada kemampuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pemain utama agenda Belanjawan 2021 untuk merealisasikan belanjawan yang mampu membela nasib rakyat ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19 yang terus mengganas.
Jujurnya, kerajaan PN dilihat berdepan laluan getir dalam usaha meluluskan Belanjawan 2021. Ini terbukti dengan asakan bertali arus pihak pembangkang Pakatan Harapan yang menuntut pindaan tertentu dalam beberapa inti pati belanjawan atas dasar melindungi kepentingan rakyat.
Pada masa sama, tekanan turut datang daripada parti gabungan PN iaitu Barisan Nasional (BN) yang meletakkan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 seperti yang ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Ia kemudian disusuli surat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, selain veteran UMNO itu juga dlaporkan enggan hadir ke sesi perbahasan belanjawan hari ini.
Melihatkan semua kemelut yang berlaku, timbul persoalan bagaimana sekiranya Belanjawan 2021 ditolak oleh Dewan Rakyat, apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan PN?
Iltizam Tengku Zafrul lindungi rakyat demi negara

Gaji penjawat awam Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, terdapat lima pilihan yang boleh dibuat oleh kerajaan dari sudut Perlembagaan.
Menurut Khairil Azmin, selari dengan Perkara 99 dan 100 Perlembagaan Persekutuan, pertama, kerajaan boleh membuat belanjawan yang baharu untuk dibentangkan sekali lagi di Parlimen.
“Pilihan ini akan memakan masa untuk disiapkan, dibentangkan dan diluluskan. Dikhuatiri belanjawan baharu ini hanya akan dapat diluluskan selepas tahun 2020, bermakna gaji penjawat awam, kos operasi tadbir urus dan perbelanjaan pembangunan untuk tahun 2021 tidak dapat dibuat,” ujar beliau kepada Sinar Harian semalam.
Tengku Zafrul sewaktu membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 6 November lalu.
Katanya lagi, belanjawan baharu ini boleh dibuat sama ada oleh kerajaan sedia ada, jika Perdana Menteri masih kekal atau kerajaan baharu jika ada perubahan pucuk pimpinan.
Kedua, kerajaan boleh meminta kebenaran Parlimen untuk membenarkan perbelanjaan bagi sebahagian dari tahun 2021 dengan meluluskan undang-undang perbelanjaan tersebut di bawah Perkara 102.
“Ini untuk memastikan perkara asas termasuk gaji penjawat awam dan kos operasi tadbir urus kerajaan bagi sebahagian dari tahun 2021 dapat dibuat bagi mengelakkan government lockdown kerana masalah kewangan dan pembayaran. Ini adalah solusi yang boleh diambil.
“Tetapi ia hanya penyelesaian bersifat sementara, sebagaimana yang dituntut Perkara 99 dan 100, kita masih memerlukan belanjawan tahunan lengkap untuk tahun tersebut yang mendapat kelulusan Parlimen.
“Namun ada pihak yang berpendapat bahawa Perkara 102 hanya terpakai atas situasi apabila kerajaan tidak cukup dana pertengahan tahun selepas bajet diluluskan. Oleh itu menurut pendapat ini, Perkara 102 tidak wajar digunakan sekarang,” katanya lagi.
Seterusnya, langkah ketiga, Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan bersama dengan Jemaah Menteri bagi memberi laluan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri dan kerajaan baharu.
“Ini selari dengan Perkara 43 (4) yang menyatakan bahawa jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri,” ujar beliau.
Keempat, Perdana Menteri boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi memilih anggota Dewan Rakyat lain untuk membentuk kerajaan baharu.
“Ini selari dengan Perkara 43 (4) yang menyatakan bahawa jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen dibubarkan.
“Selepas PRU, Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih boleh membuat belanjawan yang baharu, namun ia juga akan memakan masa,” katanya lagi.
Belanjawan 2021: Penentuan nasib rakyat dan Muhyiddin

Undi tidak percaya Kelima, Perdana Menteri boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat yang mana RUU Perbekalan 2021 boleh digubal menjadi undang-undang tanpa kelulusan Parlimen di bawah kuasa darurat.
Dalam pada itu, Khairil Azmin berkata, andainya belanjawan baharu dapat diluluskan sebelum 2021 walaupun dengan beberapa pindaan yang dibuat sewaktu dibentangkan, maka pentadbiran kerajaan boleh beroperasi seperti biasa.
Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman mengakui majoriti tipis yang dimiliki kerajaan PN di Parlimen akan mempengaruhi keputusan sama ada Belanjawan 2021 dapat diluluskan atau tidak.
“Jika ada Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin, tiba-tiba jatuh sakit atau sengaja sakit dan tidak dapat hadir ke sesi undian maka ia akan menyebabkan kekurangan undi untuk membolehkan belanjawan diluluskan,” ujar Abdul Aziz kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, kegagalan meluluskan Belanjawan 2021 bermakna pergerakan perbelanjaan kerajaan dibekukan sekali gus mencacatkan pengurusan dan pembangunan negara.
Selain itu, kegagalan turut mencerminkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan kalau ini terjadi, maka terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil langkah penyelesaian terbaik.
“Mungkin juga akan ada Perdana Menteri interim atau kerajaan campuran yang dianggotai setiap parti misalnya bagi memastikan kelancaran pentadbiran negara dapat diteruskan,” katanya.
Namun menurut beliau, dalam pada negara berjuang menentang ancaman Covid-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat, perkara paling utama yang diperlukan adalah ketenteraman politik.
“Kita perlu mengutamakan kepentingan rakyat yang merupakan nadi kepada kerajaan dan juga negara, jika nadi lemah maka lumpuhlah kerajaan,” katanya.
The post 5 pilihan jika belanjawan ditolak appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/26/5-pilihan-jika-belanjawan-ditolak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Peruntukan Nyatakan Pm Perlu Letak Jawatan Jika Belanjawan Ditolak Tapi

Tiada Peruntukan Nyatakan Pm Perlu Letak Jawatan Jika Belanjawan Ditolak Tapi

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 251 hits
November 26 2020 Tiada peruntukan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang Perdana Menteri perlu meletakkan jawatannya jika sesuatu belanjawan itu ditolak ketika hari pengundian Bagaimanapun terdapat beberapa...
Tercapai Juga Hasrat Muhyiddin Mahu Darurat Tapi Mampukah Ia Membuat Belanjawan Tidak Ditolak

Tercapai Juga Hasrat Muhyiddin Mahu Darurat Tapi Mampukah Ia Membuat Belanjawan Tidak Ditolak

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 207 hits
Hasrat terpendam hati Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat terlaksana juga akhirnya setelah cadangan kerajaan berkaitan perkara tersebut telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong semalam Begitu pun tidak seperti cadangan asal ...
Dari Perspektif Undang Undang Kemungkinan Belanjawan 2021 Ditolak Di Dewan Rakyat

Dari Perspektif Undang Undang Kemungkinan Belanjawan 2021 Ditolak Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 265 hits
AHMAD SHAHRIL SHAHRILS 1 Apa akan jadi jika Belanjawan sulung Kerajaan Perikatan Nasional ditolak di Parlimen pada hari Khamis 26 November 2020 J Dari segi konvensyen itu bermakna ahli ahli Dewan Rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap Pe...
Beberapa Kemungkinan Jika Belanjawan 2021 Ditolak

Beberapa Kemungkinan Jika Belanjawan 2021 Ditolak

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 311 hits
Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar Pengundian di peringkat dasar dija...
Najib Anwar Pemenang Besar Jika Belanjawan Ditolak Ramal Penganalisis

Najib Anwar Pemenang Besar Jika Belanjawan Ditolak Ramal Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 322 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Seorang penganalisis sosiopolitik meramalkan bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden PKR Anwar Ibrahim akan menjadi pemenang terbesar jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat Awang Azman Pawi ...
Adakah Belanjawan 2021 Akan Ditolak Hari Ini Muhyiddin Dijatuhkan

Adakah Belanjawan 2021 Akan Ditolak Hari Ini Muhyiddin Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 177 hits
MALAYSIA DATELINEHari ini adalah hari penentuan untuk dua persoalan Sama ada Belanjawan 2021 dapat diluluskan di Parlimen dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dijatuhkan sebagai Perdana Menteri dengan menjadi PM yang terpendek perkhidmatannya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching