Bekas Ceo Akui Najib Bos Sebenar Tak Nafikan Ada Pengaruh Atas Kwap


Bekas CEO KWAP, Azian Mohd Noh hari ini memberitahu Mahkamah bahawa Najib Razak adalah “bos sebenar” bagi Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
Azian berkata demikian ketika menjelaskan kuasa yang ada terhadap nota ditulis Najib berhubung permohonan SRC International Sdn Bhd bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM3.95 juta pada 2011.
Azian turut berkata catatan di dalam surat itu datangnya dari perdana menteri dan menteri kewangan, yang bertanggungjawab terhadap KWAP jadi pengaruhnya terhadap dana tersebut tidak dapat dinafikan.

Loading… “Tiada keterikatan dari segi undang-undang, tapi saya tak boleh cakap perkara yang sama dari segi soal pengaruh’.
“Catatan dalam surat itu datangnya dari perdana menteri dan menteri kewangan, yang bertanggungjawab terhadap KWAP.
“Dia bos sebenar saya, jadi saya tak boleh nafikan, sedikit-sebanyak ada pengaruh,” katanya ketika menjawab pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwaraya (TPR), Ishak Mohd Yusoff seperti dilaporkan Malaysiakini.
Pasukan peguam bela Najib sekali lagi melakukan pemeriksaan balas terhadap Azian, dengan peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah cuba mendapatkan penjelasan sama ada pengaruh yang diperkatakan itu ‘ditelah sendiri’ (oleh Azian).
Shafee: Pengaruh ini, jika ada, adakah ia mengikut telahan (kamu) sendiri?
Azian: Kamu tanya pendapat saya?
Shafee: Tak, (soalan) ini bukan bertanyakan pendapat kamu.
Azian: (Soalannya adalah berkenaan) Sama ada saya terikat atau terpengaruh. Saya menjawab soalan itu (tadi).
Shafee: Saya akan perincikan. ‘Kamu tak boleh cakap tak ada pengaruh’. Adakah itu (pengaruh) ditelah sendiri oleh kamu?
Azian: Saya tak rasa ia perkara yang aneh untuk pekerja bawahan menerima permintaan daripada pegawai atasan.
Shafee: Hanya dalam (berdasarkan) kedudukan itu, sebab kamu kata dia bos sebenar kamu? Itu yang kamu kata (tadi).
Azian: Begitulah saya cakap tadi.
Shafee: Kerana hierarki dalam perhubungan?
Azian: Ya.
Shafee: Sebagai CEO yang bertanggungjawab, patutkah kamu membenarkan KWAP atau diri kamu sendiri untuk membuat keputusan yang salah berdasarkan ‘faktor pengaruh’?
Azian: Sebagai CEO, menjadi tanggungjawab fidusiari saya bagi memastikan KWAP tidak mengalami kerugian dalam pelaburan. Pengaruh (yang diperkatakan) adalah bagi memudahkan proses pinjaman.
Shafee: Oh begitu, bukan keputusan substantif, tetapi untuk memudahkan permohonan pinjaman. Kamu sebagai CEO KWAP sanggup membuat keputusan yang silap hanya kerana ‘pengaruh hierarki’ yang kamu perkatakan itu?
Azian: Saya ulang, tanggungjawab saya adalah untuk melindungi KWAP.
Shafee: Ya atau tidak?
Azian: Maaf, saya tak dapat jawab ya atau tidak kerana ia boleh disalah tafsir. Yang pasti, saya tidak akan melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang dan akta.
Shafee: Saya rasa itu dah cukup bagus. Terima kasih banyak-banyak. 
KWAP merupakan tabung kewangan yang memiliki nilai RM140 bilion dan menguruskan persaraan penjawat awam yang telah memberikan pinjaman RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB ketika itu, SRC International dalam dua transaksi dengan nilai setara, antara 2011 dan 2012.
Berdasarkan carta organisasi di laman web dana itu, CEO, ahli lembaga pengarah dan panel pelaburan melapor secara terus kepada menteri kewangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/bekas-ceo-akui-najib-bos-sebenar-tak-nafikan-ada-pengaruh-atas-kwap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 371 hits
The Kuala Lumpur High Court today yet again heard that former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak didn t exert any pressure to secure billion ringgit loans for SRC International Sdn Bhd Retirement Fund Incorporated former chief executive ...
Pinjaman Rm3 95b Src Tak Ikut Dasar Kwap Bekas Ceo

Pinjaman Rm3 95b Src Tak Ikut Dasar Kwap Bekas Ceo

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 291 hits
Azian hadir sebagai saksi perbicaraan kes melibatkan Najib pada hari ke 19 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini foto oleh BERNAMASurat permohonan oleh SRC International Sdn Bhd untuk pinjaman RM3 95 bilion tidak memenuhi dasar keperluan...
Najib Trial Day 20 Former Kwap Ceo Expected To Testify Further Over Approval Of Rm4b Loan

Najib Trial Day 20 Former Kwap Ceo Expected To Testify Further Over Approval Of Rm4b Loan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 359 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 19th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Apa Tujuan Sebenar Mahathir Lantik Latheefa Bibiee Koya Jadi Bos Sprm

Apa Tujuan Sebenar Mahathir Lantik Latheefa Bibiee Koya Jadi Bos Sprm

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 396 hits
Mission accomplished kata mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM bila wartawan tanya kenapa tetiba Shukri Abdull tiba2 di arahkan letak jawatan Mission apa Mission Impossible ker Tentu kita ingat lagi camner Mamat Tisu Tua nie menangis depan wartawa...
Jho Low Akui Kenal Ceo Terbabit Skandal Seks K Pop Tapi Nafi Terlibat

Jho Low Akui Kenal Ceo Terbabit Skandal Seks K Pop Tapi Nafi Terlibat

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 358 hits
MALAYSIAKINI Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho menafikan laporan media Korea Selatan yang mendakwanya menerima daripada seorang eksekutif industri hiburan di negara itu Penafian itu disampaikan jurucakapnya dalam satu kenyataan yang...
Saksi Ke 38 Kata Najib Suruh Percepat Proses Pinjaman Kwap

Saksi Ke 38 Kata Najib Suruh Percepat Proses Pinjaman Kwap

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 392 hits
Saksi ke 38 kata Najib suruh percepat proses pinjaman KWAPPosted By on May 30 2019Perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib Razak masuk hari ke 20 hari ini dengan saksi ke 38 bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan A...
Bekas Eksekutif Celcom Bakal Jadi Ceo Telekom Malaysia

Bekas Eksekutif Celcom Bakal Jadi Ceo Telekom Malaysia

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 797 hits
Bekas eksekutif Celcom bakal jadi CEO Telekom Malaysia Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Jun 2019 10 32PM
Najib Dakwa Guan Eng Tipu Keadaan Sebenar Hutang Negara

Najib Dakwa Guan Eng Tipu Keadaan Sebenar Hutang Negara

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 392 hits
Bekas menteri kewangan Najib Razak mendakwa penggantinya Lim Guan Eng menipu mengenai keadaan sebenar hutang negara Beliau mendakwa Lim bermain dengan statistik untuk memberi gambaran positif kewangan negara Semalam dia kata hutang dan liab...
Najib Src Trial Ex Src Ceo Has Tendency To Lie Misrepresent Facts Manipulate

Najib Src Trial Ex Src Ceo Has Tendency To Lie Misrepresent Facts Manipulate

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 357 hits
Former chief executive officer of SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil has tendency to lie misrepresent facts and figures and manipulate company s accounts and financial statements These negative attributes of Nik Faisal have le...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization