Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah


Pembentangan Belanjawan 2021 oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai paling penting dalam sejarah Malaysia ketika negara bergelut memerangi penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Ketika jutaan rakyat berdebar menunggu insentif yang bakal diumumkan, Belanjawan 2021 juga dilihat sebagai ujian kritikal ke atas pentadbiran kerajaan PN yang mempunyai majoriti tipis di Dewan Rakyat. Dari satu sudut, ia merupakan satu peluang untuk kerajaan PN membuktikan kebolehan dalam merangka belanjawan yang cukup komprehensif serta mampu mencapai matlamat yang diharapkan.
Pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, belanjawan kali ini tentunya paling diingati kerana dibentangkan dalam suasana normal baharu di Parlimen selain berdepan situasi berbeza susulan terdapat gesaan dan sokongan khususnya daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bagaimanapun, katanya, apakah ia akan meliputi kesemua aspek komprehensif sehingga menepati kehendak rakyat kerana inisiatif terdahulu kerajaan PN menyebabkan rakyat menjadi sangat berminat dan menaruh harapan.
Dr Barjoyai BardaiBeliau berkata, Belanjawan 2021 perlu memenuhi empat matlamat utama iaitu menyediakan sumber kewangan yang cukup bagi memerangi Covid-19; keperluan untuk kelangsungan hidup rakyat; merangsang pertumbuhan ekonomi; dan memenuhi keperluan perbelanjaan kerajaan pada tahun depan.
“Kita tahu antara insentif yang ditunggu-tunggu rakyat ialah lanjutan tempoh moratorium dan kebenaran pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maksimum RM10,000. Namun perkara berkaitan akaun satu KWSP itu bukan satu aspek yang besar walaupun kerajaan mungkin bersetuju tetapi bersyarat.
“Jika ia dimasukkan dalam belanjawan, kerajaan mungkin memperkenalkan langkah memastikan setiap penyimpan lebih bertanggungjawab dan membuat caruman setiap bulan bagi menampung kehilangan akibat pengeluaran tersebut,” katanya.
Barjoyai berkata, beliau melihat harapan rakyat yang lebih penting ialah pertama, akan dapat membantu setiap golongan yang memerlukan dan mereka itu perlu didefinisikan secara terperinci bermula dengan individu yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan keluarga, miskin serta memerlukan bantuan kerana pendapatan tidak cukup.
“Mereka mengharapkan bantuan lebih daripada apa yang diperoleh dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) kerana bantuan sebelum ini ada yang memperoleh RM300 sebulan serta sebahagian lagi dapat RM200 dan RM100 sebulan. Jumlah itu tidak memadai. Mereka mahu melihat bantuan itu cukup untuk menampung keperluan,” katanya.
Barjoyai berkata, sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, terdapat beberapa langkah yang boleh dibuat iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin perlu merujuk kepada Seri Paduka dan memohon penyelesaian yang boleh dibuat pada masa itu dengan mengisytiharkan darurat.
“Setelah itu, Seri Paduka perlu meluluskan Ordinan Belanjawan sendiri kerana mempunyai kuasa untuk melakukannya. Lagipun kita masih ada masa sehingga Disember ini untuk memastikan belanjawan berkenaan diluluskan sebelum dilaksanakan pada tahun depan. Namun impak lebih buruk jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan ialah ia akan mewujudkan keresahan dalam kalangan rakyat. Saya rasa kemungkinan ia diluluskan oleh semua ahli Dewan Rakyat adalah tinggi,” katanya.
Sementara itu, Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata, beliau melihat pembentangan Belanjawan 2021 sebagai satu bajet yang berat dan unik.
Beliau berkata, ia merupakan belanjawan kedua selepas belanjawan pada 2018 di mana parti pembangkang dilihat mempunyai kuasa serta suara yang kuat untuk menolak atau tidak meluluskannya.
“Jadi kerajaan PN harus memastikan Belanjawan 2021 yang dibentangkan itu memihak kepada rakyat. Jika ia tidak bersifat rakyat centric atau tidak condong kepada kesejahteraan rakyat, kerajaan perlu berdepan parti pembangkang.
“Namun saya percaya, belanjawan kali ini bukan lagi di tahap ‘bajet bodoh’ atau ada unsur politik kerana proses untuk merangkanya sudah diperhalusi melibatkan input-input yang diperoleh hasil perbincangan kerajaan dengan pelbagai pihak termasuk pembangkang, NGO, ahli perniagaan serta rakyat,” katanya.
Madeline turut menjangkakan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada petang ini mengutamakan aspek kesejahteraan rakyat merangkumi kesihatan serta ekonomi.
JUMLAH PERUNTUKAN BELANJAWAN TERDAHULU
Belanjawan 2018
Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperuntukkan sebanyak RM280.25 bilion melibatkan RM234.25 bilion perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Belanjawan 2019
Merupakan belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan.
Belanjawan 2020
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM297 bilion dan ia tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion.
Sumber : SH Online
The post BELANJAWAN 2021: Belanjawan Paling Bersejarah appeared first on M-Update.


source : M-Update

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-belanjawan-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 397 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 175 hits
Pembentangan Belanjawan 2021 oleh kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai paling penting dalam sejarah Malaysia ketika negara bergelut memerangi penularan pandemik koronavirus Ketika jutaan rakyat berdebar me...
Belanjawan 2021 Selangor Harap Aeroangkasa Jalur Lebar Jadi Tumpuan

Belanjawan 2021 Selangor Harap Aeroangkasa Jalur Lebar Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 225 hits
BernamaMenteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sektor aeroangkasa di negeri itu kini berdepan cabaran getir dan pihaknya memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kelangsungan industri berkenaan Gambar fail ...
Tunggu Belanjawan 2021 Mungkin Tidak Perlu Keluarkan Wang Kwsp Pm

Tunggu Belanjawan 2021 Mungkin Tidak Perlu Keluarkan Wang Kwsp Pm

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 274 hits
Harits Asyraf HasnanNovember 4 2020 Kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun...
Belanjawan 2021 Agong Seru Kematangan Politik

Belanjawan 2021 Agong Seru Kematangan Politik

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 278 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 6 20 pmTitah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisyaratkan semua pihak perlu menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini Ini selepas baginda berkenan mene...
Belanjawan 2021 Jangan Pinggir Bukan Pencarum Kwsp

Belanjawan 2021 Jangan Pinggir Bukan Pencarum Kwsp

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 235 hits
Razman turut membantu menyarung pakaian kepada penerima terpilih pada Maljis Penyerahan Bantuan Back to School 2021 di Zamita Enterprise di sini hari ini TAIPING Golongan yang tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu diberikan tu...
Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

Zahid Dakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli parlimen BN berjanji untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini Ahli ahli parlimen Barisan N...
Belanjawan 2021 Ada Apa Untuk Belia

Belanjawan 2021 Ada Apa Untuk Belia

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 272 hits
Pada 5 November 2020Oleh Farid MauludSidang Parlimen Sesi Perbentangan Belanjawan 2021 merupakan sesi yang sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendengar inisiatif kerajaan dalam menangani kesusahan rakyat semasa musim Covid1...
Belanjawan 2021 Apa Rakyat Harapkan

Belanjawan 2021 Apa Rakyat Harapkan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 305 hits
BELANJAWAN atau Bajet 2021 kali ini lebih unik memandangkan kerajaan memerlukan sejumlah wang yang agak besar untuk memastikan penularan wabak berjangkit Covid 19 dapat dibendung Malah pada 28 Ogos lalu Yang di Pertuan Agong menitahkan semu...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan