Belanjawan 2021 Tiada Apa Yang Menarik Malah Bahaya Jika Ianya Disokong


 
Rata-rata rakyat tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi.
Bagi mereka, tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanjawan kali ini.
Yang sinis berkata, kalau ada pun yang menarik hanyalah tentang kejayaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berjaya membuatkan Speaker, Azhar Azizan Harun terpaksa membuat U-Turn dengan membenarkan kesemua 222 Ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat mendengar pembentangan Belanjawan 2021.
Jika semalam beliau mengeluarkan arahan hanya 80 Ahli Parlimen saja dibenarkan berada di Dewan Rakyat, hari ini berikutan desakan Anwar yang kemudian disokong empat Ahli Parlimen UMNO, Azhar terpaksa mengubah keputusannya dengan rasa yang cukup kecewa.
Kekecewaannya jelas terpancar apabila beliau kemudian menyatakan agar di lain kali permohonan seperti itu seharusnya diberi notis awal terlebih dahulu kepadanya.
Apakah ini petanda awal Belanjawan 2021 akan berdepan masalah ketika pengundian nanti?
Dua perkara yang paling membuatkan rakyat kecewa dan tidak puas hati ialah berkaitan pengeluaran wang daripada KWSP dan perlanjutan tempoh moratorium pinjaman bank.
UMNO, khususnya melalui Najib Razak, sejak dua tiga minggu lalu, giat mendesak kerajaan agar membenarkan rakyat mengeluarkan wang caruman sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP.
Pengeluaran wang itu adalah untuk tujuan mereka menyelesaikan urusan kehidupan berikutan pandemik Covid19 yang membuatkan ramai hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.
Dengan RM10 ribu dapat dikeluarkan dan jika pasangan turut berbuat demikian, bermakna jumlah RM20 ribu yang ada dalam tangan mampu menyelesaikan banyak urusan kehidukan, antaranya tentang bil-bil yang tertunggak.
Jika kebenaran itu diberikan, ia dianggarkan mampu memberi manfaat dan keselesaan kepada kira-kira 4.7 juta pencarum.
Malangnya, desakan dan permintaan UMNO itu tidak dipedulikan oleh Tengku Zafrul.
Dalam pembentangannya, beliau mengumumkan hanya pencarum hilang pekerjaan dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah RM500 sebulan selama setahun.
Dalam erti kata lain, jumlah dibenar dikeluarkan adalah RM6000 sahaja, tetapi dengan RM500 sebulan, apa yang boleh diselesaikan?
Itu pun, oleh kerana ia terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan, manfaatnya hanya untuk 600 ribu pencarum semata-mata berbanding sasaran daripada cadangan asal ialah 4.7 juta pencarum.
Bagi moratorium pinjaman bank, kedua-pihak iaitu UMNO dan PH telah membuat desakan agar ia dilanjutkan selama tiga atau enam bulan lagi bagi tujuan meringankan beban hidup rakyat akibat Covid19.
Desakan ini juga tidak diterima, sebaliknya Tengku Zafrul sekadar mengumumkan moratorium bersasar untuk golongan B40 di mana mereka yang berkenaan perlu berurusan dengan pihak bank untuk memohonnya.
Selain itu, mereka juga diberi pilihan sama ada mengambil moratorium selama tiga bulan atau mengurangkan jumlah bayaran bagi tempoh enam bulan dengan membuat perisytiharan bahawa pendapatan mereka telah berkurangan.
Yang nyata di sini, desakan UMNO dan PH langsung tidak diberi perhatian oleh PH, walaupun ia adalah untuk manfaat majoriti rakyat.
Dalam hal ini, ada yang berkata – inilah padahnya bila wakil bank dan bukan wakil rakyat jadi Menteri Kewangan.
Baik UMNO atau PH, terutama berkaitan dua aspek di atas iaitu pengeluaran wang KWSP dan moratorium pinjaman bank, adalah bahaya bagi masa depan mereka jika menyokong kelulusan Belanjawan 2021 ketika pengundian nanti.
Menyokongnya bererti tidak peduli terhadap keperluan rakyat yang majoritinya benar-benar perlukan wang daripada KWSP dan moratorium dilanjutkan lagi.
Sebaliknya, dengan menolak belanjawan dan menunjukkan kebersamaan terhadap keperluan hidup rakyat, peluang memenangi PRU akan datang adalah lebih cerah, terutama jika PRU15 diadakan seawal tahun depan. 
(Shahbudindotcom 06/11/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/belanjawa-2021-tiada-apa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 468 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Ada Apa Untuk Belia

Belanjawan 2021 Ada Apa Untuk Belia

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 322 hits
Pada 5 November 2020Oleh Farid MauludSidang Parlimen Sesi Perbentangan Belanjawan 2021 merupakan sesi yang sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendengar inisiatif kerajaan dalam menangani kesusahan rakyat semasa musim Covid1...
Belanjawan 2021 Apa Rakyat Harapkan

Belanjawan 2021 Apa Rakyat Harapkan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 354 hits
BELANJAWAN atau Bajet 2021 kali ini lebih unik memandangkan kerajaan memerlukan sejumlah wang yang agak besar untuk memastikan penularan wabak berjangkit Covid 19 dapat dibendung Malah pada 28 Ogos lalu Yang di Pertuan Agong menitahkan semu...
Fomca Cadang Kerajaan Naik Cukai Tembakau Dalam Belanjawan 2021

Fomca Cadang Kerajaan Naik Cukai Tembakau Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 465 hits
Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia menyarankan Putrajaya terus meningkatkan kadar cukai tembakau supaya kenaikan harga rokok akan mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Penyelaras Kawalan Tembakau Inisiatif SmokeFreeM...
Belanjawan 2021 Jangan Pinggir Bukan Pencarum Kwsp

Belanjawan 2021 Jangan Pinggir Bukan Pencarum Kwsp

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 281 hits
Razman turut membantu menyarung pakaian kepada penerima terpilih pada Maljis Penyerahan Bantuan Back to School 2021 di Zamita Enterprise di sini hari ini TAIPING Golongan yang tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu diberikan tu...
Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parlimen BN berjanji untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini Ahli ahli parlimen Barisan N...
Belanjawan 2021 Dap Syor Naikkan Bantuan Lanjut Moratorium Pinjaman Enam Bulan Lagi

Belanjawan 2021 Dap Syor Naikkan Bantuan Lanjut Moratorium Pinjaman Enam Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR DAP hari ini menyenaraikan tiga syor kepada kerajaan Perikatan Nasional dalam Belanjawan 2021 yang boleh dilaksanakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam rakaman video yang disiapkan di laman Facebooknya berkata belanjawan ...
Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 370 hits
Pembentangan Belanjawan 2021 oleh kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai paling penting dalam sejarah Malaysia ketika negara bergelut memerangi penularan pandemik koronavirus Ketika jutaan rakyat berdebar me...
Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam