Jangan Rai Terlalu Awal Belanjawan Boleh Ditolak Peringkat Jawatankuasa Kata Anwar


 
FMT Reporters -November 26, 2020 
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen pemerintah supaya jangan meraikan ‘kemenangan’ terlalu awal, kerana Belanjawan 2021 masih boleh ditolak di peringkat jawatankuasa, walaupun lulus di peringkat dasar.
Anwar berkata keputusan majoriti pembangkang untuk tidak menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi hari ini kerana tidak mahu mengganggu Belanjawan 2021 di peringkat awal, memandangkan masih terdapat proses yang perlu dilalui.
Anwar mengingatkan Belanjawan 2021 masih boleh ditolak pada bacaan dan perbahasan seterusnya sekiranya ia masih tidak memenuhi aspirasi rakyat.
“Masih terlalu awal untuk mereka merayakan berlebihan, walhal yang kita fikirkan ini bukan soal kemenangan politik tetapi kemenangan rakyat dan kebajikan rakyat,” katanya.
“Kita ambil keputusan untuk tidak (undi) berbelah bahagi, (kerana) tidak mahu ganggu di peringkat awal.
“Hal ini kerana ada gambaran tidak tepat dalam kalangan rakyat, kalau kita tolak sepenuhnya, ia akan menyebabkan terjejasnya gaji penjawat awam, elaun buat petugas barisan hadapan dan kemudahan lain serta bantuan rakyat,” katanya di Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2021 di peringkat dasar melalui undian suara selepas sebahagian besar Ahli Parlimen, termasuk pembangkang tidak menyokong cadangan undian secara belah bahagi.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengumumkan perkembangan itu selepas mendapati majoriti suara Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021.
Sebaliknya, Anwar menegaskan pada minggu hadapan, semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa dan bacaan RUU Perbekalan peringkat ketiga, blok pembangkang akan menolak Belanjawan 2021 sekiranya ia tidak memenuhi aspirasi rakyat.
“Minggu depan kita akan bertarung dengan lebih sengit kerana kita akan dengar perincian. Ini hanya pusingan pertama, perbahasan lebih teliti akan dilakukan di peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan. Kita akan ambil keputusan untuk undi belah bahagi.
“Ia sekiranya beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita dalam soal pengurusan kerajaan, penyelewengan, peruntukan untuk Jasa.
“Ini kita akan teruskan pada Isnin. Kita menolak belanjawan ini dari segi prinsipnya,” katanya.
Tambahnya, beberapa isu membabitkan elaun untuk petugas barisan hadapan, bantuan bagi rakyat miskin seperti kelompok petani dan nelayan tidak dihiraukan kerajaan dan perkara inilah yang akan dibawa semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa.
Perbahasan Belanjawan 2021 akan diteruskan ke peringkat jawatankuasa. Pusingan undian seterusnya akan menyaksikan sama ada belanjawan tersebut diluluskan dengan sebarang pindaan atau sebaliknya.
Difahamkan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memenuhi dua tuntutan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, iaitu melanjutkan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank dan membolehkan pencarum mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/jangan-rai-terlalu-awal-belanjawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dan Mat Sabu Tidur Ke Semasa Undian Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri Hari Ini

Anwar Dan Mat Sabu Tidur Ke Semasa Undian Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 503 hits
Jangkaan saya tepat tak ada MP pembangkang yang bangun untuk membolehkan undi belah bahagi bagi Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri hari ini Belanjawan 2021 untuk Kementerian Luar Negeri diluluskan di Peringkat Ja...
Jangan Ada Pendakwaan Siasatan Terpilih Seperti Ph Kalau Pn Tidak Mahu Ditolak Rakyat Kata Nazri

Jangan Ada Pendakwaan Siasatan Terpilih Seperti Ph Kalau Pn Tidak Mahu Ditolak Rakyat Kata Nazri

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 262 hits
Nazri berkata jika pihak berkuasa diberi kebebsan penuh dalam melakukan siasatan tidak mustahil kerajaan PN akan dihukum pada PRU15
Belanjawan2021 Pn Jangan Seronok Dulu Kata Anwar

Belanjawan2021 Pn Jangan Seronok Dulu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 281 hits
Terlalu awal untuk PN rayakan kemenangan kata Anwar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Perikatan Nasional masih terlalu awal untuk meraikan kelulusan Rang Undang Undang Perbekalan 2021 pada peringkat dasar Terlal...
Belanjawan Boleh Ditolak Pada Bacaan Kali Ketiga

Belanjawan Boleh Ditolak Pada Bacaan Kali Ketiga

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 307 hits
harakahdailyNovember 29 2020BACAAN kali kedua adalah peringkat terpenting kepada kelulusan mana mana rang undang undang termasuk Belanjawan Bila lulus bacaan kedua maksudnya ia telah lulus secara dasar Maka soal dasar tidak lagi boleh diban...
Najib Anwar Pemenang Besar Jika Belanjawan Ditolak Ramal Penganalisis

Najib Anwar Pemenang Besar Jika Belanjawan Ditolak Ramal Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 321 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Seorang penganalisis sosiopolitik meramalkan bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden PKR Anwar Ibrahim akan menjadi pemenang terbesar jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat Awang Azman Pawi ...
Anwar Minta Rakan Biarkan Belanjawan Lulus Dulu Supaya Walaun Pancut Awal

Anwar Minta Rakan Biarkan Belanjawan Lulus Dulu Supaya Walaun Pancut Awal

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 179 hits
Bob KelanangKOH KOH KOH JILAKER Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini Ini kerana kata An...
Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 226 hits
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu membuat kenyataan mengugut pembangkang untuk mendapatkan sokongan meluluskan Belanjawan 2021 yang dibentangkannya pada 6 November lalu Ketua Pembangkang Parlimen Malays...
Buktikan Majoriti Di Parlimen Baru Kupas Baik Buruk Belanjawan Kata Pemimpin Pkr Kepada Muhyiddin

Buktikan Majoriti Di Parlimen Baru Kupas Baik Buruk Belanjawan Kata Pemimpin Pkr Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 250 hits
November 29 2020 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendesak Muhyiddin Yassin membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri untuk menamatkan pertikaian mengenai tahap sokongan beliau di Dewan Rakyat PETALING JAYA Muhyiddin Yassin ha...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya