Pahang Bentangkan Belanjawan 2021 Dengan Lebihan Rm5 332 Juta Iaitu Lebihan Kali Ke 18


 


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang hari ini membentangkan Belanjawan 2021  bertemakan 'Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama' dengan lebihan RM5.332 juta, iaitu belanjawan lebihan ke-18 negeri sejak 1992.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata belanjawan itu menyediakan peruntukan RM795.466 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM201.915 juta bagi perbelanjaan pembangunan, manakala kutipan hasil negeri dianggarkan sebanyak RM800.798 juta.
Kutipan hasil 2021 dijangka meningkat sebanyak 7.6 peratus daripada tahun ini, diperoleh daripada hasil tanah sebanyak RM452.285 juta, RM165.495 juta (perhutanan), RM15.250 juta (air), RM94.2 juta (Geran Kerajaan Persekutuan) dan RM73.568 juta (lain-lain hasil).
"Tumpuan utama Belanjawan 2021 ialah menyeimbangkan keadaan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat, bagi memastikan mereka dapat mengekalkan pendapatan dan meneruskan kehidupan dalam situasi pandemik wabak COVID-19," katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.
Wan Rosdy turut mengumumkan Bantuan Prihatin Pahang 2021 (BPP) yang memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM250 seorang kepada 2,054 warga emas berusia 80 tahun ke atas, 33,973 Orang Kelainan Upaya (OKU), 888 bilal dan 889 siak, 1,594 peserta e-Kasih miskin tegar dan 301 Tok Batin.
Bantuan sama juga diberikan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (543 orang), Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (62 orang) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (70 orang).

"Kerajaan negeri juga memperuntukkan sumbangan one-off sebanyak RM750 seorang kepada 1,032 imam sebagai menghargai sumbangan mereka selain kadar bantuan am kerajaan negeri dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM300 ketika ini, yang melibatkan 3,014 penerima.
"Seramai 24,000 kanak-kanak yang bakal memasuki tahun satu tahun depan juga akan menerima sumbangan one-off RM100, selain elaun bulanan 350 orang guru al-Quran dan Fardu Ain Asrama berjumlah RM800 dinaikkan kepada RM1,000," katanya.
Menerusi BPP, maahad tahfiz berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) akan menerima peruntukan RM1 juta yang akan diagihkan kepada 89 pusat pengajian, pemberian RM200 kepada pasangan yang berkahwin kali pertama dan peruntukan RM10,000 kepada setiap 52 pusat pemulihan dalam komuniti untuk latihan dan pemulihan OKU.
Pada pembentangan itu, Wan Rosdy juga mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM1,000 kepada semua 8,000 penjawat awam Pahang tanpa pengecualian gred yang dibayar sebelum 16 Jan 2021 sebagai penghargaan kepada usaha mereka membantu pentadbiran kerajaan negeri.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju memotong gaji 10 peratus untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana Negeri selama tiga bulan mulai bulan ini dan berharap langkah sama diambil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang termasuk pembangkang.
Pada tahun hadapan, Pahang Corporation Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun ini bagi urusan berkaitan pelaburan dijangka menyumbang sebanyak RM4.4 juta manakala Pahang Water and Energy Resources Sdn Bhd dijangka menyumbang RM2 juta selain RM50 juta dijangka diperoleh daripada Pahang Mining Corporation Sdn Bhd (PMC).
Selain itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus merangkumi Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong dan Bera bagi tujuan pembangunan daerah terlibat yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan wilayah timur, khususnya Kuantan.
"Kerajaan negeri berbangga kerana berupaya mengekalkan khazanah hutan seluas 2.05 juta hektar  setakat Jun lepas, iaitu 57 peratus daripada 3.59 juta keluasan tanah negeri. Kerajaan negeri juga akan mewartakan beberapa kawasan sebagai taman negeri termasuk di Lubuk Yu, Maran," katanya.
Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.1 juta untuk pengurusan dan pembangunan Orang Asli selain merancang menubuhkan Perbadanan Orang Asli Negeri Pahang yang bertanggungjawab menyediakan pelan induk pengurusan dan pembangunan ekonomi yang lebih terancang untuk masyarakat itu.  #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/kerajaan-negeri-pahang-bentang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 397 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Pengangguran Cecah 1 Juta Ph Mahu Syor Dipakai Dalam Belanjawan 2021

Pengangguran Cecah 1 Juta Ph Mahu Syor Dipakai Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 177 hits
Wakil Pakatan Harapan yang bertemu Menteri Kewangan pada petang 1 November 2020 mahu kerajaan Perikatan Nasional mempertimbangkan 6 syor untuk mempertahankan ekonomi Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemelesetan yang dahsyat Menurut be...
Belanjawan Negeri Pahang 2021 Diskusi Anak Muda

Belanjawan Negeri Pahang 2021 Diskusi Anak Muda

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 304 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 548 hits
SOURCE appeared first on Melalui pembentangan Budget Belanjawan 2021 kerajaan Malaysia berbesar hati mengumumkan peruntukan untuk fungsi jabatan hal ehwal khas jasa diwujudkan semula selepas dibubarkan sebelum ini dengan bajet baru sebesar ...
Belanjawan 2021 Cadang Keluar Kwsp Diikut Moratorium Bank

Belanjawan 2021 Cadang Keluar Kwsp Diikut Moratorium Bank

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 273 hits
ALHAMDULILLAH Bersyukur kepada s w t kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita sama sama bernafas pada hari ini Semoga semua sahabat sahabat Cikgu Izzat Johari ceria bersama keluarga tercinta APA KOMEN CIJ TENTANG BELANJAWAN MA
Kerajaan Perlu Perjelaskan Kenapa Jasa Dapat Peruntukan Besar Belanjawan Rm85 5 Juta

Kerajaan Perlu Perjelaskan Kenapa Jasa Dapat Peruntukan Besar Belanjawan Rm85 5 Juta

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85 5 juta Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkat...
Ramai Kecewa Dengan Belanjawan 2021 Nufam

Ramai Kecewa Dengan Belanjawan 2021 Nufam

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 199 hits
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia menjangka ramai pekerja dalam industri penerbangan akan kecundang hasil daripada Belanjawan 2021 yang diumumkan semalam Bajet tersebut sepatutnya memperkukuhkan industri penerbangan ...
Belanjawan 2021 Survival Pemain Industri Pelancongan Perlu Dibela Sharkar

Belanjawan 2021 Survival Pemain Industri Pelancongan Perlu Dibela Sharkar

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 281 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyambut baik pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2021 berhubung pembangunan infrastruktur yang sekali gus boleh menyumbang kepada perkembangan sektor pelancongan negara K...
Umno Kalah Pru Jika Sokong Belanjawan 2021

Umno Kalah Pru Jika Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 203 hits
Shahbudin HusinCadangan asal berkenaan pengeluaran wang sehingga RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP yang dikemukakan UMNO adalah melibatkan 4 7 juta pencarum tetapi melalui pembentangan oleh Tengku Zafrul tadi selain jumlah yang dibenarkan han...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara