Belanjawan 2021 Utamakan Perbelanjaan Tangguh Pengukuhan Fiskal



Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita akan melambatkan lagi pemulihan ekonomi negara hingga ke suku pertama 2021. Yang lebih merisaukan, satu daripada dua keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur kini berada dalam kemiskinan mutlak, dengan 37 peratus sukar membeli makanan mencukupi dan 70 peratus sukar memenuhi perbelanjaan keperluan asas, berdasarkan laporan siri ke-2 ‘Families on the Edge’, oleh UNICEF dan UNFPA.
Sekiranya pandemik dan perintah kawalan pelbagai peringkat ini berlanjutan, Malaysia mungkin berhadapan dengan pemulihan berbentuk keluk-K. Maksudnya, sesetengah industri memaparkan pemulihan ekonomi manakala industri lain terutamanya industri pelancongan dan penerbangan terus jatuh merudum.
Pemulihan keluk-K ini juga akan terlihat nyata dalam kalangan masyarakat. Golongan berpendapatan tinggi kurang terkesan, tetapi golongan B40 dan M40 terutamanya yang bekerja sendiri, akan kehilangan mata pencarian dan ini akan menjejas kualiti kehidupan dengan teruk.
Jurang ketidaksamarataan ekonomi akan semakin ketara.
Oleh itu, Belanjawan 2021 perlulah bersifat Belanjawan Mengembang, demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk.
Inilah masanya Kerajaan menggandakan bantuan dan rangsangan menggunakan pendekatan bersasar kepada golongan yang paling terhimpit. Kita tidak boleh membiarkan rakyat hidup merana, perniagaan ditutup selamanya dan ekonomi negara terperangkap dalam ‘irreversible damage’.
Buat masa ini, naratif untuk mengurangkan defisit kerajaan sebagai langkah pengukuhan fiskal perlu ditolak jauh. Usahlah dirisaukan sangat had hutang negara yang baru -baru ini telah dinaikkan kepada 60 peratus daripada KDNK. Hutang negara adalah untuk kita uruskan kemudian.
Urusan utama dan terpenting Belanjawan 2021 ialah kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan rakyat.
Manfaatkan pasaran bon tempatan
Bagi menampung peningkatan perbelanjaan dalam Belanjawan 2021, saya menyeru pihak kerajaan terus menggunakan pinjaman tempatan dengan memanfaatkan pasaran bon tempatan, terutamanya Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).
Penggunaan pinjaman tempatan tidak akan memberi kesan buruk kepada ekonomi memandangkan Malaysia tidak akan terikat dengan peraturan luar negara, berbanding pinjaman dengan peraturan ketat daripada institusi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Tambahan pula, pinjaman tempatan kurang terdedah kepada risiko perubahan kadar faedah asing serta risiko penyusutan mata wang kerana hutang tersebut adalah dalam denominasi ringgit.
Maka, usaha konsolidasi fiskal mesti ditangguhkan seketika sehingga tahun 2022, dengan harapan ekonomi negara akan dipulihkan sepenuhnya.
Waktu itu, jika ekonomi pulih, perbelanjaan boleh dikurangkan dan langkah penjimatan diutamakan semula.
Namun, strategi menggandakan perbelanjaan dan ransangan dalam Belanjawan 2021 bukanlah ‘blank cheque’ untuk kerajaan berbelanja secara boros. Perbelanjaan kerajaan masih perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti dan ketelusan, dengan tekad untuk mencegah segala bentuk ketirisan.
Belanjawan 2021 mesti digubal dengan matlamat ekonomi yang mengutamakan sudut pandangan kemanusiaan. Peningkatan hutang sementara bagi menampung penggandaan perbelanjaan adalah perlu, demi satu matlamat yang mulia dan penting, iaitu menyelamatkan rakyat Malaysia yang paling terkesan dan memulihkan kehidupan.

MOHAMAD HASAN
Timbalan Presiden Umno

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/belanjawan-2021-utamakan-perbelanjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Lebih 6 600 cadangan diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang Belanjawan 2021 sehingga 2 November kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata ini ...
Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut Turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 373 hits
Dengar dengar kerajaan telah dicadangkan untuk memberi bantuan sara hidup setiap bulan sebanyak RM250 hingga RM300 selama enam bulan kepada rakyat yang memerlukan dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat nanti Usul yang telah dicadangkan o...
Tiada Sidang Parlimen Sebelah Petang Bagaimana Dengan Belanjawan 2021

Tiada Sidang Parlimen Sebelah Petang Bagaimana Dengan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 217 hits
Apabila usul untuk memendekkan tempoh sidang Parlimen pada minggu ini diluluskan timbul persoalan sama ada Belanjawan 2021 akan dibentangkan seperti biasa pada Jumaat ini Ini kerana pembentangan untuk belanjawan tahunan kerajaan pada kebias...
Kerajaan Terima Lebih 6 000 Cadangan Belanjawan 2021

Kerajaan Terima Lebih 6 000 Cadangan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR 2 NOV Lebih 6 600 cadangan telah diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang Belanjawan 2021 sehingga 2 November kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku ...
Belanjawan 2021 Antara Titah Perlembagaan Dan Kesejahteraan Negara

Belanjawan 2021 Antara Titah Perlembagaan Dan Kesejahteraan Negara

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 272 hits
Jumaat ini pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen seperti yang ditunggu tunggu akan tiba Sesi pembentangan belanjawan pada kali ini disifatkan unik kerana negara dibelenggu dengan kemelut menghadapi pendemik COVID 19 dan pada masa yang sa...
Pakatan Harapan Kemuka Enam Cadangan Utama Belanjawan 2021

Pakatan Harapan Kemuka Enam Cadangan Utama Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 346 hits
Rundingan pemimpin PH dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2021 berjalan baik kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Foto oleh Hari AnggaraPUTRAJAYA 1 Nov Sesi rundingan pemimpin Pakatan ...
Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR UMNO hari ini menyerahkan Memorandum Suara Hati Rakyat terhadap Belanjawan 2021 kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya Memorandum tersebut mengandungi 10 cadangan utama untuk memastikan peningk...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut