Saksi Ke 38 Kata Najib Suruh Percepat Proses Pinjaman Kwap



Saksi ke-38 kata Najib suruh percepat proses pinjaman KWAPPosted By: Pentadbiron: May 30, 2019 Print EmailPerbicaraan kes SRC International membabitkan Najib Razak masuk hari ke-20 hari ini, dengan saksi ke-38, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Azian Mohd Noh menyambung keterangan.Azian memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa Azlin Alias, pegawai khas yang mengetuai pasukan dasar ekonomi Najib, secara peribadi menyerahkan kepadanya surat permohonan bertarikh 3 Jun, 2011 untuk pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP.Katanya, beliau diminta oleh pejabat Azlin untuk bertemu di lobi sebuah hotel yang tidak dikenal pasti di KL Sentral, Kuala Lumpur selepas waktu pejabat.Azlin meninggal dunia pada 2015 dalam satu nahas helikopter yang turut mengorbankan bekas menteri Jamaluddin Jarjis, yang rapat dengan Najib.Perincian Azian terhadap surat itu menyokong keterangan sebelum ini berkenaan surat permohonan pinjaman sebanyak tiga halaman yang mempunyai nota tulisan tangan Najib: “Bersetuju dengan cadangan ini”. Nota itu bertarikh 5 Jun.Azian turut menyokong keterangan terdahulu bagaimana KWAP enggan meluluskan pinjaman itu kerana jumlahnya yang besar dan kekurangan kepakaran SRC International dalam industri sumber alam semula jadi.Azian yang juga CEO KWAP dari 2007 hingga bersara pada 2013, berkata beliau juga bertemu Najib berkenaan pinjaman itu. Beliau menemani pengerusi KWAP Wan Abdul Aziz Wan Abdullah ke pejabat bekas perdana menteri itu, tetapi berkata tidak ingat bila mesyuarat itu diadakan.Mesyuarat itu bagi menyuarakan kebimbangan panel pelaburan KWAP berkenaan jumlah pinjaman dan syor mereka jumlah itu dikurangkan kepada RM1 bilion.Azian kemudian memberitahu mesyuarat panel pelaburan pada 19 Julai, 2011, bahawa Najib memberitahu pengerusi KWAP untuk mempercepatkan proses meluluskan pinjaman itu dan RM2 bilion sudah mencukupi.Bagaimanapun, Azian tidak ingat bila permohonan untuk RM2 bilion itu dibuat, beliau hanya diberitahu oleh pengerusi untuk mempercepatkan kelulusannya.Jumlah RM2 bilion itu diluluskan pada 26 Ogos, 2011 dan baucar bayarannya dibuat pada 29 Ogos, 2011 dalam empat kali ke SRC International, iaitu RM500 juta setiap satu.Azian berkata pada 13 Mac, 2012 KWAP menerima satu lagi surat daripada SRC International, ditandatangani oleh CEO Nik Faisal Ariff Kamil, memohon pinjaman RM2 bilion lagi.Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa. Beliau berdepan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.Bekas presiden Umno itu diwakili sepasukan peguam diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah.Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwa raya, sementara Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengendalikan kes itu.The Malaysian Insight membawakan prosiding hari ini secara langsung:1.00pm: Mahkamah berhenti rehat selama 45 minit untuk menunaikan solat.12.53pm: Harvinderjit memaklumkan kepada Azian bahawa panel pelaburan mempunyai kuasa untuk menangguhkan, menafikan atau meluluskan pinjaman. Ia juga boleh menangguhkan kelulusan untuk menemuduga pemohon pinjaman dan mempunyai kuasa untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai syarikat yang meminta pinjaman.Azian bersetuju dengan kenyataan Harvinderjit.12.45pm: Harvinderjit menyatakan menteri kewangan perlu melantik dua wakil daripada kementerian ke panel pelaburan.12.42pm: Harvinderjit bertanya sama ada panel pelaburan tidak terikat dengan cadangan kertas pelaburan.Azian memberitahu beliau untuk merujuk kepada akta KWAP mengenai peranan dan fungsi panel pelaburan.12.27pm: Harvinderjit bertanya apa kuasa Jabatan Pendapatan Tetap KWAP.Azian mengatakan ia mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat mengenai pinjaman. Ini dilakukan untuk menjawab sebarang pertanyaan panel pelaburan KWAP yang mungkin diajukan apabila jabatan itu menyediakan kertas pelaburan.12.24pm: Azian mengatakan adalah menjadi tugas fidusiari semua pekerja untuk bertindak demi kepentingan KWAP.12.03pm: Azian berkata meminta kenyataannya direkodkan dalam bahasa Inggeris tetapi berkata tidak dapat mengingati apa jawapannya. Tetapi mereka terus mengambil kenyataannya dalam Bahasa Malaysia.12.02pm: Beliau mengatakan kenyataan dibacanya semalam dibuat dengan pegawai DPP dan SPRM. Beliau berkata kebanyakan perkataan dalam kenyataan itu adalah daripadanya.11.59am: Azian berkata beliau ditemui SPRM pada 2015 untuk merakamkan kenyataannya. Beliau berkata bertemu dengan pegawai SPRM tiga kali pada 2015 dan ia adalah satu-satunya masa beliau disoal oleh mereka.11.58am: Mahkamah bersambung dengan Harvinderjit meneruskan soal balasnya. Beliau berseloroh akan cuba sedaya upaya menjadikan sesi itu tidak begitu menyakitkan bagi Azian.11.25am: Mahkamah berhenti rehat selama 10 minit.11.23am: Azian mengatakan ia pastinya ideal jika KWAP menerima jaminan daripada kerajaan sebelum pinjaman itu dikeluarkan.11.12am: Beliau berkata terdapat sifar risiko kepada KWAP kerana pinjaman itu disokong oleh kerajaan.11.09am: Azian menegaskan surat yang meminta pinjaman datang daripada pihak yang bereputasi baik iaitu Kementerian Kewangan.10.51am: Ishak meminta hakim menasihatkan saksi supaya benar-benar pasti apabila menjawab. Mereka memberitahunya untuk menjawab jelas dengan berkata “ya”, “tidak” atau “saya tidak tahu”.10.42am: Azian kini mengesahkan terma pinjaman yang ditetapkan dalam kertas pelaburan.10.28am: Saksi kini disoal oleh peguam bela Yusof Zainal Abiden.10.21am: Hakim Nazlan bertanya saksi mengapa ada perbezaan dalam kenyataannya, di mana beliau pada mulanya mengatakan panel hanya mengambil keputusan untuk mempertimbangkan jumlah pinjaman RM1 bilion, tetapi bertukar kepada fakta bahawa RM2 bilion dibawa untuk dipertimbangan oleh panel pelaburan.Nazlan: Kenapa ada perubahan di situ? Nampaknya terdapat lompang dalam kenyataan anda.Azian: Saya tidak ingat urutan kejadian. Yang saya tahu ialah pengerusi membawa RM2 bilion untuk dibentangkan oleh panel pelaburan.Ishak menamatkan sesi menyoal.10.13am: Azian diperlihatkan gambar Pengarah SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan diminta mengenal pastinya.Ishak bertanya Azian jika ia amalan biasa memberi pinjaman terlebih dahulu sebelum mendapat sebarang dokumen sokongan, seperti surat jaminan.Ishak: Sepanjang tempoh anda sebagai CEO KWAP, adakah anda bagi normal memberikan jumlah pinjaman terlebih dahulu sebelum mendapat surat jaminan?Azian: Ia tidak pernah berlaku kecuali bagi senario ini.10.08am: Azian memulakannya dengan perjanjian dan ketetapan yang dibuat antara SRC International dan KWAP mengenai penggunaan tambahan pinjaman RM2 bilion.Beliau mengatakan jika wang itu digunakan untuk tujuan selain apa yang ditetapkan dalam perjanjian mereka, ia akan dianggap sebagai ingkar.Jika KWAP melihat sebarang penyalahgunaan, ia boleh menamatkan perjanjian dan meminta wang itu, bersama-sama dengan bunga, dipulangkan.Beliau berkata sepanjang tempoh beliau di KWAP, RM4 bilion yang dipinjamkan kepada SRC International adalah jumlah pinjaman terbesar pernah diluluskan oleh KWAP.10.03am: Shafee menamatkan soal balas terhadap Shamsul.Bekas CEO KWAP dan saksi ke-38 perbicaraan Azian Mohd Noh mengambil tempat di kandang saksi untuk meneruskan soal balasnya dengan pihak pendakwa terhadap pinjaman KWAP bernilai RM4 bilion yang diluluskan untuk SRC International.9.53am: Shamsul berkata selepas disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2015, beliau berjumpa Najib dan memberitahunya dana SRC masuk ke akaun peribadinya.Shamsul, yang mengatakan rapat dengan Najib, memberitahu mahkamah bahawa Najib terkejut dengan berita itu.Shafee bertanya beliau sama ada Najib meminta membuat laporan polis mengenai perkara ini.Shafee: Adakah beliau memberitahu anda agar membuat laporan polis, untuk memberitahu SPRM?Shamsul: Tidak.Shamsul kemudian berkata beliau “tidak bersalah” apabila ditanya sama ada ada terdapat sebarang ketidakjujuran di pihak Ihsan Perdana.9.49am: Shafee meneruskan soal balas terhadap saksi ke-37, Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman.9.07am: Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/saksi-ke-38-kata-najib-suruh-percepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Kata Najib Terkejut Duit Masuk Akaun Peribadi Namun Tidak Minta Buat Laporan Polis Sprm

Saksi Kata Najib Terkejut Duit Masuk Akaun Peribadi Namun Tidak Minta Buat Laporan Polis Sprm

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 124 hits
Najib Razak tidak meminta untuk membuat laporan walaupun diberitahu bahawa seseorang secara tidak sengaja memindahkan RM42 juta ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu Foto oleh Malay MailDatuk Seri Najib kelihatan terkejut selepas...
Putrajaya Tuntut Lunaskan Hutang Pinjaman Rm254 Juta Nfcorp Pula Kata Pembeli Baru Akan Bayar

Putrajaya Tuntut Lunaskan Hutang Pinjaman Rm254 Juta Nfcorp Pula Kata Pembeli Baru Akan Bayar

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 81 hits
Pengerusi NFCorp Datuk Mohamad Salleh Ismail bersama isteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil KUALA LUMPUR 20 Mei National Feedlot Corporation Sdn Bhd sudah mempunyai pembeli baharu sejak 25 Okt tahun lepas yang bersedia untuk membayar balik...
Najib Terdesak Raih Sokongan Kata Timbalan Menteri

Najib Terdesak Raih Sokongan Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 46 hits
Najib terdesak raih sokongan kata timbalan menteri Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 May 2019 9 37PM
Kami Mempunyai Kes Yang Kuat Terhadap Najib Jho Low Kata Tommy Thomas

Kami Mempunyai Kes Yang Kuat Terhadap Najib Jho Low Kata Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 128 hits
PEGUAM Negara Tommy Thomas menyangkal dakwaan di media sosial yang mendakwa beliau memaklumkan Perdana Menteri Dr Mahthir Mohamad dan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin bahawa tiada bukti kukuh untuk mendakwa Najib Raz...
Pinjaman Rm3 95b Src Tak Ikut Dasar Kwap Bekas Ceo

Pinjaman Rm3 95b Src Tak Ikut Dasar Kwap Bekas Ceo

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 75 hits
Azian hadir sebagai saksi perbicaraan kes melibatkan Najib pada hari ke 19 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini foto oleh BERNAMASurat permohonan oleh SRC International Sdn Bhd untuk pinjaman RM3 95 bilion tidak memenuhi dasar keperluan...
Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Src International Jumlah Terbesar Pernah Diberi Kwap

Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Src International Jumlah Terbesar Pernah Diberi Kwap

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 113 hits
PERBICARAAN kes SRC International membabitkan Najib Razak masuk hari ke 20 hari ini dengan saksi ke 38 bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Azian Mohd Noh menyambung keterangan Azian memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...
Najib Yang Kecut Perut Berdepan Rakyat Kata Kit Siang

Najib Yang Kecut Perut Berdepan Rakyat Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 72 hits
Najib yang kecut perut berdepan rakyat kata Kit Siang Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2019 10 39AM
Najib Trial Day 20 Former Kwap Ceo Expected To Testify Further Over Approval Of Rm4b Loan

Najib Trial Day 20 Former Kwap Ceo Expected To Testify Further Over Approval Of Rm4b Loan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 88 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 19th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Najib Terkejut Sedih Bila Tahu Duit Masuk Akaun Peribadi Saksi

Najib Terkejut Sedih Bila Tahu Duit Masuk Akaun Peribadi Saksi

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 124 hits
KUALA LUMPUR Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan reaksi terkejut dan sedih apabila mengetahui ada seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaun peri...
Dah La Kacak Memasak Pun Handal Pelajar Uitm Ini Buat Para Gadis Tak Senang Duduk Kenyit Mata Tu Paling Style

Bijak Tapi Biadap

Jangan Melantak Buah Makan Ikut Kadar Yang Ditetapkan

Kerja Kerja Yang Tak Bermaruah Saya Panggil Netizen Bengang Pensyarah Label Pekerjaan Rider Tidak Bermaruah

Pegawai Lhdn Ugut Rasuah

Bintang Kpop Sulli Ditemui Mati Gantung Diri Di Rumah Tekanan Perasaan Dipercayai Jadi Punca

Pontian Bersih Indah Dan Menarik Sekali Tengok Macam Pusat It Rupa Rupanya Wow

Terima Kasih Utusan Malaysia Urtv Akan Tetap Dalam Kenangan



Sejarah Roller Coaster Sebagai Penyelesaian Gejala Sosial

Biodata Kumpulan Azarra Band Penyanyi Lagu Alalala Sayang

Vokalis Azarra Band Hilang Ingatan Selepas Cedera Di Kepala

Punca Ketiadaan Zack Kool Dalam Gegar Vaganza 2019 Terjawab

Permainkan Jatt Ali Dan Wann Nabil Tampil Beri Respon


Cara Solat Sunat Istisqa Mohon Hujan Secara Berjemaah Sendirian

Sosma Pekung Wajah Sebenar Dap Makin Terbongkar

Ada Pakar Kata Kerja Hantar Makanan Tidak Bermaruah Pengguna Aplikasi Bungkusit Ini Sekolahkan Pakar

Umno Nak Lawan Sprm

Ahli Dhpp Terlibat Ltte

Tamil Nadu Politician Under Probe